Monday, 6 January 2014

24 Jam.

Assalamualaikum bakal ahli kubur sekalian ;)


Ye.. Mungkin lepas ni gamba yang enkorang tengok tu akan jadi tempat kita pulak tak lama lagi. Dah cukup belom bekalan kita eh? cukuplah kot kan? *KOT* InshaAllah. Haaa, ingat tak yang kita ini dijadikan daripada tanah? Tanah selalunya kita nampak kat mana? Macamana kita nak rasakan yang tanah itu ada? cer jawab. Ehee, masa dah pun tamat sayang muslimah ku sekalian. Senanya, TANAH ni sejenis menda yang asyek kita jumpa di bawah.. betul? Kita selalu pijak die en pakai kasut or kaki ayam.. setuju? Hem. So, kat sini. Teorinyaa begini. Kita hinaa, HINA sangat. Sebab dosa kita banyak.. macam deburan tanah? Kan ke kita dijadikan daripada tanah? Hakikatnya tanah sering dipijak sebab tanah ni selalunya kat bawah kan? *yelah takkanlah nak junjung tanah pulak sambil berjalan ken?*  Haa begitu jugalah orang yang berbuat dosa ni, ALLAH MURKA. Jadi balasan NERAKA lah untuk menunjukkan bertapa jijiknya DOSA ini dan ia haruslah dihapuskan sebelum seseorang itu suci bersih untuk melangkah kaki SORGA *fehlamaks mcm inche gabbana la pula sorga sorga ni, ahaks..* Aku admirer die kot sbb tu post aku kebanyakan sentap-sentap. Eheh showie eak? -..- Okey dah. So, sekarang ni bukan aku nak hina manusia okehh sebab aku pun manusia haper ;) So, jangan nak judgemental sangatlah eh. 

"Weh, jadi kau nak cakap nabi yang maksum pun banyak dosa lah sekarang ni? Kau merepek ape bhai? Nak berdakwah gunalah term yang elok sikit, bikin panas je kau ni."



*Judgemental detected* PAUSE, PAUSE. Sekejaaaap! Heh.. Ape lah masalah manusia ni kan? Suka sangat nampak side yang negative berbanding positive en? Aku bahasakan diri aku *gua,lu* korang cakap kekasaran aku tahap melampau. Kata aku GANGSTER tahap tak hengat. Sebenarnya kau kenal tak aku ni siapa sebenarnya? Nak tahu f2f lah. ahah. Boleh gusti sesama, baru nama macho. Nak nampak negative manjang otak kau tu. Cuba amek ibrah dengan apa yang nak aku sampaikan? Menda kecik jerr nak perbesarkan. Kalau ada pekdah takpe gak tapi "negativejudge" tu dah tahap tak hengat dah, impak positive sikit takdak. Huh. Okey dah. Baca elok-elok.

Sekarang ni,
Aku cuba nak samakan tanah tu dengan "kita". 
"Tanah ni sebenarnya uncountable kan? Same as our "sins" too dear ;) UNCOUNTABLE. Itu je point dia."

So, agak-agak enkorang lah kan? Nak tak balik jumpa Allah SWT dengan keadaan yang dah sah sah memang kotor? Jijik, sebab badan "kita" tu busuk. Busuk sebab penuh dengan noda dan dosa. Kita datang ke Bumi ciptaan Allah ni dalam keadaan bersih tau? Sanggup ke nak bertemu Dia balik dalam keadaan "kita" yang sekarang? Cube fikir. Take time take time~


Punya lah panjang berjela baru aku nak introduce tajuknya. 24 jam? Itu masa kan? Agak-agaklah kan, dalam 24 jam yang Allah pinjamkan kat kita tu.. Berapa sangatlah jam yang kita guna untuk terus ingatkan Dia. Kembali kepada fitrah asal, yakni khalifah Allah di muka bumi? 

Formula medmod:
6 JAM FESBUK, 3 JAM TWIDER, 1 JAM BLOG. 4 JAM GAME. TIDO 6 JAM. 2 JAM MAKAN DAN FRESHIE KAN DIRI. 1 JAM SIAPKAN HOMEWORK. 30 MINIT TENGOK TV. 30 MINIT SEMBAHYANG. *peoplenowadays* 


Pointnya kat sini, manusia sekarang.. ya, KITA! lebih MAHU bersama GADJETGADJET yang iyaa, hanya berkekalan di dunia dan tak boleh pun sebenarnya nak bawak masuk kubur berbanding mengabdikan diri kepada Allah dan UMMAH untuk ditimbangkan sebagai amalan dan bekalan yang kita nak bawak pada Hari Pertimbangan yang bakal menentukan sama ada Syurga Firdausi atau Neraka Jahannam destinasi terakhir kita nanti. Huh, tahan nafas. 

