Tuesday, 14 January 2014

ZINA/JODOH


"Seorang bayi perempuan yg baru dilahirkan ditemui ditanam hidup2. Yang menghairankan, dia masih hidup. Allahu Robbi"

Apa yang korang fikir bila tengok adik kecik ni kena tanam hidup-hidup? Sedih kan.. Ye, sedih. Begitu tega mak dia tanam anak dia ni tanpa berperikemanusiaan. Aku bagi gamba ni sebab yang ni ja paling okey berbanding yang lain. You know what I meant right? Ke tak paham gak? Hem takpe biar aku terangkan. Gamba budak kena buang ngan mak die kebanyakannya sungguh hina, dalam mangkuk jamban.. bayi digigit anjing dan jadi bangkai anjing.. Aku tak sampai hati nk hupload yg tu sebab banyak darah. Aku lemah ah bab2 darah. Kang aku tak dan nak hupdate jugak entry kali ni. So, yg ni lebih okey kot. Okey-okey pun tapi betapa jijiknya akhlak org yg sanggup buat adik ni macam ni kan? SALAH SIAPA PABILA RAMAI ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN?

MAK AYAH YANG TAK MENDIDIK ANAK?

TERPENGARUH RAKAN SEBAYA YANG SUKA BERPASANGAN?

KERANA TERLALU CINTAKAN DIA, KENA BERKORBAN BUAT DOSA? 

ATAU MUNGKIN.. KERANA TERPENGARUH DENGAN RENCANA TV?

Hem. Korang tahu tak. Setiap 8 minit, akan ada tangisan bayi yang menandakan bayi tersebut baru dilahirkan di MALAYSIA ni ialah anak luar nikah? Dan kebanyakannya orang melayu yang lahir sebelum nikah. ORANG ISLAM. TAHU TAK? Asalnya orang sebegini memulakan dengan satu salam perkenalan. Dan akhirnya? kenapa harus bayi yg takda kena mengena pun dengan dosa kalian yang dipersalahkan? 

Sebab itu, beta mohon. Tolong hindari semua lelaki kat luar sana. Mohon dan merayu sangat-sangat ni. Sebab kita tak tahu siapa dia yang sebenar. Aku taknak kaum sejenis ku yang paling banyak dijilat api neraka. Paling banyak yang sengsara sedangkan si lelaki hanya melepaskan tangan selepas "mencuba" kalian. Untuk senang nak lupakan siapa yg korang admirer tu. Just fikir macam ni adik-adik, kakak-kakak, kawan-kawan yang masih belajar sekalian.. KALAU benar dia nak sangat kawen dengan antum.. diorang tak akan pernah mintak dekat antum sebab antum ibarat sebagai hamba. Mak ayah ibaratkan sebagai Tuan kepada pemilik hamba itu. Diorang (lelaki) akan meminta kepada tuannya dahulu sebelum nak bawak balik hamba tersebut. Faham kan? Jadi.. diorang tak serious pun sebenarnya. SATU PER EMPAT JE DARI DIORANG YG SERIOUS. Tapi tulah, nak cari yang 1/4 pun susah sekarang ni. Aku ingat lagi seorang senior pernah cakap kat aku. Dia cakap..

A woman nor a man will not be themselve until the day they are married. 
(Ustaz Mufti Ismail Menk)




So? sebelum nak kawen ja ayat manis kalah gula. selepas tu? tawar..hambar.. sebab apa? sebab ikatan yang mereka jalinkan sebelum ini bukan di atas landasan syariat yang betul dan benar :) ayuh ubah kepada yang mahu berubah. masih ada masa bukan? istighfar. Aku tegur sebab aku sayang.

 Hah, penah tak dengar ayat macamni. Yang bajet islamik lah kan?

"Awak boleh tak terima saya.. saya sudah buat solat istikharah banyak kali dah, tapi muka awk juga yang saya nampak"

"Awaklah wanita yang layak dan solehah untuk jadik ibu kepada anak-anak saya nanti, terimalah saya wahai permata"

"Saya nak awak bimbing saya.. jadi tolonglah terima saya, saya janji saya akan pelihara hubungan ini di atas landasan syariat yang benar sehingga akad termeterai, saya taknak awk dikebas yang lain"


Okey dah yang tu je aku boleh bagi. Takleh banyak2. Cukuplah tiga ja contoh. Hem. Wahai muslimah. Itu semua DUSTA! Sumpah akuu cakap ITU SEMUA DUSTA! 

*hey admin, asal yakin semacam je nih*

Nak tahu kenapa? Sebab itu adalah pengalaman daripada seorang yang aku sayang.. Dia ckp kat aku.. 

