Monday, 6 January 2014

Mujahadah

                                                                          

" Weh, aku nih main Blackshot je 24 jam, susah lah nak berhenti, assignment semua tak siapa apa lagi nih. Aduhai "

" Aku tau je couple semua tu dosa, tapi susahlah nak tinggalkan dia, aku sayang dia doh"

"Aku bukan tanak tinggalkan merokok, cuma dah sebati dalam diri. Lapgipun, aku nak nampak cool."

"Eee dia tu kan nampak je pakai tudung labuh, tapi perangai entah pape, lepas tu kan bla bla bla "

"Awal lagi nih, baru pukul 6, satgi 6.30 aku bangunlah solat subuh. Mengantuk lah"

"Tak lawa lah nak pakai baju besar lepas tu tudung labuh-labuh nih. Nanti lelaki tak pandang. Tak femes lah aku"

Dan macam-macam lagi. Selalu dah kan kita dengar benda-benda macam ni? Takpun, sebenarnya diri sendiri memang dah selalu alami benda cenggini. Kan?

Okay. Agak-agak tak rasa loser ke bila orang lain boleh tinggalkan semua benda yang tak elok tu, tapi kita tak mampu? Kat mana silap kita agak-agak?

Adakah sebab kita rasa kita bukan budak sekolah agama, maka kita rasa macam "perlu ke pakai tudung labuh?"
Takpun, kita rasa pakai pakaian yang sangat seksa meksa tu tak menganggu orang lain pun. Macam tu?

Ataupun seorang perokok rasa yang "Lantak aku lah, aku beli guna duit aku kot, asal korang nak kecoh? Lagipun orang cakap lelaki kalau merokok, baru nampak macho" 

Takpun, sebab nak rasa diri disayangi dan menyayangi?
Ke sebab takut takda orang nak nanti?

Ataupun sebenarnya dah lama nak berhenti buat semua benda yang tak berfaedah tu, tapi tak mampu? Rasa bersalah tu dah bermaharajalela kat dalam diri, cuma rasa tak sanggup nak tinggalkan sebab dah sebati dalam diri?

Dekat mana kurangnya?

Cuba fikir, adakah sebab kita tak cukup bermujahadah? Haaa cuma pikir betul-betul. Rasanya kita dah cukup bermujahadah lawan nafsu ke belum? Dah cukup bermujahadah lawan benda yang Allah larang ke belum?Bermujahadah untuk berjaya di dunia dan di akhirat? 

Mujahadah tu apa actually? Wahai anak-anak sekalian, mujahadah tu boleh ditakrifkan sebagai satu usaha melawan dan menundukkan kehendakkan hawa nafsu untuk mencapai sesuatu yang lebih bermakna. So, paham dah mujahadah tu cemane? Lebih simple, mujahadah tu kita tahan diri kita daripada melakukan perkara yang Allah benci dan menolak kepentingan peribadi. 

Kalau tak paham lagi. Sila terjun dalam sungai. Wahaha. Okay tak. Dia macam "kau nak masuk syurga kan? So takpayah nak manja sangat. Tarbiyah bukan untuk orang yang manja." Eheh tetiba. 

Mujahadah tu memang perit. Sebab tu kita dekatkan diri dekat Allah, mintak kekuatan dekat Dia. Allah suka gila kot kalau hamba nak dekat dengan Dia. Pernah dengar yang ni tak? Kalau tak pernah, cuba hadam betul-betul.

"Jika seorang hamba mendekat kepadaKu sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Dan jika dia mendekat kepadaku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari" (Bukhari)

Nampak tak betapa Allah suka dengan hamba yang ingin mendekatiNya? Kita ja yang sombong bongkak takbur. 

Nanges.

Macam aku cakap, mujahadah itu perit sebab syurga tu indah. Nak lagi lawa, nah ambek!

                                                                      (Credits to google. Ehehe)

You know what, bila nafsu dapat dikalahkan, maka seseorang itu akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepi kehendak peribadi. Haa tak ke macho macam tu. Satu kepuasan tahu bila dapat menundukkan nafsu. Kalau tak percaya, try buat. Serius wa tarak tipu sama lu! Ops.

Yakin dekat diri. Boleh punya. Sampai bila nak terus bergelumang dengan jahiliyyah? Takkan nak biarkan rasa loser terus membelenggu diri? 

