Thursday, 25 August 2016

Dimana hati tersentuh itu?

Hati yang tersentuh..
Lama tidak menyapa,
Adakah engkau masih seperti dahulu?
Yang tersentuh tatkala Kallam Rabbi beralun,
Dzikir Ilahi bertemu disetiap bait bait alunan indah..
Dimana hati itu?

Kadang aku terfikir..
Sampai bila mahu begini? 
Diam terus sepi..
Tanpa kata kata yang menyerikan sanubari hati itu.

Sebuah perjuangan yg indah itu..
Teringin aku pergi semula ke masa silam.
Menegur hati yg tersentuh itu..
Agar.. Kekal begitu..

Hati itu kini kosong..
Entah, aku tak tahu mahu bicara bagaimana?
Kalam apa yang sesuai dgn perasaan ku yang sekarang..

Aku lupa.. 
Bukan perjuangan jika tidak perit. 
Ya.
Perjuangan itu perit.
Tapi kenapa aku harus begini?
Terus diam..

Sungguh.
Aku rindu.. Rindu sekali.

Hati yang tersentuh itu. 

From ; BG

Friday, 13 November 2015

P.E.L.A.N.G.I.





"Kak ,kenapa hidup ni tak boleh indah je selalu ? Kenapa mesti ada ujian ? Kenapa mesti ada jatuh bangunnya dalam kehidupan ? Apa yang Allah nak tunjuk dalam hidup ni sebenarnya ?" kak Ika hanya tersenyum mendengar soalanku. 

..............................................

        "Allah tak akan uji seseorang tu dengan ujian yang hambaNya sendiri tak mampu nak tanggung,sayang." kata kak Ika kepadaku. Sejak malam itu aku muka berfikir, apa maksud tersirat ayat kak Ika tu. "Allah tak akan uji seseorang dengan ujian yang hambaNya sendiri tak mampu nak tanggung?"

      "Ya Allah, kalau betul ujian ni aku mampu tanggung, kenapa aku tak kuat?" Kata aku sendiri di tepi tasik. Sejak hari tu, aku bersendiri. Makan tak lalu, mandi pun malas, kemas rumah lagi la, yang aku tahu, aku nak bawa diri dan aku nak bersendiri. Ya, bawa diri ke suatu tempat yang berikan aku ketenangan, berikan aku kekuatan. Aku sendiri pun tak tahu, kenapa aku lemah sampai begini. Mungkin kerana aku terlalu kecewa dengan diri aku sendiri. Kecewa yang teramat.

     "Pernah tengok pelangi tak?" Terkejut aku mendengar suara yang tetiba muncul. Rupa-rupanya kak Ika ada di sebelahku. Entah bila dia turut bersama aku bertapa di sini pun aku tak tahu. Hmmmm boleh nampak kan betapa jauhnya aku mengelamun. 

"Tengok pelangi ? Pernah. Kenapa kak ?" Aku memandang kak Ika dengan penuh tanda tanya.

"Susahkan pelangi nak muncul?" 

"Hmmmm kenapa kak cakap macam tu?"

"Hihi, pelangi akan muncul selepas hujan tiba. Cliche kan ayat tu. Tapi tulah hakikatnya adik. Ngee.."

"Okay, apa maksud kak Ika?" Soalku yang masih tak mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh kakak kesayanganku itu.

"Maksudnya, bila kita rasa bebannya ujian ni, susahnya cabaran ni, sakitnya kehidupan ni, tapi percayalah setelah rasa itu bertandang, kebahagiaan akan muncul. Kadang bahagia tu akan muncul dalam masa yang singkat, kadang bahagia tu akan muncul dalam masa yang lama. Jadi bersabarlah dan terus kuatkan diri. Adik, adik mampu harungi kejatuhan ni. Kenapa hidup ni tak boleh indah je selalu? Sebab Allah nak ajar hambaNya apa itu erti kehidupan."

"Erti kehidupan ?"

"Ya, erti kehidupan. Hidup ni sebenarnya satu pengembaraan. Adik, gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Ha ah ayat cliche lagi kan, haha. Tapi trust me, semua orang yang berjaya hari ni, pernah gagal suatu ketika dahulu. Saat tu mereka macam adik, diri mereka umpama ditimpa hujan. Emm hujan batu meteor, hikhik. Tapi tengok mereka sekarang, mereka dah jumpa pelangi. Jadi, adik bila lagi?"

