Monday, 3 February 2014

Jalan-jalan Cari Makan

Sedang asyik aku membasuh pinggan di sinki, tetiba aku terdengar derapan kaki yang sangat laju menuju ke arahku. Aku pun menoleh. Rupa-rupanya Sumayyah, 5 tahun dan Afifah, 9 tahun sedang berkejaran. Mereka terus menuju ke arah water cooler di sebelah sinki dan meminta cawan daripadaku. 'Haus rupanya mereka ni'. 

Afifah mengambil air dahulu lalu terus minum diikuti oleh Sumayyah. Namun, perkara yang memeranjatkanku adalah Sumayyah tidak terus minum air tersebut akan tetapi dia terus duduk mencangkung dan aku terdengar bisikan halus basmalah meluncur keluar dari mulutnya. Lalu, Sumayyah pun minum air tersebut. Aku terkedu. Bagaimana kanak-kanak 5 tahun ini penuh adab ketika minum. Aku? Aku memandang diri sendiri. Subhanallah... Sesungguhnya aku telah belajar sesuatu daripada budak kecil ini.

**********
Okay. Entri kali ini aku ingin kupas tentang isu 'ADAB MAKAN'. Nampak remeh tetapi ramai yang abaikan. Nampak remeh tetapi ramai yang tak amalkan. Berdasarkan cerita di atas tadi, kita boleh pelajari dua adab daripada adik Sumayyah:

1) Duduk ketika hendak makan @ minun
2) Membaca basmalah sebelum makan @ minum


Dari Umar Bin Abu Salamah R.A. katanya: Sewaktu aku masih kecil dan berada dalam jagaan Rasulullah S.A.W.  tanganku sering bergerak bebas dari satu piring ke piring yang lain ketika waktu makan. Rasulullah S.A.W.  berkata kepadaku: 
"Wahai anak muda, bacalah "bismillah" dan makanlah menggunakan tangan kanan serta ambillah makanan yang berhampiran denganmu sahaja". 
(H.R.  Bukhari,  No: 5376)

Kali ini aku nak ingatkan balik adab makan yang Rasulullah S.A.W ajarkan.

1) Jangan sesekali mencela makanan. 
- maksudnya kat sini, tak payahlah nak kompelin makanan tu tak sedap. Makanan tu kurang garam ke terlebih garam ke. Diam-diam sudah. Sebabnya kita akan mengguris hati si tukang masak. Ha! Kan dah dapat extra dosa tu.


Dari Abu Hurairah R.A., berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan sekiranya beliau suka, beliau akan memakannya dan sekiranya beliau tidak suka, beliau akan membiarkannya (tanpa mencela).
(H.R. Bukhari, No: 5409)


*a big NO.. NO.. man!*
cursing is satan's job

2) Makan ala kadar sahaja dan lagi molek kalau makan sekadar untuk mengalas perut. Extra molek kalau kita makan secara kongsi. Bukan kedekut tau. No. No. Sebab makan secara kongsi ni adalah saranan baginda sendiri. Lagi satu, kalau kita makan secara kongsi, kita akan cepat kenyang walaupun kalau kita tengok dengan mata kasar yang makanan tu tak cukup pun untuk dimakan ramai-ramai. Subhanallah... Nikmatnya.

Dari Abu Hurairah R.A., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda:
" Makanan dua orang cukup untuk tiga orang. Makanan tiga orang cukup untuk empat orang".
(H.R. Bukhari, No: 1632)


3) Kalau makan tu, tak payahlah sampai perut dah 'membukit' baru nak berhenti makan. Kan molek berhenti sebelum kenyang. Mesti ustaz dengan ustazah korang selalu pesan:


"Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang"

So, apa lagi. Kata pelajar solehah.. Follow lah nasihat dorang. Tak rugi mana pung.

Dari Abu Hurairah R.A., berkata: Ada seorang lelaki yang selalu makan dengan banyak. Setelah dia memeluk Islam, dia hanya makan sedikit. Perkara ini diceritakan kepada Rasulullah S.A.W.  lalu baginda bersabda: "Orang yang beriman makan untuk satu perut, manakala orang yang kafir makan untuk tujuh perut".
( H.R. Bukhari, No: 5393)

4) Bacalah doa sebelum makan. Kalau dah malas sangat plus kebulur tahap mega pung, at least bacalah basmalah. 'Kebenda basmalah tu? Dari tadi dok ghoyak basmalah jo'

Ni ha... Basmalah nyo:
"Bismillahirrahmanirrahim.."
(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang)

5) Ambil makanan yang berhampiran dengan kita sahaja. Sungguhlah tak sopan kalau kita panjangkan tangan sebab nak ambil makanan yang nun jauh di sana. Kalau nak jugak, suruhlah orang yang berhampiran dengan makanan tersebut ambilkan. Kan sopan cenggitu.

6) Gunalah tangan kanan kalau nak makan dan minum tu.. Haiyyo! Wa cukup pantang orang yang sesuka hati je makan dengan tangan kiri. Dia ingat dia siapa? Syaitan jo yang makan guna tangan kiri. 'Kalau makan steak acano? Kan garpu kat tangan kiri and pisau kat tangan kanan'. Hok aloh... Gampang banget sihh.. Potong je lah steak tu macam biasa lepas tu tukarlah garpu yang kat tangan kiri tu ke tangan kanan. Pastu nganga mulut and sumbat steak tu. Kunyah kasi lumat and telan. Mudah bukan? Subhanallah.. Indahnya Islam ni :)

Daru Ibnu 'Umar R.A. katanya: Rasulullah S.A.W.  bersabda: "Apabila kamu makan dan minum, makan dan minumlah dengan tangan kanan, hanya syaitan yang makan dan minum dengan tangan kiri".
(H.R. Muslim, No: 2019)

7) Seusai makan and minum, bacalah doa selepas makan. Kalau dah malas sangat tu bertahmid je.. 
"Alhamdulillahirabbil'alamin"
Easy cheesy kan?


*nah hadiah*

*selamat beramal*


P/s: kalau makanan yang dah terhidang tu, moleklah pergi makang dulu baru pi solat kerna dikhuatiri solat kita nanti tak khusyuk sebab bau aroma makanan yang menusuk hidung ditambah pula dengan orkestra hebat oleh cik perut. Perghh.. Tapi kalau kome makan dulu tak molek makan lambat2. Tak payah nak honeymoon sangat. Segerakan makan tu ye.. 
peace yaw ^^v


Last but not least, 
*pergh.. speaking london ko minah*
Aku perasanlah kan budak-budak zaman sekarang ni suka sangat cakap soal jodoh. *luar topik ni* Lek lu.. baru habis sekolah kot. Tapi ada bagusnya sebab mereka ni berfikir ke depan. Boleh buat persiapan awal-awal :) *persiapan rohani ye*

Ni ada satu nasihat kalau kome nak buat majlis nanti. Bukan setakat kenduri kahwin je tapi apa-apa majlis.

Dari Abu Hurairah R.A. katanya: "seburuk-buruk makanan ialah makanan pesta, apabila yang diundang ke pesta itu hanya orang-orang yang kaya sahaja, tanpa mengikut serta orang-orang miskin, siapa yang tidak mendatangai suatu undangan, sesungguhnya dia mendurhakai Allah dan rasulNya".
( H.R. Muslim)



That's all from me and thanks for reading this entry.

"Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada diri sendiri"

Assalamualaikum and adios c:

By: Miss Verde

No comments:

Post a Comment