Gerbang menuju Jannah ..
Hayatilah sahabatku..
Sahabat yang solehah
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata
Sahabat yang solehah
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan
Sahabat yang solehah
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Neracanya Taqwa
Sahabat yang solehah
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu
Ketahuilah
Sahabat yang solehah sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar
& tersasar
Dari cinta & redha Ilahi
Sahabat yang solehah
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh
berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah
kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah
kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah
kehancuran
Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara
Sahabat yang solehah
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya
tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan
Sahabat yang solehah
Malunya mengatasi perawan
Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan
Sahabat yang solehah
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan
Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah
persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih &
sayang
persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih &
sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak
putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai
tanda ingatan dalam persahabatan
putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai
tanda ingatan dalam persahabatan
Sahabat yang solehah
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan
kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan
semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul
Firdaus yang abadi
kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan
semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul
Firdaus yang abadi
InsyaAllah
Sahabat yang solehah
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati
Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri
Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa
pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi
tugas itu mengucapkan :
tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."
(Riwayat Muslim)
ADMINS ;)
No comments:
Post a Comment