Monday, 27 January 2014

CINTA?

Assalamualaikum. 

Lama tak jenguk. Banyaknya post yang boleh membuat mata aku terbuka. Miss Verde. Thanks. Ehem. SABAR. Kadang dunia ni banyak dugaan. Banyak sangat. Buat diri ini letih nak hadapi setiap cabaran mendatang. Pada pendapat aku, semakin aku dewasa. Semakin aku nak kejar benda yang besar. Semakin banyak dugaan yang Allah datangi terhadap aku. Namun, aku cumalah insan yang bergelar hamba. Tak mampu nak menjadi seperi Umar Al-Khattab yang senantiasa teguh berdiri melawan segala hawa nafsu dan ujian Allah. Tapi aku?


 Lemah. Sigh. 

Pernah sahabat ada berkata.

"Kadang Allah turunkan ujian untuk awak dalam bentuk 'ajnabi'. Allah nak lihat sejauh mana awak tabah dan cekal menolak dan mempertahankan diri sebagai seorang muslimah solehah yang tak ingin disentuh hati awak oleh sesiapa pun melainkan Allah. Jadi, awak harus tabah. Biar orang cakap apa, dan lakukan apa sahaja agar mereka yang bergelar ajnabi itu semakin 'takut' dan 'taknakdah' dekati diri awak. Itu lebih okey mungkin?" 

Aku terfk. Jauh merenung. Namun cara apa lagi yang harus aku lakukan untuk aku hapuskan dengan tabah 'ujian' yang Allah turunkan itu? Ketika bicaraku sopan menolak, ramai antara mereka semakin dekat menghampiri daku. Sehingga aku lupa matlamat besarku selama ini. Buat aku putus kata. Lantas dengan cara apa lagi jika tak lain tak bukan dengan bertindak lebih brutal dan terus melawan mereka agar mereka 'tersungkur' dan terus 'tewas' dalam arti kata yang sebenar. 

Tapi sungguh, sebaik sahaja aku menolak seseorang itu. Namun.. Ada yang baru datang bertandang. Kononnya melihat diriku di dalam mimpinya. Sedangkan dia tidak mengenali diriku. Bagaimana dia tahu yang 'AKU' manusia yang datang dalam mimpinya? sedangkan kenalan hanya di fesbuk. Ujian apa lagi ini? 


SABAR. Sabar hati. Allah ada. Hiraukan mereka.  Tidakkah kau lupa bahawa mereka yang menyebabkan engkau untuk lebih jauh dengan pencipta engkau wahai seorang hamba? Buktinya? Engkau terlalu sebuk untuk berhujah dengan mereka agar mereka jauh dari engkau diri. Tapi hasilnya? Ada mereka mengalah? Tidak bukan? Argh diri. Jangan letih. Jangan futur. Please, aku merayu. Ketahuilah diriku.. Ada lagi jalan terbaik selain menjadi kasar terhadap kaum ajnabi. Ada. Yakni.."hiraukan" mereka itu jalan yang terbaik untuk mereka berhenti berbicara. Berhenti mengeluarkan madah pujangga. HIRAUKAN. 

Pernah seorang sahabat berbicara terhadap diriku..

"Mereka tidak akan ikhlas mencintai awak selagi mereka tidak menghalalkan cinta mereka terhadap awak itu."

"Ketahuilah sahabat, jodoh itu menyenangkan hati, penawar duka dan lara, bukan sehingga buat awk murung dan bersedih hati SEBIGINI wahai sahabat. LUPAKAN DIA."

Kata-kata ini  membuat aku tersedar. Untuk apa aku melayan mereka? Hiraukan. Allah rindu engkau wahai diri. Rindu sangat nak dengar engkau kembali kepadanya semula. Biar mereka ajnabi membenci dirimu. Kerana itu lebih baik daripada mereka juga seperti engkau yang SEMAKIN LUPA TERHADAP PENCIPTA wahai diri. Kita sama-sama hamba bukan? Okey aku dah mula untuk berhusnuzon. Alhamdulillah. 

Betul. Aku tidak harus membenci mereka. Cuma aku perlu hiraukan sapaan mereka. PERLU! Dengan ketat. Hiraukan. Eh, aku muda lagi kot -.- Aku tak akan masuk lagi dalam kancah kapel itu. Tak AKAN. InshaAllah. Aku harus tabah. Dan sabar. Kerana syurga itu mahal. Dunia ini hanya tempat untuk aku membasuh, clorox dan menyental diri aku dari dosa dan noda.. sebab Allah janji nak gantikan syurga yang HARUM dan kekal buat selamanya jika aku orang yg berjihad kerana Allah. AKU HARUS! Meskipun payah, cuba dan tempohlah diriku sehingga lah kedua2 belah kaki engkau menjejak kaki ke syurga firdausi. Mungkin kerana aku sebuk online laman maya atau terlalu aktif di sekolah membuat aku menjadi tarikan pelancong. *ewaaah* pelancong pula. AJNABI lah. ahaks. *cuba menghiburkan jiwa yang lara* Sabar diri. INGATLAH..