"Emmmmmm"

"Adik, bangunla. Jom akak temankan adik. Kita cari pelangi. Okay ?"

"Akak, thanks. Love you."

"Haaa ceni la adik akak. Hati kena sado bhai!"

Sambil ditemani air mata, aku memeluk kak Ika dengan penuh rasa syukur kerana Allah hadirkan dia untuk beri aku kekuatan.

..............................................

Dan pada petang itu, aku bangkit untuk memburu pelangi yang aku pasti itu adalah janji Ilahi buat diriku ini. 


I N F I R U !!

Admin : HT ^^

     

Sunday, 4 January 2015

Mujahadah bukan aiskrim.

‘Haih’

Pandang  orang sebelah. Amboi muka, masamnya.

‘Ehem. Kenapa ni  mengeluh? Ada problem ke?’

Diam. Tak berjawab. Ke tak dengar aku tanya? Eheh mengelamun teruk ni.

Pandang sekeliling, ada lagi muslimin tak balik daripada perarakan tadi. Usaha ajk surau kolej sendiri yang buat perarakan untuk sambut maulid. Jalan keliling kolej sambil selawat. Hati bersatu dalam laungan selawat. Indah rasa.

Pandang balik muka sahabat sebelah.

‘Kau kenapa ni? Tadi aku tengok time berarak pun macam berjalan atas angin. Melayang semacam.'

‘Haih macam mana ah nak lupakan orang?’

Oh I see. Masalah tu rupanya.

‘Hm  lupakan dia macam mana kau lupa kat Rasulullah masa selawat tadi?Maksud aku, kau selawat tapi hati kau kemana?’

Dia pandang aku and mata berair.Rasa bersalah lah tu. Comel je lah perangai dia ni.

‘Apa yang buat tak boleh lupa dia ni hm?’

‘Entah. Aku pun taktau. Serabut. Tapi demi Allah, aku memang nak lupakan dia. Aku taknak pun terjebak dengan benda ni. Ish serabut’

‘Aku admit, benda tu susah. Sebab libatkan hati  Tapi kalau betul kau nak lupa,kenalah mujahadah. Mujahadah tu bukan macam aiskrim. Manis. Mujahadah ni pahit. Tapi kalau kau lepas ujian ni, kau akan rasa manis yang lebih daripada manisnya aiskrim’

‘Kau doakan aku ye? Doakan aku supaya kuat.’

‘Kukenang mu dalam doaku. Cewah! Hahaha. Rileks lah. Takyah nak layan sangat feeling tu. Baik kita serabutkan kepala buat assignment menimbun tu.Okay sayang?’

‘Okaaay. Argh dah, aku takmau pikir! Jom makan? Pikir benda ni semua  buat aku lapar’

Laju je dia menonong pegi kafe. Haha perangai. Kejap je mood berubah.
……………………………………………………………………

‘Chad, handsock murah tahan lama tak?’

‘Okay je. Lagi pun handsock tu kan pakai kat lengan and dalam baju. So, tahan lama je. Kenapa?’

‘Dekat insta ni ada jual murah-murah. RM5 je kot’

‘Okay sangat lah tu. Haritu pun aku beli kat UIA dalam RM8 je’

‘Chad, ada ke eh tudung bidang 50? Aku nak pakai tudung labuh lah. Tapi aku kan kecik, tanaklah labuh sangat sampai aku tenggelam dalam tudung’

‘Huffft istilah apa kau pakai ni? Tenggelam dalam tudung? Hahaha. Btw, ada je bidang 50. And aku rasa kalau kau pakai tudung bidang 50 pun, dah okay. Yelah macam kau cakap, kau kecik kan.’

‘Okay!’

Happy je muka dia. That feeling, bila ada orang nak berubah, rasa sebak. Rasa syukur yang teramat sangat. Dia nak berubah ke arah yang lebih baik. Syukur ya Allah.
……………………………………………………………………………

‘Aku kesian tengok roomate aku.’

‘Kenapa dengan roomate kau?’

‘She wanna change for good. Tapi family dia tak support. Siap persendakan lagi. Dia datang mengadu kat aku sambil nangis. Aku sedih.Kau rasa apa yang aku patut buat?’