Ye, aku je over buat formula medmod tu. Tapi memang betul pun kan? Handphone bukan gadjet ke? Tv bukan gadjet? Laptop? PS2? Gadjet kan semua tu? Unless, kita gunakan gadjet tu untuk ISLAM. Bukan sebab nak NGORAT. Bukan nak "bie, ayang, papa, mama, umi, abi" dengan yang bukan MAHRAM! Sedarlah. Kita boleh berubah. Masih ada masa.. 24 jam berputar seperti biasa. Itu pasti. Tapi yang aku tak pasti, takut tak sempat je nak taubat, ajal dah datang melekat. Mohon berubah tau, tumpang ade mase.. sayang korang. :)

"Hey admin, cara kau nak tarik orang untuk berubah ni terlalu keras lah. Bil Hikmah lah sikit"

Hem, ni lagi satu. Sampai bila nak "MEMANJAKAN" menda yang tuhan kita larang? Nak cakap belum baligh. Dah nak jadi bini orang dah. Entah tak sempat kahwin apa sebab diri nak sampai kubur sendiri dah. Sampai bila nak bilhikmah? Kita umat akhir zaman which means kita dah banyak ilmu, banyak dah hadis, quran yang complete dikumpulkan. Memang Islam terkenal dah sebelum kita dilahirkan. Siap pernah tawan Kota Constantinople dan sekaligus 3 per 4 dunia di tangan ISLAM. Dulu sebelum ISLAM baru-baru nak diperkenalkan oleh Rasulullah SWT lain lah, Islam time tu asing.. orang tak tahu. Jadi kena tarik secara diplomasila, BILHIKMAH gitu. Bikhilmah untuk orang baru nak kenal apa itu sesuatu "term" itu such liked ISLAM atau menda yang kaitannya dengan ISLAM? orang yang memang tak tahu yang MAKSIAT itu haram? Tak tahu yang tinggal apa yang Allah suruh itu berdosa? Itu takpalah, Bilhikmah. Yang enkorang ni, dah tahu. Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah memang A pehlas dalam tangan dah. Tapi kenapa ilmu tu sikit kita taknak amalkan. Hah, yang jenis orang macam ni kena guna cara yg agak keras sedikit lah. Diulang ye, *SEDIKIT*. Sebab orang sebegini, mereka sebenarnya TAHU tapi mereka cuma tak SEDAR. Ehem. EH, BTW TERUK SANGAT KAH CARA AKU NAK TARIK ORANG? Maaf, takde cara lain dah. LMAO.

 Sesuai dengan hadis ini :
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". 
H.R. Muslim 


Sekarang ni gadjet dah macam-macam jenis dah. So, maklumat di hujung jari kan? Ceramah? Youtube. Cerpen dakwah? Google. Banyak. Dulu, masa zaman Rasulullah, mana ada gadjet. So, kena tarik orang Arab yang memang jahiliah tahap tak hengat tu secara hikmah lah. Bak menarik benang di dalam tepung gituuh. Sejujurnya aku nak tanya. Sekarang alasan apa lagi kita nak bagi? Jahiliah? Ilmu kat luar sana tersebar bercambah. Berlambak. Nak bagi alasan apa lagi yang buat maksiat itu memang HARAM? Nak kata tak tahu, setiap sekolah ada ja subjek Pendidikan Islam. Sampai bila nak teruskan buat benda yang melibatkan Atuk DOSA ni? Nak tahu sebab apa atuk? Sebab dia dah lama dah wujud, dialah yang bawak kita ke neraka. Tua dah tapi masih bergiat aktif. Bersama siapa? Syaithooonn! So, bila lagi? Nak suruh malaikat maut nak tarik nyawa dan time nafas tersekat-sekat menghadapi SAKARATUL MAUT kita dahulu baru time tu nak buat solat taubat untuk memohon ampun kah? HAHAHA. Don't make funny here. It's not a joke okey. Tak ROFL langsung you -.,- Takda dah masa time tu nak taubat bagai. 