Ujian terbesar manusia adalah hawa nafsu. Kita kena sentiasa fikir benda yang kita buat tu betul atau tak. Tak macam menatang, dieorang buat ja apa yang dieorang nak buat tanpa memikirkan buruk atau baik. Nama pun binatang kan. Takda akal. Tapi aku rasa binatang lagi berperasaan daripada manusia kot, sebab tak penah lagi lah tengok ibu musang mencampakkan anaknya kedalam tong sampah dan memflushkan dalam jamban. Eheh



Okay lah. Setidaknya kita kena mempertimbangkan setiap keinginan nafsu kita dengan dua neraca utama which are neraca agama dan neraca akal.

Kalau kita nak pertimbang ikut neraca agama, kita pikir apakah perkara yang kita lakukan tu sesuai dengan kehendak agama atau tak? Kalau ikut syariat, go on babe. Tapi kalau tak ikut syariat, maka tinggalkan.

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat keras hukumannya 
(As- Saff 59:7)

Dan Allah memberikan ancaman keras kepada siapa yang dengan sengaja melanggar ketetapan yang telah Allah tetapkan berupa hukuman hukuman yang sangat keras.

"Couple, berpeluk sana-sini, adakah dibenarkan Islam atau tidak?"

"Pakai baju terdedah sana sini, adakah dibenarkan Islam atau tidak?"

"Mengumpat orang macam diri dah perfect sangat, adakah dibenarkan Islam atau tidak?"

Kalau kita dah maklum akan jawapannya, tapi kita masih degil nak buat jugak, maka kita termasuk salah seorang yang Allah janjikan dengan azab yang pedih seperti termaktub ayat di atas. 

Peluh besar. fuh

Neraca seterusnya, necara akal.

"Adakah dengan main game 24 hours non stop, kita akan jadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang?" 

"Adakah dengan baca novel tebal-tebal lebih baik daripada membaca buku ilmiah? " 

"Adakah tidur yang banyak akan menjadikan aku seorang yang produktif?"

Peh macam kena batang hidung sendiri pun ada. Takpa! Jom kita ubah sesama.

Kesimpulannya,kita boleh tundukkan nafsu, janji kena bermujadah! Mujahadah sungguh-sungguh. Jangan hanya sekadar hangat suam tahi ayam. Eh

Nak capai syurga Allah kan? Maka, jom bermujahadah!

Chayok!

Oh sebelum tu, korang ingat pakai terdedah sana sini tu tak menyusahkan kaum adam ke? Ingat senang nak jaga pandangan sekarang dek pakaian zaman moden ni yang sentiasa tak cukup kain serta benang? So, mari kurangkan beban dieorang dengan pakai pakaian yang menutup aurat. 
Tapi kaum adam, sila bertoleransi sama. Kaum hawa dah susah payah tutup aurat, maka apakata korang kaum adam pun susah payah jugak jaga pandangan? Baru aman dan sejahtera. Gituuu.

Yang merokok pulak. Memang lah beli rokok dengan duit sendiri. Tapi kesihatan orang sekeliling yang sedut asap rokok korang tu cena pulak? Sapa nak bayar kesihatan dieorang? Lagipun dah keluar fatwa kan haram. Kalau susah nak stop terus, cuba lah try sikit-sikit. Kalau selalunya sehari dalam 5 kotak rokok, apa kata try hisap sehari satu kotak ja. Okay sebenarnya satu kotak tu pun dah banyak. At least berubah walaupun sedikit. Okay apa.

Oh dan satu lagi, couple itu membawa bencana tahu? Haha
Time bercinta nampak semua indah walaupun pada hakikatnya sangat lah err. Tapi kalau dah break up tu, peh dunia macam tunggang terbalik. Frust menonggeng tak tentu hala. Nampak tak betapa couple tu sangat merenyahkan? Ala lagipun Allah dah bagitau kan setiap orang ada jodoh masing-masing. Kalau bukan dekat dunia pun, inshaAllah dekat syurga sana nu haa. Sabaq sat. Lagipun, lagi sweet apa kalau simpan hati untuk yang halal? Ehem. So, moh ler kejar cinta Allah dan Rasulullah dulu.

Saja nak membebel-bebel. Wahaha

Adios and Assalamuaikum uolls xD

Admin: [ SMASFI ]

No comments:

Post a Comment