‘Jangan tinggal dia and support dia. And one more thing, cakap kat dia, jangan hirau apa orang nak kata.’

‘Aku cuba. Doakan’

‘Always.’
……………………………………………………………………

‘Chad, aku teringin nak tau sapa jodoh aku’

‘Hahahahahahaha’

‘Kau kenapa gelak? Aku tumbuk kang’

‘Takde lah. Tetiba ja kau cakap pasal jodoh waktu tengahari rambang macam ni. Baru balik kelas pulak tu. Patutnya pikir nak makan sekarang’

‘Entah. Tetiba terpikir. Kau tak rasa nak tau ke jodoh kau sapa?’

‘Err tak pun. Sebabnya, kalau lah jodoh tu bukan rahsia, kau tak rasa ke semua orang akan sibuk cari jodoh dieorang kat ceruk mana sampai kerja lain tak buat. Tak ke? Well, kita bukan hidup untuk cari jodoh je beb.’

‘Kaaan. And sekarang pun, even jodoh tu Allah rahsiakan, still ada yang terlampau sibuk couple bagai. Tulang rusuk kiri bergetar lah hape lah’

‘haha tahu takpa. Dah ah, jom makan. Aku lapaq’
…………………………………………………………..

Sungguhlah, nak berubah tu tak mudah. Tapi ingat, susah tapi tak mustahil.

Sapa ja yang tanak berubah ke arah yang lebih baik? Semua nak. Kalau tanya ketua gangster pun, dia mesti cakap dia nak life yang lebih baik. Fitrah, semua orang suka kebaikan.

Orang keji? Ah lantak. Bila dah penat caci maki orang, mereka akan berhenti.  So, takyah ambik peduli pun orang nak cakap apa. Dah kalau semua benda kita buat, nak tengok pandangan manusia, maka takkan ada satu benda pun yang dapat puaskan hati dieorang. Manusia, mana pernah puas.

Ujian tiap orang tu lain. And setiap orang fight for something.

Ada orang takde masalah aurat, but ada masalah hati and ikhtilat.

Ada orang takda masalah ikhtilat, tapi aurat terbukak sana sini.

Pokok pangkalnya, semua orang ada ujian tersendiri.

Maka pilih, ujian tu nak tangani dengan nafsu atau iman?

Tanya diri sendiri.

And,

Jodoh tu rezeki, mati tu pasti.

Bila kita sabar, Allah akan datangkan jodoh tu pada masa yang tepat and keadaan yang sesuai.

The main point is sabar.
…………………………………………………………………………..

Akan ada yang cakap, topik ni dah lame. Jodoh, ikhtilat, aurat and so on.

Tapi, sebenarnya benda yang kita nampak kecik ni lah yang bawa implikasi yang besar.

Benda yang kecik ni lah buat jiwa remaja tu bukan ke arah perjuangan.

Sebab tak settle kan benda yang kecik, mana mungkin nak melangkah ke arah yang lebih besar?

Ah ini sekadar pendapat. Pendapat hingusan.

All is well. Semua Ini akan berakhir.

Adios!


With love, Chadamantium.

Wednesday, 31 December 2014

Boomerang

"Kenapa dalam hidup ni, kita mesti jaga hati orang lain? Kalau semua orang tak jaga hati orang lain, kan senang".

Konsep dalam hidup ni, senang je. What you give, you get back. Kalau kita buat jahat kat orang, orang akan buat jahat kat kita juga.
Just sooner or later. Tapi kalau kita buat baik kat orang, orang akan buat baik kat kita bahkan kebaikan yang Allah bagi tu, lebih dari yang kita jangka.
Maka bersyukurlah~

Bak kata kawan saya, kebaikan tu ibarat 'boomerang'. 
Kalau kita baling boomerang tu, dia datang balik kan?
macam tulah jugak ngan kebaikan.