"Biohazard (nama samaran), tolong dengar cakap akak.. jangan terima mana-mana lelaki.. sedangkan lelaki yang pernah cakap kat akak macam tu (seperti contoh di atas) pun meninggalkan akak tanpa sepatah kata, buat akak terkapai-kapai keseorangan walhal awal-awalnya mereka yang terhegeh-hegeh nakkan akak, inikan pula usia awak yang masih muda, belajar dahulu.. belum masanya lagi untuk fikir bab bab ni. Biar jodoh itu datang pada waktu yang tepat.."

Kau tahu? aku sentap gila ah time tu. Bukankah lelaki tu siap buat istikharah bagai.. tapi kenapa dia tinggalkan akak yg aku sayang tu macam tu sahaja? kenapa? bukan awal-awal buat janji islamik bagai nak rak. Tapi last-last kau buat dia macam rak kasut, letak ja kasut yang layak dikaki di tempat itu. Jijik. Pastu kau espek aku yang dengar cerita akak ni nak percaya kat lelaki ajnabi? Kalau aku pun dia ngorat. Mungkin nanti perempuan lain pulak lah dia try. Sebab lelaki yang cuba goda perempuan, mereka sangatlah tak hormat maruah perempuan itu. So layak ke nak buat ZAUJ yang bakal sama2 dengan kita berpegang tangan menuju ke syurga Allah Azza Wajalla? HEM, sendiri fklah. 

Hem. Bagi aku simple. Kau akan nampak dia ikhlas bila kau sendiri tak tahu yang dia nak kat kau tapi mak ayah kau tahu yang dia ada simpan perasaan kat anak diorang. Itu baru betul-betul awesome. *blingbling*


"Ekceli aku bukan nak bagi tips cari jodoh kepe. Cuma nak betulkan pandangan korang yang kapel islamik atau apa2 sahajalah. Semua itu DUSTA!"


Sebab Allah akan bagi kita tak selesa jugak kot mana pun jika kita cuba berjinak-jinak dalam kancah penzinaan ini. Allah Maha Berkuasa. Rasa hati gundah-gulana.. Ekzem banyak fail. Ramai orang tak respect.. dan macam-macam lagi lah. Nak tahu sebab apa? Sebabnya kita yang mulakan dahulu.. buat benda yang Allah tak respect. What you give is what you get lah bhai. So? Jom KITA sama-sama berubah sedikit demi sedikit. 

********************************************
Ciri-Ciri Zauji Idamanku. ;) (jodoh)



Weh percaya tak gambar ni ada seseorang buat khas untuk aku? so sweet kan? memang pun :) Yang bling2 tu dia edit la kat picmonkey atau kat enset dia. entahlah aku tak tanya pun. BUT AWESOME KAN! >.< Thanks. *dia tak bagi aku mention nama dia, pemalu katanya*

HAH, kat sini aku nak cerita fasal ciri-ciri husband yang aku nak. Cehwah, galoks. Ah biaa ah. Hem. Tapi aku sure ramai x kenal aku so kesah pulak aku. HAHA. 

ATUK. Aku ada seorang atuk ni. Dia ni kan, sangatlah baik, sopan, pemalu, dan penyabar sekali. Melalui akhlak kita dapat tahu yg dia ni selalu mendekatkan diri dengan pencipta. Atuk aku ni femes tau tak kat kampung dia. Ketua kampung tu.. Kira orang hebat la sebab dia memang terkenal. Tapi kan, akhlak dia sangatlah buat aku sebagai cucu ni jatuh hati. Atuk tak penah marah aku.. Dia kalau tegur tak penah buat aku terguris, malah aku hormat dia walaupun dia sangatlah tak pernah marah, dan sopan. Ye lah selalunya kalau cikgu perangai macam ni kita naik kepala kan? buktinya, kerja sekolah pun tak siap sebab sir baik sangat. Sir physics. eheks. Tu lah aku. Benci buat nota. keke. 

Eh, balik pada cerita.

Atuk aku ni kan, akan panggil cucu-cucu dia dengan panggilan "kamu". Sangatlah sopan. Sangat merendah diri walaupun dia orang hebat. Pernah waktu bonda dan ayahanda pegi buat haji.. aku terbangun pukul 3 kot, pahtu aku turunlah bawah. Guess what? atuk aku ni, solat sunat weh. di bawah redup lampu pendaflour yang malap kat hujung ruang.. Lepas tu setiap pagi kalau tak dengar suara dia membaca Al-Quran memang tak sah.  Harmoni ja suara dia. Even time tu aku tengah trial. Hah, la mak ayah takde pegi buat haji. Atuk dan nenek kena jaga kami semua. Siapa tak sedih. Rindu kot, atleast dengar suara atuk mengalunkan ayat suci alquran.. mengubat lah jugak rindu aku kat parents aku tu.

