Tuesday, 7 January 2014

BAIK.



Aku selalu post & share sesuatu yang baik-baik
bukan kerana aku sememangnya sudah sempurnanya baik
bukan kerana aku dah cukup baik
bukan kerana aku nak tunjuk baik
bukan kerana aku mahukan pujian yang baik-baik dari kalangan mereka yang baik-baik
tetapi adalah kerana
Penciptaku telah menciptaku dalam keadaan yang baik sewaktu aku lahir di dunia ini
jadi aku bercita-cita untuk pulang menghadap-Nya di dalam keadaan yang baik

Aku juga selalu post & share sesuatu yang baik-baik
adalah kerana kemahuan agar
orang-orang yang kucintai
orang-orang yang kukasihi
orang-orang yang kudampingi
selalu berada di dalam keadaan yang baik-baik
bukan kuharapkan agar mereka semuanya sempurnanya baik
sehingga tiada walau sedebu dosa
sehingga tiada walau sebutir nista
sehingga tiada walau setitis khilaf
tetapi cukuplah sekadar kemahuannya & kesungguhannya yang beterusan agar selalu berada di dalam keadaan yang baik-baik

Orang yang selalu post & share something yang baik-baik ni tak semestinya baik-baik belaka?
Aah. Betul la tuu. Memang pun.
sebab dia rasa diri masih belum cukup baik la membuatkan dia untuk terus berbuat baik..
Orang yang baik tidak akan merasa dirinya sudah sempurna baiknya.
Lihatlah dengan mata hati & jauhilah dari pandangan mata kasar =)

Jika kau mencintai orang yang kau kasihi
Ingatkan mereka bila terlupa.
Bukan dikeji
Bukan dihina
Bukan dicaci
Bukan ditinggalkan sendiri

Ingatkan Aku Bila Aku Terlupa
Kerana Aku Insan Biasa Yang Berdosa..


Nabi s.a.w bersabda bahawa Allah telah berfirman:
"Jika seorang hamba mendekat kepada-Ku sejengkal,
Aku mendekat padanya sehasta.
Jika ia mendekat kepada-Ku sehasta,
Aku mendekat padanya sedepa.
Jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan,
Aku datang padanya dengan berlari-lari anak.."


Admin-admin blogger insieme syahid.
(adaptation from Allah seeker)


No comments:

Post a Comment