Nak ajak orang buat baik ni, banyak caranya. Melalui perkataan or melalui perbuatan.
Macam seorang kawan yang saya baru kenal dalam 7 bulan, dia sangat baik, ayu dan sopan.
Sangat pendiam orangnya sehinggakan kalau dia tak ada kat dalam kelas, orang tak perasan pun.
Sangat menjaga ikhtilat serta pandangannya.
Nak tengok dia bercakap dengan lelaki? Heh. Susah der. Melainkan ada kerja berkumpulan yang melibatkan percampuran jantina.
Biasalah.. Kami ni kan budak engine. Surrounding semua lelaki. So, kalau lalu kat tempat yang ramai lelaki, dia akan tunduk setunduk-tunduknya.
Saya kagum sebab masih ada lagi muslimah macam dia ni. 
Kami dah macam adik-beradik walaupun baru je kenal dan kami panggilnya Along.

Along tak pernah tegur kami kalau ada antara kami yang ada pakwe or crush.
Tapi apa yang dia buat, apa yang dia amalkan, apa yang dia jaga, buat kami berfikir. Dan saya suka dengan cara Along. 
Well, setiap orang ada cara tersendiri. Terpulang kepada diri individu itu sendiri.

Fitrah manusia itu ke arah kebaikan. Walaupun dia penyangak tahap tujuh petala langit sekalipun, pasti ada dalam hatinya ingin membuat kebaikan dan ingin berubah menjadi baik.
Cuma ego yang menghalang mereka daripada berubah.
Setiap orang pernah melakukan kesalahan. Jangan hanya pandang kesalahan yang dia pernah buat, tetapi pandanglah juga kebaikan yang dia pernah lakukan.

Jangan pandai menghukum orang lain sebab itu semua kerja Allah. Maafkan mereka dan berilah mereka peluang kedua.
Kalau di Malaysia ada SPM, dalam hidup ni ada SPK (Sijil Peluang Kedua).

2014 bakal melabuhkan tirai dan 2015 bakal menjelma.
Banyak yang perlu kita lalui. Tinggalkan kenangan yang pahit dan jadikan pengajaran.
Ambil pengalaman yang manis dan jadikan ia sebagai batu loncatan kita untuk terus berjaya pada masa hadapan.
Tanamkan azam untuk menjadi lebih baik. Bukan menjadi lebih baik seorang diri, tapi ajaklah sahabat2 kita sekali sebab syurga Allah itu luas dan kita nak masuk syurga sama2 kan?

Ayuh!! Insieme syahid!

Adios.
Admin: emvi :)

Saturday, 22 November 2014

Tanggung dan jawab.

 Kalau dah tanggung, kena lah jawab. Tak ke?

Macam bila kita dah dapat satu amanah, kita kena lah buat betul, so that nanti boleh jawab  depan Allah. Tanggung dan jawab. Tanggungjawab.

Sebenarnya dapat ilham sebab baca Hlovate and ofkos segala ilham tu datangnya dari Dia. Aku kipas-susah-mati Hlovate. Kahkah. 

So, boleh kaitkan kita as a student lah. Takkan nak cakap pasal tanggungjawab isteri pulak kan? Lambat lagi tu. Enam tahun lagi. Ceh

K mohon seriyes.

Normal ah kan kalau dah lama cuti, pahtu dah kena pergi kolej balik and rasa berat hati. Hm.

Berat hati sampai rasa semua tak kena. Rasa nak nanges. Cari barang semua tak jumpa. Cengeng sungguh. 

Then, realise one thing, nak pergi belajar, nak tuntut ilmu, kenapa nak sedih sangat? Sebab  kena keluar daripada zon selesa mungkin. Ye lah, duduk rumah kan aman dan nyaman lagi tenteram. And bila kolej segala keserabutan ada. Haha k hiperbola.

Makaaaa, kena muhasabah balik. Kena tajdid niat. Kena ingat balik azam azam yang dah berhabuk tu.

Menuntut ilmu LillahTaala.

Belajar untuk sumbang sesuatu pada Islam dan masyarakat.

Gigih berusaha untuk Umi Abi. Balas jasa yang takkan terbalas.

Fuh tarik nafas. 

Belajar itu satu amanah. Jangan malas belajar. Ingat tu! 
....................................................................................

Aku suka dengar lagu Bintang Syurga. Sebab lagu tu tak penah fail untuk naikkan semangat. Biiznillah.

Allah, kuatkan aku dan sahabat yang lain. Doakan kami terus thabat di jalan-Mu.

