Tuesday, 21 January 2014

Hajat.

Assalamualaikum.

Hah ni nak cakap lah ni. Hajat ni suatu pemintaan yang kita inginkan dari seseorang. The meaning of hajat in english are
intention, desire, wish and aim.  Dia macam harapan kita la kat seseorang itu. Eh, jangan fikir bukan-bukan. Ni bukan berhajat yang nak buang 'hajat' tu lah. *Aku tak cakap ape pun* Okay okay. Serious sikit machaa. Ehem. Secara jujurnya, berapa ramai yang kat sini, bila kita inginkan sesuatu kita meminta dengan bersungguh-sungguh? Macam nak duit kat mak ke, atau  nak suruh org terima 'ngoratan' kita untuk 'AkuTerimaNikahNya' ka? TANPA HENTI? Berapa ramai? Angkat kaki skg? >< Okay.. bagus ah hampa semua ni. Semua hebat2. MENDESAK ja kerja -.- Please stop it. Tak cool you know? 

 Sebab tu aku cakap, jangan pernah meminta dengan manusia ni sebab kadangkala MANUSIA ni still manusia yang punya hati dan perasaan. Tak suka dengan orang yang suka mendesak. Manusia mana yang boleh tahan bro? Kadang rasa nak lempang guna periuk belanga yang ada arang tu tahu tak, biar lebam hidup-hidup -.- 




*erk*

*Okay, dah jangan buat mulut macam papa kau tu my dear, nak kena cubit?* Ehem. Dengar sini. *Sebenarnya aku lari tajuk. Kahkahkah!* Argh aku tak lari pun sebenarnya. Im serious. hem. Nak tahu tak sebab apa aku ckp jangan pernah mendesak manusia? Sebab manusia yang tak sempurna ni tak suka akan benda yang juga tak sempurna sifatnya seperti 'mendesak'. Bukan bajet kepe. Tapi.. Kerana itu lumrah. Tak percaya ye? Meh sini aku nak test hampa jap. 



Apa yang korang nampak?  Tentu 'dot' hitam tu ja kan? Tapi asal yang putih luas terbentang enkorang tak perasan je? kanmen luas lagi. yang kecik tu jugak yg nak ushar. Haaaaah! Macam tu lah manusia. Bila kawan buat salah sikit je terus dah taknak kawan. Apa yang dia buat baik semua tak nampak. Duk ingat kenangan buruk dan hitam tu jer. Sedangkan kita tak pernah nak sedar yang kita ni tak pernah sesekalipun perfek! Dah nak buat macamana, LUMRAH manusia suka akan kebaikan dan sifat yang ada kaitan dgn keburukan semuaa "menchik!". Macam mendesak? Again, manusia mana suka orang yang mendesak ni kan? Kalau ada yang suka, naahh I give you a big applause. Tak pun aku hadiahkan Lambhorgini yang latest punya. Ahah. Takde punya. Sebab kau manusia, bukan ALIEN yang takda perasaan :)

Tetapi, Allah Azza Wajalla lain. Dia tuhan yang sempurna. Dia suka bila kita sering meminta.. Setiap hari selepas bertakafur kita minta benda yang sama. Kadang kita tak past ekzem meskipun kita dah bertawakal dan berusaha dgn bersungguh-sungguh, kita still pujuk Allah supaya Allah kasi kita result yang lebih elok. Allah dengar je. Dan Allah sayang orang yang meminta. Bukan yang tu je, last sekali Allah tunaikan pulak permintaan kita. Dan.. kita seolah-olah mendesak Dia supaya Dia, Pencipta yang Esa turuti semua permintaan kita yang bergelar 'hamba'. Pernah jugak aku dengar dalam telemovie melayu ni. Seolah-olah begini lah lagak lakonannya.

"Asal Allah kejam sangat? aku dah buat baik tapi Dia campak aku dengan macam-macam masalah. Orang lain boleh ja hidup bahagia, asal aku tak boleh! Tuhan memang tak adil. blablabla"

*Cut*

Huh, benda ni bukan lakonan je. Tapi kat dunia yang sebenar pun asyik jadi benda yang sama. Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Berhajat itu ini tapi dalam masa yang sama aurat still taknak jaga, maksiat still taknak cegah. Permintaan Allah pun taknak ikut. Lepas tu bila ditimpa masalah nak salahkan Allah pula. Sungguh tak adil. 


Nak lagi?

"Asal aku fail subjek add maths hah? haritu aku dah buat latihan kot, sampai tak tido 2 hari -.- kau x study boleh ja dapat full marks. Allah tak adil."


