Monday, 27 January 2014

Aku, Ustat, & Alam Maya 2

Assalamualaikum anak-anak sekalian..
Nak tahu tak sambungan cerita Aku, Ustat, & Alam Maya (AUAM) ?


* nak.. nak.. nak.. :)

Camni ceritanya....
__________________________________________________

Setelah aku tak boleh tidur, aku terus ambil henset. 
Sign in fesbuk.Usha2 status kengkawan.
Usha2 gambar dorang.

Tiba-tiba...

'Boleh ke kamu sure yang kamu pung 
tak usha gambar dorang?'

Pang! Rasa macam kena tampar.

*Adeyh.. Ayoyo

'Astaghfirullahal'azim.. Apa yang aku dah buat ni?'

Aku pung terus tekan My Profile dan delete kengkawan ajnabi.
Ajaib!
Tetiba rasa tenang sangat. Rasa lapang sangat. 
Apakah?
'Mungkin inilah yang terbaik buat aku'

'Alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana hadirkan
Ustat Havoc untuk sedarkan aku.
Arigatou gozaimasu, Ya Allah.'

Baca doa dan terus tidur.
__________________________________________________

Allahu akbar! Allahu akbar!

Azan subuh terus menyedarkan aku dari dreamland.
Seusai azan tamat, aku terus ambil wudu' dan solat subuh.

Seperti kebiasannya aku akan ke dapur untuk membuat sarapan.
Sementara menunggu family bangun, aku terus capai henset.


Guess what?
Online lah beb.. Hehehe..
*Adush.. macam tak boleh hidup je kalau tak online
Hmm.. cengginilah manusia zaman sekarang
*geleng kepala*

Senanya, masih ada lagi pertanyaan yang aku nak tanya
kat Ustat Havoc ni..

Ustat, memei yang ajnabi kita kena delete ke dari friends list?
Acane kalau family?
Acane kalau orang tu gunakan media sosial ni untuk berdakwah?

Ask.

Aiwah. Semuanya kena delete.
Tapi kalau family ngan orang yang berdakwah tu takpe..
But before that, make sure yang orang tu gunakan 
media sosial ni 100% untuk berdakwah.
Kamu pung boleh unfollow ustat kalau kamu rasa 
ustat ni tak memberi faedah kepada kamu.
Moga Allah bagi syurga kepada kamu yang ingin berubah!

Memei kamu akan rasa awkward masa mula2 delete tu..
Tapi percayalah.. perasaan tu semua sekejap je..
Itu semua mainan syaitan je.. 
Syaitan ni tak suka kalau kita nak buat baik..
Jangan risau... Innallahama'ana..
Sesungguhnya Allah bersama kita :)

Dalam kita nak berubah ni, banyak dugaannya..
Ada yang menyokong dan tak kurang juga 
yang pandang pelik.
Nasihat ustat : 
Be patient!

Kalau ada orang yang bash kamu ke, apa ke, jangan risau.
Terima semuanya dengan positif.. 
Senanya mereka tu prihatin ngan kamu.
Mereka cuma nak beri teguran dan nasihat kat kamu je.
Mungkin cara dorang tu salah.

Keep calm, be positive and stay strong.
Chaiyok! Kamu boleh!

Hehehe.. 
Panjang bebenor esei Encik Ustat ni..

Like!

*senyum.. tak perlu kata apa2 ;)

__________________________________________________

Ha... Acane ngan cerita AUAM ni?
Semoga dapat memberi manfaat kepada uolls..

Ciao dulu.. Adios..
Xoxo <3
Assalamualaikum..

Admin: Miss Verde

No comments:

Post a Comment