Aku menyampah dengan jenis manusia kalau kita buat apa pun, mesti nak cakap:
"Hek eleh. Daripada baca buku macam ni, baik baca Quran."
"Daripada dengar lagu ni, baik dengan ayat Quran."
"Benda ni kalau buat masuk syurga takpelah."
"Daripada sayang dia, baik kau sayang mak ayah kau."
Demi Tuhan, semua ayat-ayat ini ada kebenaran, tetapi kelihatan sangat-sangat menyakitkan hati. Malah, ia menunjukkan sikap sombong dan jumud kita terhadap agama.
Orang tu baru nak hiburkan hati sendiri dengan lagu-lagu yang berbeza sedikit daripada lagu yang memuji agama. Kita sudah 'spoil' mood dia dengan ayat yang keras. Apa, tak bolehkah kita mendengar lagu lain? Tak bolehkah kita membaca buku selain daripada Al-Quran? Haramkah menyayangi benda lain selain ibu bapa?
Kenapa terlalu narrow minded sangat? Aku cukup tak faham dengan orang poyo sebegini, malah aku rasa orang-orang sebegini berlagak bagus dan hanya tahu nak condemn orang.
Kita semua ada hobi masing-masing. Kita mempunyai cita rasa yang berbeza. Memang buku yang terbaik adalah Al-QUran, tetapi bila anda kata 'Lebih baik baca Quran', seolah-olah dalam dunia ini satu-satunya buku yang boleh dibaca oleh orang Islam adalah Al-Quran sahaja! Memang alunan terbaik adalah alunan Al-Quran, tetapi bila anda kata 'ayat Quran lebih baik', seolah-olah hanya satu alunan sahaja umat Islam perlu dengar.
Ah,bertapa sempitnya pemikiran segolongan umat yang macam ni. Malah, orang sebegini juga sangat memualkan dan seolah-olah dia bagus sangat. Biarlah orang lain dengar ayat selain Al-Quran. Biarlah orang lain baca buku selain Quran. Biarlah orang menyayangi orang lain selain ibu bapa. Kerana keghairahan diri itu tidak terbatas untok perkara-perkara itu sahaja!
Kita kena keluar dari kepompong hidup kita sekali-sekala,tetapi jangan sampai tinggalkan benda-benda asas. Apakah dengan membaca Al-Quran sahaja, kita dapat mengekang serangan musuh-musuh agama? Bagaimana kita nak membalas serangan musuh-musuh agama, sedangkan kita hanya baca Quran tanpa membaca buku oleh musuh itu?
Apakah hanya alunan Quran sahaja yang perlu dengar? Dan bagaimana kita nak menarik anak muda yang sukakan muzik untok lebih dekat dengan agama? Bagaimana pula untok menyayangi sahabat usrah (kononnya sahabat), jika kita hanya boleh sayangi ibu bapa?
Ah! Ini semua poyo!
Orang-orang sebeginilah, suruh orang dengar Al-Quran sahaja, tapi dalam laptop bersepah cerita Korea. Orang sebeginilah, yang cakap baca Quran lebih baik daripada baca buku lain, di rumah, bersepah komik dan sanggup tipu mak ayah dan cikgu pergi CyberCafe untok membaca Manga Online. Orang sebeginilah, yang kata baik buat benda masuk syurga, tapi kat bilik buat benda yang Allah larang.
Malah orang sebeginilah, dok pung pang pung pang cerita pasal agama, tapi jarang belajar tentang agama lebih mendalam. Hanya berpandukan buku teks sekolah dan unversiti sahaja. Itupun masa exam, seboleh-bolehnya nak tiru jawapan kawan. Aku bukan cakap semua, tapi sebahagian.
Tolong si poyo sekalian. Buangkan poyo kalian.
JUMUD sangatlah tak digalakkan dalam bab bab agama untuk pengetahuan korang.
JUMUD sangatlah tak digalakkan dalam bab bab agama untuk pengetahuan korang.
No comments:
Post a Comment