Saturday, 28 June 2014

Dia datang.

Dia datang lagi. 

Alhamdulillah dia datang lagi. 

Masih sudi untuk Dia memberiku peluang bertemu dengan dia. 

Insan yang hina, hamba yang penuh dosa dan nista..

Tapi, Dia yang atas sana tak pernah letih beriku peluang kedua ketiga keempat dan seterusnya. 

Allah. 

Semangat yang ku genggam bersama sahabat seperjuangan dahulu kala kian terhakis sedikit demi sedikit. 

SYAHID. 

Bibirku tersenyum hambar tatkala perkataan ini timbul di benak fikiranku. 

Kemanakah semangat itu hilang? 

Lama aku mencari. Selak disebalik belukar, *cewah* apa kaitan bai? Nak madah pun hagak la sikit burung gagak wui. Whahahaha.

Back to normal. Seryes siket! Ehem. 

Tapi.. aku yakin dan pasti. Semangat itu akan datang sebentar sahaja lagi. 

RAMADHAN!

Allahu. 

Alhamdulillah, Allah Azza Wajalla ni sweet sgt, sebab Dia tak pernah lupa untuk beriku peluang. Peluang untuk aku perbaiki diri menggapai cita-cita terbesarku. 

SYAHID. 

Allah datangkan Ramadhan untuk memberi peluang kepada manusia yang ingin melipat gandakan amalan yang selama ini rating dia macam siput sedut nak nazak tak lama lagi je dah. Eheh. 

Sudah lama aku menyepi, menyepi bukan bermakna aku diam sepi. Aku bizi gila weh. Disekat dengan assignment berkajang-kajang, lap report tersemput-semput. Coffee bermug-mug. Haha yeke minum coffee cik adek? Tido awal je setiap hari I nampak *kata diriku kepada jari-jariku yang sudah pandai menaip alphabet-alphabet dusta* >< 

Btw, jom TARAWEH! jangan TAWAREH sudah, kekeke.

Tajdid niat, selagi dunia tak kiamat jangan rasa terlambat untuk kau bertaubat. Ingat, Allah tengah masih beri kita peluang. Peluang untuk kita repair apa yang patut sebelum kita diberi sajian yang indah. 

Kerna yang indah itu nak dapatkannya tidak mudah. Sumpah tidak mudah. 

Kita perlu berkorban sekerah tenaga demi yang Maha Esa tanpa memikirkan kerugian yang kita tanggung. Ya kita mungkin rugi dekat dunia sebab tak boleh buat apa yang nafsu suka en?

Macam berzaujah/zauj fake aka kapel islamik kemik kalah komik katenye. 

Macam ushar filem yang ntahpa ew ew yek, haktuih.

Macam menyumpah seranah pontianak belakang rumah.

Macam-macam lagila macai. Wahahaha.

Tapi ingat! KITA rugi kat dunia tak bermakna KITA rugi dekat akhirat. 

Akhirat menanti kita datang je sahabat-sahabatku. 

Eh akhirat tu terlalu general ala ala roti gardenia. kaitan?

Syurga Firdaus Allah Azza Wajjala tak sabar tunggu kita jejak kaki ke SANA. 

Sebab kat sana, ada ganjaran bagi sesiapa yang terpaksa mengorbankan nafsu demi Allah dan bagi 'dia' yang rugi dekat dunia sebab tak buat apa yang nafsu suka misalnya. 

Jangan menyesal buat benda yang Allah suka dan Allah sayang.

Jadi, ape yang kau tenung tenung lagi jah? 

Ayuh! 

INSIEME-SYAHID. 

Babai bebeh. 

Assalamualaikum. 

Ramadan Kareeem^^



Admin :BG 








No comments:

Post a Comment