Tapi atuk aku ni sangatlah penyabar you alls. Antara scene yang memang menguji kesabaran ialah time nak amik aku dari sekolah. Pernah satu hari, malah selalu kot terjadi.. Aku tepon atuk aku ni suruh ambik aku pukul 3.30 sebab tuisyen takda. So, aku tunggu lah. Beberapa jam aku tunggu. So aku sembanglah dengan kawan aku dulu kan? sampailah tak ingat dunia. haishlaaah. -.- Tapi atuk tetap tak datang.. hem, tiba-tiba aku jalan la nak cari kot-kot kelibat keretanya ada ka apa kan? So.. alhamdulillah aku jumpa. Tapi biasalah, hati aku tertanya-tanya kenapa lambat sangat atuk ambik. huh. Penat tunggu.. Sokay.

Masuk je dalam keta aku tengok matanya merah. Barangkali atuk ngantuk maybe. So aku tanyalah dia selepas aku salam dan cium tangannya.

Aku : Atuk, baru datang ke? Akak tunggu lama dah.
Atuk : haah, kamu baru habis tuisyen ke? maaflah nah atuk baru sampai. :)

Pastu aku pun sembang la dengan atuk aku ni kan sampai lah sampai rumah. Sebaik sahaja aku masuk dalam rumah. Nak tahu tak nenek aku yg vogue tu cakap ape? 

Nenek : Bang, awat balik lambat sangat? Bukan bertolak lepas zohor lagi ka? Buat saya risau saja.

*Aku terlopong.. bukanke..*

Atuk : Eh takpa lah, tadi sat saja tunggu akak ni.

Lantas nenek balas macam shotgun..

Nenek : Sat apanya sekarang dah pukul enam.

Wan : Takpa, tunggu cucu mengaji(study) kan? apa pun takpa. Sambil beliau tersenyum kat aku.

*YAAA ALLAAH APA YANG AKU DAH BUAT*

Mata atuk merah sebab letih tunggu aku berjam-jam ke? Baru aku sedar yang aku tunggu salah tempat yang aku tunjuk kat atuk semasa atuk hantar aku pagi-pagi. Ya Allahhh. Sedihnya. Walaupun terkilan. Kau tahu tak apa yang aku rasa? Bersyukur gila dapat atuk yang sangat-sangat penyabar. Kalau orang lain mungkin baran dah. Atau mungkin akan marah kenapa aku tak tepati janji. Ye lah kata suruh ambik 3.30, atuk bertolak selepas zohor dari rumah nak amek aku. *jarak perjalan dari rumah ke sekolah hanya 15 minit* maknanya lama dahla atuk tunggu aku. Aku tahu korang tentu geram kan kat aku? WEH, INGAT SENGAJA KEPE! huh.Dan kau perasan tak yang atuk aku akan mintak maaf? WEH C'MON MEN, ATUK AKU LELAKI KOT. MINTAK MAAF DEKAT CUCU? mana pergi ego lelakinya? Aku terkedu.. Padahal bukan salah dia, aku yang salah. Tak peka. Bahkan aku yang patut mintak maaf, tapi kenapa dia yang mintak maaf? Allahu. Mulianya atuk aku ni kan. Walaupun umonye 72 tahun. Tapi still tough you know? 

So, bagi aku. Keperibadian atuk aku ni lah ciri-ciri lelaki soleh yang aku dambakan. Sumpah cakap kalau aku jumpa lelaki macam ni. Jangan tunggu dilamar. Aku sendiri yang pergi kat dia and lamar dia jadi pendamping hidupku. Yelah, orang baik kan? Nak nak akhlak dia sejibik macam atuk aku tu. Huh memang mabless ah kalau jumpa. Okey kepada pembaca, kalau ada sesapa yg perangai macam ni sila inform kepada biohazard. kekeke xD Sempat lagi tu. Sentiasa minta maaf, baik hati, sopan dalam berkata-kata, penyabar dan penyantun. Pokoknya semua ada kat dia lah. Again. HE'S EVERYTHING TO ME. Nak cakap dia perfect pun boleh jugak bagi aku. Aku selalu cakap kat mak:mak, mak doakan akak dapat jodoh macam atuk tau.:) MAK aku tu gelak je. hehe. Mak pun penyabar dan baik orangnya. Tapi ayah tegas dan garang. Yelah saling melengkapi. Tapi ayah sangat baik. Dia garang just sebab nak bentuk semua anak dia jadi manusia yang betul. Itu aje. Hem. That's all for today. Dah pukul 4.30 pagi. Dan lagi nk cakap macam ni. Em ekceli itu hanya ciri-ciri lelaki idaman kalbu je. Kalau ajal datang dulu lagila aku tak kesah sebab aku tahu yang dekat syurga sana tu lagilah triple perfect kan? jadi sebelum nak jadi bini orang lebih baik aku jadi Raabiatul Adawiyah dulu.Okey. KORANG YANG BACA NI DOAKAN AKU TAU. DAPAT JODOH CENGGITU. ihiks.

Assalamualaikum ;) Ciao.

Admin : Biohazard's girl.



No comments:

Post a Comment