Jika kita ikuti hawa nafsu, maka nafsu akan tunggu kita bersama sahabat baiknya, syaithon di padang neraka. Tetapi jika engkau hiraukan nafsu itu. Maka Iman akan menarik kita ke syurga Allah. Syurga yang mahal dan kekal buat selama-lamanya. 


Kepada yang di luar sana.. Beruntunglah kerana ada di antara kalian tidak menjadi "perbualan" dan "bayangan gilaan" dari seorang ajnabi. Kalian patut bahagia dan tenang menjalani kehidupan kalian kerana tidak diganggu oleh ajnabi. Bukan kerana Allah ciptakan kalian tidak sempurna. Tetapi Allah nak jaga kalian dari menjadi fitnah ajnabi. Dan Allah sayang kalian. TERLALU SAYANG. Sebab itu Allah jadikan kalian istimewa. JANGAN BERSEDIH hati dan jangan merendah diri jika ciptaan Allah itu tidak menepati kepuasan kalian. Kita hamba, terimalah seadanya. Allah tahu mana yang lebih baik dari kita. Sebab itu Allah mencipta kita, kerana Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu. Bukankah di syurga nanti pun semua ahli syurga cantik2 belaka? Adil bukan? :)


Bukan kerana aku tidak bersyukur atas keindahan yang Allah turunkan ini. Namun.. ujian untuk menjaga keindahan ini sungguhlah payah. Benar. Aku tak tipu. Bukan kerana aku mahu berbangga diri, berdabik dada yang diriku menjadi tatapan umum dalam satu jangka masa tersebut. Sungguh, itulah ujian terbesar untuk aku hadapi. Aku nak sangat matlamat aku tercapai. JIHAD dan SYAHID. Aku harus berusaha menepis semua ujian terbesar ini kerana Allah. 


Jadi. Aku mahu, yang diberi keindahan rupa itu. Jagalah dan peliharalah buat dia yang layak. Kerana RUPA hanya materialistik yang tak kekal ke tua. Dan RUPA tak boleh nak bawak kita ke syurga. Tapi apa salahnya, pelihara buat yg halal? Jangan tayang okey. Kalau nak juga tayang kerana kemaslahatan org kenal kita. Tak jadi masalah.. tapi takyahlah buat duckface, mulut muncung, dan mata membesar, atau lebih tepat seksi dan menggoda. Buat biasa2 ja. Muka beler. :)


Dan kepada wanita berniqab. Sedarkah kalian bahawa diri kalian menjadi perhatian terbesar buat seorang ajnabi? Berniqob untuk menjaga hati bukan?  Kenapa kalian mahu diri kalian menjadi tatapan umum dengan menghupload gambar kalian berniqob di muka buku atau buku lima *Eh* sedangkan tujuan berniqob nak jaga hati dan taknak diganggu. Ke niat nak pikat ajnabi soleh? haaa. Baik istighfar lekas. Buat kerana Allah.. Sedarlah. Aku berbicara begini untuk menjaga kalian juga. Dan nak elakkan fitnah terbesar baru-baru ini sampai naik trending itu berulang lagi. Jadi.. Jagalah hati di luar, sama jugalah kalian jaga di alam maya yee. cuba-cubalah fikirkan.

*Eleh, engkau pun tayang muka di fesbuk ada hati nak tegur orang*

Heh. Thanks sebab tanya soalan sinis sebegini. Salah aku. Jujur memang salah aku. Alhamdulillah aku telah membuang ajnabi yang tidak dikenali di laman maya. Sama macam Miss Verde jugak. Buang kaum lelaki. Alhamdulillah tenang. Dan sangat tenang. Allah jaga aku balik. Sedangkan aku sendiri yang membinasakan diriku dengan menayang wajahku di fesbuk. Heh. Poyo nak mampos ayat neh. Niat aku yang mulanya nak org kenal siapa the owner of my fesbuk itu disalah erti oleh kaum ajnabi. Tapi itulah.. aku cuma nak kawan2 lama aku kenal aku. Sebab kadang mereka jenis tak approve jika gamba yang tak tunjuk rupa ni. ye lah dah tak kenal watpe nak approve bukan? so, niatnya nak mereka kenal. Tapi lain pulak jadinya. Allahu. Indah sekali ujian Allah. Indah jika aku tabah dan sabar. 