 Aku sedih lah. sumpah! Sebab aku taknak kau sahabat aku terjunam sedikit pun kat tempat Syaithoonnn tu. Bagaikan menjerit pinta tolong betapa sakitnya balasan yang Allah berikan kepada mereka yang mendekati maksiat. And yeah, melakukan maksiat juga.Time tu nasi dah jadi bubur yang berkulat dah. Sedikit pun aku taknak sorang pun kawan aku kat dalam Neraka. Sumpah aku sayang hampa. Tapi apakan daya, aku tak mampu nak tegur on direct. Sebab aku takut hati hampa yang lembut tu terguris. Tapi lagi aku takut bila hati ALLAH yang terguris. Aku tersekat antara dua menda ni. 



.

Tapi seusainya munajat wajibku, ku pinta moga tuhan berikan aku kekuatan untuk tarik kau dan peluk terus kau yang bergelar sahabat. Supaya kau bersamaku menggapai syahid dan tak lari semula ke kancah maksiat. Ameen. 

By the way.. sebelum aku terlupa. Sudi sudilah renung gamba bawah ni. Aku amek kat fesbuk matlutpi. 


"Have you ever been so in rush for Tarawih your front pocket couldn't catch up and settled on your back?"-Matluthfi

Serious bila aku tengok gamba ni, tahap kensentapan aku memang jelas ketara. Malu kot. Faham tak apa yang statement mathlutpi tu try nak jelaskan? Dia cakap pokcik kat gamba ni, begitu kalut menuju ke RUMAH ALLAH, MASJID semata-mata nak solat PENUH TAWARIKH pada malam itu. Ke TERAWIH? ah mana-mana aje lah. Sampaikan jubah dia terkalih pun tak ambik tau dah asalkan BAGI DIA "masa aku bersama Allah itu ADA". Kita kita? ;) Ni haa ada soalan yang aku nak tanya. Jawab jujur, jawapan biar kau dan Allah je tahu. 

PERNAH TAK?
  1. Kita rushing( mencari peluang) untuk melakukan ibadat semata-mata untuk manggapai REDHA Allah tak kira masa?
  2. Kita mengalirkan air mata kerana menyesal pada hari itu kita tak pernah ingat kat Allah pun? Malah lebih sebuk dengan gadjet. 
  3. Kita menghargai masa kita 24 jam ini, dengan setiap benda yang kita lakukan kerana Allah semata-mata? Maknanya, semua benda yang kita buat diredhai Allah la. Bukan tengok filem yg tak sepatutnya kan?
  4. Kita terfikir pada hari itu, hari terakhir kita bersama Allah? Maksudnya ingat mati. Buat ibadat bersungguh-sungguh takut esok kita dah takde ;)
  5. Kita buat baik melebihi kita buat menda yang buruk yakni perkara yang lebih tend ke arah LAGHOOOO? Sangkanya, berdakwah kat fesbuk tu benda yang baik. Tapi sebuk nak memancing dan goda yang bukan mahram.
AMARAN! JAWAB SOALAN YANG TERTERA DI ATAS DENGAN HATI YANG IKHLAS.




Akhir kata dari admin.. Lihatlah wajah para syuhada. Dambaan mujahid/mujahidah gituuh. Tersenyum kan mereka? Sebab apa? Sebabnya, hijab mereka dah terbuka luas. Allah tunjuk kat mereka SYURGA. Sebab itu mereka tersenyum sahabat. Segala keringat dan perjuangan yang tak kenal erti putus asa untuk mempertahankan agama ISLAM. Kinii, sudah terbayar. Kita taknak ke? Nak nak nak >< InshaAllah lepas ni kita pulak ye. Ameen. 


Orang pertama gugur syahid dalam Islam ialah Sumayyah binti Khayyat, ibu kepada Ammar bin Yasir yang mati kerana mempertahankan agama Allah di tangan pemuda Quraisy Makkah, Abu Jahal.


"Firman Allah SWT yang bermaksud : "dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;(169)"


Jadi, MASA ada kaitannya dalam mengejar SYAHID yee. So, hargailah 24 JAM yang diberikan itu dengan sedaebak-daebaknya. Sama-samalah berubah. Insieme syahid uols. Sekian. ;)

p/s~
Kamus bahasa maya:
LMAO = Laugh My Ass Off
ROFL = Rolling On the Floor Laughing

Admin : Biohazard's girl.

No comments:

Post a Comment