And for my bestie, thanks weh tenangkan tadi. Boleh buat lawak suruh bawak garpu untuk gantikan sikat. And biiznillah, lepas sembang dengan lu, jadi hilang sikit gemuruh. Bahagianya ada sahabat. K emo tetiba.

Last but not least, Infiruuuuuuuuuuuuu! Berangkatlah walau dengan hati yang berat. Setiap perjalanan menuntut ilmu itu, ada redha Dia. Belajar itu juga ibadat. Sadokan hati!

Infiru! 

Sincerely, Chadamantium.

Wednesday, 19 November 2014

Fairytale.

Hidup bukan macam dalam cerita fairytale yang kau akan sentiasa tersenyum-bahagia-tanpa-duka. Dalam realiti, kita takde pari-pari kecik yang boleh tunaikan impian kita tanpa kita sendiri usaha.

Bangunlah. Bangun dari tidur yang panjang.

Pijak dalam bumi yang nyata. Berhenti berangan macam mat jenin yang kita akan masuk syurga tanpa usaha. 

Lepaskanlah apa jua yang menghalang kita ke syurga. 

Tinggalkan lah maksiat yang dah jadi habit pada diri, Memang susah. Takda sapa cakap yang nak berubah tu senang.

"Conflict of interests. Literally and figuratively. Torn apart inside and out. Memang sakit. Versus ey? Versus, the hardest battle is when you're against yourself." - Hlovate.

Bila kita dah biasa buat maksiat, tapi kena tinggalkan atas dasar nak tinggalkan laranganNya memang seksa.

Bila kita dah biasa gelak tak ingat dunia and mencarut, tapi nak berubah cakap sopan-santun-gelak-tutup-mulut memang payah.

Bila kita dah biasa pakai serba singkat dan serba ketat. but one day kau nak berubah pakai yang sopan, labuh, its quite hard. Kadang-kadang kita cukup kuat untuk berubah, tapi kata-kata orang yang melemahkan.

But hey, takpayah lah dengar kata orang. Apakata dengar kata Dia? Ayat Allah tu selalu memujuk. Memujuk hati yang kadang-kadang rebah pada ujian dunia.

Kadang-kadang hati membentak, 
kenapa susah sangat nak istiqamah?
kenapa susah sangat nak tinggalkan dosa?
kenapa senang sangat rebah?

Penat. Tak rasa fedup ke bila asyik rebah pada ujian dunia?

Dekat kolej, ada sahabat yang selalu rebah dengan ujian hati. Katanya, dia sakit bila nak tinggalkan orang yang dia sayang. Tengok dia yang setiap hari menangis nak lupakan 'dia'. Sampai satu tahap, aku letih tengok dia macam tu. Tak nafi, susah nak lupa orang yang kita sayang, rasa perit. Yes. But know what? Lagi perit bila one day kita realise yang kita dah bazirkan banyak masa hanya untuk menangis. Menangis dan menangis. 

Bangunlah. Banyak lagi tanggungjawab kita yang tak tertunai. Sometimes kita kena belajar melepaskan. Belajar melepaskan walaupun susah. Nama pun belajar, kalau senang takpayah belajar. Kan? Jujur, aku pun tengah belajar untuk melepaskan. Phew poyo. Haha.

Don't turn your back on God, nothing in life is guaranteed. But if you keep your faith, some things will be clearer than others. -Ahmad the Rebel, contengan jalanan.-

Penah dengar quote.
 "the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"?

Siapa yang nak mati sebelum sempat bertaubat? Takda sapa.

Jom? Siapkan amal untuk bertemu Dia. Aku percaya 'live-happily-ever-after' macam dalam cerita fairytale tu wujud. Tau kat mana? 

Dekat syurga ;')

Sincerely, Chadamantium. 

Thaa'at.

'Kakak, setiap hari sapu sampah dekat rumah okay? Kakak kan cuti sem, tolongla mak.'

'Okay mak, bereh bereh aja.'

Ya. Di mulut memang mengiakan aja apa yang bonda bicara. Namun tatkala bonda pergi sahaja sekolah sehingga bonda pulang semula ke rumah, ada hari yang aku tidak sapu sampah. Aku terlalu sibuk dengan duniaku. Sampaikan aku lupakan pesanan bonda. Aku tidak Thaa'at pada ibuku. Allahu. Teruknya aku. 

