Friday, 10 January 2014

Heaven's Key.

Assalamualaikum. 

Sungguh! ketika keyboardku menari riang menyampaikan wadah yang ingin cuba ku lontarkan kepada insan bergelar HambaNya ini bukan semata-mata mengharapkan nama. Bukan mengharapkan pujian, namun lebih kepada satu kaedah untuk aku luahkan apa yang terpendam dari aku  "si pendosa". Lebih kepada mencapai Mardhatillah.

Ketika ini lagu Seven-Eight-Nine-Heaven's key are rerun bythaawaaay. Go, search for it guys. Ahaks sempat lagi tu nk promote.

Okey. Back to le story. Renung equation aku ni. Menda yg aku belaja dari Anthem. 

Heaven's key : Retain it OR Lose it.

Cuz we are all born with heaven's key. Either we gain it or we lose it. OR.  Mention Or tu.


Sebenarnya kan. Aku just, nak mulakan HIDUP BARU. Hidup yang mana "ending" terakhir aku di Jannah. Sebab aku tahu hidup ni kompleks. Perjalanan yang panjang so aku taknak ulang dah perbuatan yang sebelum ni asyik aku lakukan. Its just over okey. Game dyjgupta which means, GAME IS OVER! Nak balik ke fitrah asal. Mencari jalan ke RumahNya yang teragung, Syurga Firdaus melalui peta yang diberikan yakni Al-Quran dan Sunnah. Jalan nak menuju ke sana perit, no? sebab tu syurga tu very very expensive kalah harga minyak naik tahu? eheks. So dekat sini ada beberapa persoalan yang perlu aku bongkarkan sekarang jugak actually.



" Akak, kenapa sekarang saya masih lagi tak bahagia selepas saya balik ke JALAN ALLAH?"

Okey, jawapannya mudah. Tatkala kita sebuk mencari dan menagih kasih Ilahi semula.. dalam masa yang sama kita masih belum meninggalkan perkara yang shubhah dan terus menerus melakukan Larangan-Nya. Dalam hati kata " alaah, sayangnya nak tinggal habbit aku neh haaa" . Means kita masih mencampur adukkan perkara yang baik dan perkara yang ragu-ragu seperti ada hubungan dengan opposite gender. Sudahlah, letih nak ulang. Benda maksiat itu haram. Maksiat ni tak semestinya melakukan zina ja okey. Macam, mencarut, menghina nabi, melawan cakap mak ayah dan berhubung dengan lelaki yang bukan mahram bukan atas sebab yang kukuh. Tinggalkan. Please. Mohon, merayu dan segala macam mak nenek yang ade kaitan dengannya. Tinggalkan perkara yg Allah larang kalau nak hati tenang. 

EQUATION MAKSIAT.

HARAM + DOSA BESAR ---> NERAKA JAHANNAM.

"Alaaah akak ni, susah ah nak hadapi ujian macam ni. tapi saya nak sangat syurga."


Minum kopi dahulu, cerna minda. cool chillex.

Dear dik. Lek ahh, bajet macam akak ni perfecto sangat. Justeru itulah kita ni bergelar manusia. Tapi ingat, kita ni manusia yang daebak tahu? Sebab apa? Sebab kita ni manusia yang terpilih dari berjuta adik beradik kita yang lain untuk berpeluang merasai nikmat untuk berikhtiar berjumpa dengan-Nya. Berpeluang menemui-Nya di sorga sana. Meskipun diuji dengan pelbagai kaedah dari Allah yang Maha mengetahui btw. Sabar adik. Sebab menda ni semua yakni cabaran dugaaan rintangan yang Allah beri ini akan terhenti on the dot tatkala Malaikat Izrail mencabut nyawa kita. Yaa, time kita nak mati ;) So, kejar cinta-Nya. Jangan fikir sangat lah bab2 yang lagho ni, lebih baik hindar terus. okey? 

Kepada diri ini dan semua.. ketahuilah. Kembar kehidupan ini adalah ujian. Sekiranya tidak.. mana mungkin nabi adam a.s tercampak keluar dari Syurga-Nya, ye tak? 

Cabaran ni sentiasa mengejar kita walaupun kita hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa pun. Terus mengejar dan berlari ke arah kita, sehingga kita letih. Letih dengan cabaran yang diberikan. Rasa putus asa sangat-sangat. Kekadang tu rasa macam nak menangis. Tapi, sedar tak yang semua ujian ada jalan penyelesaiannya. Kena bijaklah en? Jadi kaedah untuk terus maju dan bangkit semula adalah dengan mendekatkan diri dengan PENCIPTA kepada CABARAN ITU, ALLAH SWT ;)


Jangan frust. 

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Imran : 139)

Tengok tu.. Allah puji kita. Allah tahu yang kita boleh tanganinya dengan baik segala kemende ujian itu. Sebab apa? Sebab Allah lebih mengenali diri kita berbanding mak, ayah, abang, sahabat dan strangers mengenali diri kita. Bahkan diri sendiri tahu. Kita tak kenal kehendak hati kita sebab tu kita langgar apa yang Allah suruh. Pemilik kepada jasad yang kita tumpang ini. 


Nak tahu sebab apa? Mak kita tak tahu pun akan kewujudan kita di dunia ni. Selepas dia dapat tahu yang dia mengandung, dia seronok. Tapi hakikat sebenar, mak kita tu tak kenal pun rupa anaknya ini. Perangai anaknya. Lepas dilahirkan baru tahu.. feel anak dia ni. Maksudnya mak kita tak kenal kita. Yang kenal kita adalah dia yang lebih tahu yang KITA ini ditakdirkan hidup di muka bumi ini. Dialah Allah. Allah kenal kita sebab itu dia tahu kita mampu, tapi tulah kan.. kita je tak sedar ;)


"Kejar Allah, sebab ada "kejayaan" yang tak diduga sedang beratur di belakang kita. Hadiah kepada orang yang Sabar dan Tabah"


Itu pun masih lagi kita nak kejar yang lain. Dia macam ni lah. Manusia ni sebenarnya dia tak sedar yang Ajal tu semakin lama duk kejar kita dan kalau boleh nak datang melekat terus yakni, MATI. Tapi kita tak sedar, kita terlalu nampak mimpi-mimpi dan angan-angan yang ada di masa depan yang belum tahu wujud ke tidak "dey'ols" tu sedangkan maut itu berada betul-betul di belakang kita. Hiduplah dalam skop hari ini. Kejarlah akhirat. Kerana kejar  akhirat itu jalan selamat untuk kita kekal di Jannah-Nya buat selama-lamanya.




Jangan menyerah. Luah je kat Allah. Allah dengar. Allah sangat dekat dengan diri kita lebih dari kita dekat dengan diri kita. Eh apa yang aku melalut neh? 

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” 

Ingatlah. Kita ni dilahirkan untuk pergi syurga. Kunci tu ada dah kat tangan kita. Cuma ia bergantung dekat diri kita sendirilah samada kita nak mengambil kunci itu dan terus ke pintu Jannah atau kita tinggalkan kunci itu untuk masuk ke rumah yang lagi satu. Sebab rumah lagi satu tu tak perlu kunci, dah nama pun murah. Kau buat je dosa, di situlah tempat kau. So just enter. Itulah.. neraka. 

So. Ampun dan maaf mohon diampun. Ciao

Admin : Biohazard's girl.

No comments:

Post a Comment