Siapa kita nak persoalkan cenggini kat Pencipta kita? Ingat. Kita hamba. Again. KITA HAMBA. So.. Ada lah tu hikmahnya, jangan pernah mengalah dan lemah sehinggalah kedua-dua belah kaki kita menjejak kaki ke SYURGA. Dunia ni apa lah sangat. Just dunia. SEMENTARA. Aku harap dan mohon KITA sesama teruskan usaha. Kalau nak Allah tunaikan sesuatu hajat kenalah usaha yang gigih ye tak? eheh.

Pernah jugak ayah cakap kat aku lepas je berjemaah solat subuh habis, lepas habis doa yang sangat panjang tapi aku x fhm sbb dlm bahasa arab, meskipun aku student yg belajar bahasa arab. Allahu. Beliau cakap kat aku dan yg lain gini haa.

Ayah : Kadang ayah rasa apa yang ayah minta kat Allah banyak sangat, tapi usaha ayah untuk 
dekat dengan-Nya tak banyak dan belum
cukup sempurna. Sedangkan kita ni cumalah
hamba, yang sepatutnya tak layak meminta lebih..
Tapi Maha Penyayang nya Allah ini sangat sayang 
orang yang meminta dan memohon kat Dia.
Jadi, kita kenalah cuba untuk jadi
HAMBA yang PERFECT! Supaya perbuatan 
dan tingkah kita itu 
layak untuk menerima 'permintaan' 
yang kita mintak tu.

Aku yang ngantuk ni terus mata cerah dan bermaya semula sebab sentap sangat doe. keke. Jadi. Kalau nak berhajat.. Biarlah hajat tu layak dengan cara kita untuk terima hajat tersebut. Jadi. Berusahalah yer.

Hah! lagi satu.. ni yang isu semasa lah ken. eheh. Ingat tak kisah yang terjadi kat Alor Setar, Kedah baru-baru ni? 

"3 beradik mati dibunuh. Kakak yang baru berusia 14 tahun berhenti sekolah yang kini bergelar pekerja cuci botol demi membantu keluarganya dan meringankan beban ayahnya mati dibunuh bersama dua org adiknya ketika dalam perjalanan hendak mengambil gaji di tempat kerja."

Baru-baru ni penyiasat dan pihak polis dah dapat detect siapa punya angkara. Dan orang misteri itu telah pun dikenal pasti. Hah, nak tahu cara apa 'dua makhluk Allah yang ergh >< menyakitkan hati tu' ditemui? 

"Dengan keistiqomahan seorang ayah melakukan solat hajat sebaik sahaja menunaikan solat isyak setiap malam."

Bagaimana? 

Ayahnya bermimpi berjumpa dengan arwah anaknya dalam keadaan "glowing face" berkata dekat dirinya..

"Kalau ayah nak selesai kan masalah Along ini dengan cepat.. Ayah cari nama ini *si fulan bin si fulan*, ayah akan dapat jumpa siapa yang buat kami begini."

Macam tu lah lebih kurang. Dan sekarang, perogol dan pembunuh yang merangkap kenalan arwah itu dah dapat DITANGKAP dengan izin Allah. Dengan apa boleh dapat tangkap? MIMPI SAHAJA. Bagaimana mimpi boleh datang? 

Again I repeat.

"DENGAN KEISTIQAMAHAN MEMOHON HAJAT KEPADA ILAHI"

Ini semua tak mustahil okey! ALLAH MAHA BERKUASA! Ingat tu. Nampak tak Allah makbulkan hajat org yang sering memohon dan meminta, 'mendesak' itu tadi? Allah Maha Penyayang. Dan for sure, ketiga2 beradik tadi tak lain tak bukan, SYAHID! dan sekarang mungkin tengah bermain-main bersama-sama sambil menanti ibu ayah mereka di SYURGA FIRDAUSI dambaan para mujahidah solehah ni kan? Sedekahkan AL-FATIHAH buat mereka. 
Ayuuhh, kita menjadi perfek! Seringlah bangun tahajud yer kanak-kanak sekalian.


*baik mamaku syg*

*Aik, cemana anak aku boleh muncul ni? Aqil Syaheed pun baca entry mama eh? hahahahaha ROFL*

Dan lagi satu.. Jangan nak biadap sangat kat muka bumi yang kita tumpang ni. Terhegeh-hegeh nak buat maksiat, hah kan dah kena tangkap? Asal masa awal2 sebelum nak buat kerja syaitan tu taknak fk baik buruk akan perbuatan tersebut? Allah marah. Masyarakat lagila keji. TERMASUK AKU, insan yang penuh dosa. 



Ler, ingat tahu.. penat penat je aku type. lenguh tahu tak taip. Nah amek ni. 



So. Ciao. 

Admin : BG







No comments:

Post a Comment