Thaa'at. Patuh. Menurut segala suruhan tanpa bantahan. Itu Thaa'at. 

'Eh, Bukan taat kah? Asal Thaa'at'?

'Sama lah tu. Cis.'

Tiba-tiba aku pun terbaca laman website. 

'Kamu tidak thaa'at kepada ibu atau ayah kamu sedangkan kamu ini berada di dunia ini disebabkan mereka. Tergamaknya kamu, anak. '

Tersentap. 

Then teruskan pembacaan. 

'Kamu tahu mereka letih mencari sedikit makanan buat kamu, mereka melakukan kerja tanpa diminta. Kerana apa? Kerana takut kamu kelaparan wahai anak. Teganya kamu mengeluh hanya sedikit kerja yang disuruh oleh mereka?'

'Sudahlah mengeluh. Tidak buat pula. Anak solehkah begini?'

Tersodak aku baca. 

Takpe aku pun teruskan pembacaan. 

'Kamu sibuk berdakwah di laman sosial. Sedangkan syurgamu di rumahmu itu sedikitpun kamu tidak hairan. Emangnya dakwahmu itu berkat atau enggak ya bila kamu derhaka sama ibu atau ayahmu?'

Peh. 

Sebbak gila baca. 

Sahabat. 

Cuba kita fikir sejenak. Setelah kita bertungkus lumus berada di alma mater atau lebih dikenali sebagai tempat untuk kita menuntut ilmu. 

Kita letih meraih ilmu. Dan lepas habis suatu tempoh kita pun bercuti lalu dengan harapan kita mahu rilis stghess, rilis tension di rumah. 

Dalam masa yang sama, ibu bapa kita daripada kita kecil sehingga kini jarang kita lihat mereka berehat. Mereka letih mencari duit untuk kita teruskan pembelajaran. Harapnya dengan duit yang mereka cari itu, kita dapat hidup dengan selesa. 

Tapi sahabat, tatkala mereka menyuruh kita melakukan sesuatu kerja rumah. Mengapa kita mengeluh?

'Alaaaa mak ini, orang baru balik lah. Suruhlah adik..'

'Mak memang tak faham abanglong kan? Abanglong kat tempat belajar letih tahu belajar. Tolong faham la mak.'

'Sikit sikit suruh adik, sikit sikit suruh adik. Adik nak exam SPM la tahun ni. Mak suruhlah akak, dia free.'

Kesianlah si ibu ini bila anak yang dikandungnya beberapa sekian bulan dengan penuh kesakitan yang bakal mengorbankan nyawanya 
 demi kita tapi dalam masa yang sama anak ini tidak tahu 'DANKBAR' langsung. 

Enak aja ya kau anak. 

Belajarlah Thaa'at akan kedua orang tua mu, Mereka itulah syurgamu. Tanpa keberkatan mereka. Engkau tidak akan kemana. 

Anak. 

Senyumlah. Engkau masih mempunyai ibu dan ayah yang sayangkan engkau. 

Berapa ramai anak anak kecil yang terbiar di rumah asuhan anak yatim yang dalam masa yang sama mereka mencari ibu dan ayah mereka. 

'Mana ibuku? Aku mahu bilang samanya yang aku suksess belajar hari ini.'

'Maaak, mana maak? adik lapar susu.'

'Ayah. adik nak nak kereta mainan.. Mana ayah? kawan adik selalu menunjuk kereta mainan yang baru dibeli oleh ayahnya..'

Hm.

Tidak kasihankah?

Ada sahaja kita lihat di muka akhbar bahawasanya anak yang terbiar, anak yang dibuang sama ibunya. Ya iyalah, anak luar nikah. Sedih kan anak anak ini. Ibunya yang salah. Anak ini yang dapat nama walhal dia masih bayi dan suci dari debu debu dosa. 

Kesian anak anak ini. 

May Allah bless them. 

Namun.

Kita. 

Jauh bedanya. 

Allahu. Jauh sekali. 

Bersyukurlah. Dankbar. 

Thaa'atlah. 

Ayuh, jadi anak yang Thaa'at. 

P/S : Emangnya mengapa ya aku bicara kayaknya orang Indonesia? Ekeke ><

Admin : Infiruuu!