Jadi..

*Adakah mereka mendekatkan aku kepada Allah Azza Wajalla dari sudut positif?*

Sungguh, yaa! mereka buat aku futur. Futur yang mengembalikan aku kepada Maha Pencipta. Kerana jika aku sedih, Dialah tempat aku meluahkan rasa.Thanks kepada kalian jugak -.- Tapi ingat. Jangan sentuh dan curi hati wanita sebelum tiba waktu yang tepat dan sesuai. 


Bhai, BARU LEPAS SPM kot. Ilmu yang menjadi keutamaan nak campak mana jika nafsu cinta yang menjadi perhatian? Macam ini ke Allah nak kasi syurga? Layakkah kita jejak kaki ke SANA jika melihat sendiri attitude kita ini yang hanya mahu mengutamakan kehendak nafsu semata-mata? Kehendak ISLAM dan kehendak Allah yang menjadikan kita sebagai KHALIFAH bagaimana? Abaikan begitu sahaja? Heh, xmungkin jika engkau mahukan syurga..

Contohilah Syahid Ammar yang tidak memikirkan tentang cinta dan kawen awal kerana dia tahu priority ummatik lebih penting. Yakni belajar dan sebarkan dakwah dan dakyah yang baik kepada ummah. Sehingga kini.. Lihatlah. Kerana arwah, ramai yang ingin menjadi sepertinya, NAMPAK TAK BESAR PENGORBANAN ammar sebagai seorang lelaki? Kanke lelaki ni nafsu utama perempuan. Tapi Ammar tolak. Sebab dia tahu kat syurga lagi indah. Kalau nak tahu kisah Ammar searchlah eh :)

Sedarlah, SYURGA yang bakal kita terhingin sangat nak jejak itu milik Allah. Utamakan kehendak Allah dulu, kiamat bila2 masa ja boleh berlaku, takut nafsu semua dipenuhi tetapi kehendak Allah langsung tak dipatuhi. Kita kan umat akhir zaman.. Ingat AKHIRAT lah same eh nak. 


Oh ya kepada kaum adam yang juga bergiat aktif dalam berdakwah. Gunakan jalan dakwah semata-mata kerana Allah. SERATUS PERATUS kerana Allah ya? Bukan kerana nak pikat awek dan cikaro serta janda kat luar sana semata2. Jangan jadi manusia bertopeng dua ya.. DAN! Bukan sebab nak riak dan mahu disanjung oleh MANUSIA YANG JUGA BERGELAR HAMBA kat luar sana. Bukan.. Jadi, nasihat aku kepada kalian.. Sebaiknya, contohi.. Inche Gabbana dan BudakTomato kerana mereka tidak menayangkan wajah mereka. Jadi muslimah kat sana termasuk aku.. jatuh cinta dalam diam terhadap akhlak mereka. Kerana akhlak mereka yang humble.. dan tidak menunjukkan wajah.. Mereka tahu kerana apabila letak wajah nanti riak timbul pulak ken? Dan takna dikenali.. Seperti Uwais Al-Qarni. Tak terkenal di dunia, tetapi makhluk Allah di atas sana asyik berbicara soal keikhlasan mereka. Sebab, secara jujurnya. Perempuan pun ada nafsu meminati lelaki pada rupa jugak. Tak caya, try tanya kat awek2 berapa ramai minat EXO dan minat artis korea? RAMAI. Aku pun mudah goyah bila ushar laki korea.. acano tu? Jadi untuk elakkan semua ini.. ikhlaskan diri. Jangan letak DP macam perempuan jugak. Ramai wanita yang bunuh diri sebab kalian juga? Jangan melayan wanita. Mereka hati yang lembut. MEREKA. Aku mungkin dah beku untuk mereka kat luar sana. -.-Jadi ubahlah apa yang aku nasihat yang begitu kecil dan simple itu. 


Jangan tahu mengarah kaum wanita ja untuk tidak tayangkan wajah di alam maya. Kalian tu juga.. harus berubah. Untuk kemaslahatan bersama. Allahu. Mohon maaf kerana aku terlalu menyakiti kaum kalian. Kerana itu sahaja cara untuk buat kalian benci dan terus lupakan aku. Sungguh ;) 


Bubye. Adios pramigos madasagos. 

From : BG

No comments:

Post a Comment