
Whats wrong with you people, don't you have enough of your life that you have to check on other people's lives everyday? Life is not all about you, you and you. Its about helping our UMMAH! If you die today, aren't you ashamed to meet the God? You're full of yourselves, didn't help the ummah. How dare you gonna meet Allah with that attitude? Let's change. At least we transform something than nothing right? ;)
Tuesday, 7 January 2014
Layakkah?
Syahid.
Siapa yang tak mendambakan syahid?
Siapa yang tidak mahu bertemu dengan Allah dalam keadaan yang baik?
Siapa yang mahu kelihatan hina lagi kotor dihadapan Allah?
Aku tanya pada diri.
Layakkah aku untuk mencapai syahid?
Layakkah aku untuk ke syurga?
Layakkah aku untuk mendapat naungan di akhirat?
Allah,
Hinanya aku.
Di mulut kata inginkan syahid,
Hakikatnya, peribadi aku seperti ahli neraka.
Layakkah aku mencapai syahid,
Sedangkan hati masih mendambakan kasih ajnabi?
Layakkah aku mencapai syahid,
Sedangkan aku masih melakukan maksiat?
Layakkah aku mencapai syahid,
Sekiranya mulut masih berat menuturkan selawat?
Apakah aku layak digelar ahli syurga,
Jika ingin menbantu ibu dan ayah cukup berat?
Apakah aku layak digelar penghuni syurga,
Jika lagu lagha menjadi halwa telinga?
Layakkah aku menjejakkan kaki di syurga,
Andainya diri masih cintakan dunia?
Layakkah aku kembali dalam keadaan beriman,
Sedangkan untuk membaca Al-quran itu cukup berat?
Layakkah aku masuk syurga,
Andai diri masih tidak menutup aurat?
Layakkah aku mendapat rahmat-Mu,
Jika pergaulan dengan ajnabi aku ambil remeh?
Layakkah aku syahid,
Sekiranya sunnah nabi aku anggap kolot?
Hinanya aku,
Kotornya aku untuk ke syurga-Mu,
Aku takut Ya Allah.
Allah,
Ingin sekali aku masuk ke syurga-Mu,
Namun aku sering rebah.
Rebah pada nafsu.
Jatuh pada dunia.
Aku takut Ya Rab,
Takut andai kaki ini berpijak di neraka-Mu,
Aku tak mampu tahan seksaan azab Mu.
Aku takut jika aku tidak dipandang di akhirat kelak.
Allah,
Bantu hamba-Mu,
Aku ingin berubah.
Berikan aku kekuatan.
Kekuatan untuk bermujahadah di jalanMu.
Jangan biarkan hatiku bergolak,
Setelah Kau memberikan petunjuk padaku,
Pimpin aku Ya Allah.
Aku kuat sehingga hari ini kernaMu.
Admin : El Huda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment