Friday 21 February 2014

Halangan.



"Menjadi lumrah perjuangan, akan ada orang yang gugur dalam perjalanan. Mungkin kerana kurang sabar dengan tekanan, kurang tahan dengan kepayahan dan hilang semangat setelah jauhnya laluan. Perjuangan akan menapis manusia dan hanya yang kuat sahaja akan sampai ke penghujung jalan."


Sigh

Sebenarnya, kita selalu dipagut rasa futur. Putus asa mengejar syahid yang berpanjangan. Tak mampu kita nak tepis dengan gagah dan yakin sebab kita juga hamba Allah yang sangat lemah. Lemah segala-galanya. 

Namun, apakan daya kerana itulah perjuangan yang sebenar. Nak dapatkan syahid memang tersangatlah payah. Perlukan ketahanan dari segi mental dan fizikal yang utuh. Dan ketahanan pertalian dengan Rabbul Izzati yang kukuh. 

Kita perlu tempuh dengan sedikit kekuatan yang Allah beri. Kita perlu rempuh semua nafsu yang datang bertandang bagaikan halilintar yang taknak berhenti. 

'Aku penat la weh, tak larat dah nak fight dengan nafsu ni'

'Nafsu hape?'

'Nafsu tidur, nafsu malas, nafsu futur, nafsu buang masa, dan nafsu malas lagi.'

'Habis kau nak buat ape? Senyap je?'

'Hufft'

Hakikat sebenar. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan insan yang lemah ini menangani nafsu yang tak henti henti datang menyapa. 

Aku terfikir. 

Mungkin Allah tengah menguji. Bukankah bila Dia uji tanda Dia sayang? Tanda Dia Pandang? Tanda dia berkenan nak makbulkan doa kita, yakni SYAHEED. :)

Sebab tu Allah turunkan ujian, supaya Dia nak kita bangkit dan kuat menangani segala tekanan yang bakal mendatang. Supaya kita dah boleh take over masalah tu dengan sempoi dan cool. 

Tak lemah dah. 
Tak nangis dah.
Tak lelah dah.
Tak futur dah.


Jangan berhenti berharap dari Rabbul Izzati.

Jangan lelah akan setiap ujian yang menanti.

Sebab setiap duka pahit getir pengorbanan ini akan dibalas dengan RAHMAT ALLAH yang tiada penanti. 

Ada sebab kenapa nafsu menjadi penghalang kita ke syurga. 

Ada sebab kenapa nafsu menjadi penghalang kita nak capai syahid. 

Sebabnya, dia taknak kita bahagia bersama Allah Azza Wajalla di syurga KELAK. 

Sebabnya dia taknak kita bersuka ria menyambut tawa dengan Baginda Rasulullah SAW di Jannatul Ma'wa KELAK. 


Lihatlah awan yang hening. 

Lihatlah langit yang bebas di angkasa itu. 

Bebasnya ia. 

Tiada rasa takut pun bertebangan di udara. 

Terus mengeluarkan warna yang sangat menghiburkan. 

Sebab mereka yakin, 

Ada sebab mengapa mereka ditakdirkan oleh Ilahi menjadi LANGIT/AWAN. 

Dan mereka yakin, atas sebab itulah yang membuatkan mereka terus terapung di udara. 

Meskipun tiada tiang. 

Sehingga kini mereka tidak runtuh tunduk kebumi. 

Kerana mereka yakin,

Allah sentiasa melindungi.

**********

Begitulah kita wahai manusia. Allah ciptakan kita untuk menjadi khalifah di muka bumi. 

Allah yakin kita mampu. 

Sebab tu Allah ciptakan kita. 

Allah takdirkan kita menjejak kaki ke bumi. 

Sebab kitalah warisan Rasulullah yang tidak ternilai.

Ayuh! berusaha membangunkan umat Islam yang mundur. 

Tentu BANGGA je Rasulullah tengok kita sekarang.

Tapi kita kenalah lawan nafsu kita tu dulu :) 

Lawan tetap lawan! 

Sebab, terus terang saya cakap. 

Orang yang berusaha melawan nafsunya, adalah orang yang akan mengakhiri nafas terakhirnya dengan Khusnul Khotimah. 

Dan..

SYAHEED DI JALAN ALLAH AZZA WAJALLA.

Awak.. 

Jangan rendah diri sangat, semua orang layak mati syahid! 

Semua orang boleh mati syahid. 

As long as we love to battle our own nafs. And at last, we believe that we are the champion. The WINNER.

Yeah! 

Insieme-syahid. 

 Sebelum tu, saya nak merayu sikit ni. Ehem. Tolongla anak muda, lupakanlah sekejap aje tentang 'CHENTACHENTANI'. Sekejap aje. Mohon ni. 

Sebab masih RAMAI manusia kat luar sana yang memerlukan TARBIYYAH macam kita. 

Tak semua yang ada background keluarga islamik macam 'kita'

Tak semua yang tahu ilmu agama macam 'kita'

Tak semua yang sekolah AGAMA macam 'kita'

Tapi semua manusia macam tu perlukan 'kita' untuk membantu mereka mencari cahaya yang terang di sebalik kesamaran kehidupan mereka.

Jadi?

Apa tunggu lagi? 

Ayuuuh! DAKWAH!

Admin : BG 










No comments:

Post a Comment