Monday 24 February 2014

Jay-Jay


JANNAH ATAU JAHANNAM?

Aku tersedar dari mimpi yang panjang. Hati terdetik 'untuk apa aku dicipta?'

Melihat sekeliling, sudah ramai yang pergi meninggalkan aku jauh kebelakang. 

Mereka berlari-lari untuk menuju ke syurga. Berlari dengan riang tanpa memikirkan indahnya dunia. Sedangkan aku? Masih sendiri mendabik dada akan kehebatan yang sedikit cuma.

Aku masih memandang yang lain hina sedangkan aku tak sedar aku juga begitu.

Aku masih lalai dengan dunia seolah-olah hidup aku didunia ini selama-lamanya. Tanpa noktah.

Aku masih alpa akan tanggungjawab yang perlu pikul sebagai hamba dan khalifah Allah Azza Wajjala.

Aku sering menunggu hidayah sedangkan hidayah itu perlu aku cari. Bukan hanya menunggu tanpa usaha.

Dan aku masih mengganggap yang aku bakal ahli Jannah sedangkan amalanku hanya layak sebagai penghuni Jahannam.

Penghuni Jahannam? 

Melakukan maksiat seolah olah tiada siapa yang melihat dan mencatit.

Ya lah, dah kalut nak menyibukkan diri dengan benda yang tak berfaedah.

Kita lupa waktu lapang itu sebenarnya permulaan bagi sebuah kefuturan.

Masih aku ingat kata-kata seorang murobbi,

"Seseorang itu kalau tidak menyibukkan diri dengan ibadat 

maka nafsu akan menyibukkannya dengan maksiat .''

Sigh.

Tapi bila aku cuba setapak untuk berubah, kenapa ada yang menghamburkan kata nista?

Benar. Berubah itu tak mudah. Berubah perlukan kekuatan. Ya, berubah itu perlukan mujahadah. 

Walaupun aku sering jatuh kerana manusia, futur tidak mengira masa dan mengenal tempat. Namun, kaki tetap teguh melangkah, hanya kerana DIA, Rabbul Izzati. 

 Maka, aku cuba untuk menghulur tangan untuk menarik seramai mungkin syabab-syabab yang sudah tenggelam dan tertipu dengan SYURGA DUNIA. 

Dalam pada aku menarik mereka, aku sering juga tertipu dengan bisikan syaitan apabila hati aku masih terpalit dengan sisa karat jahiliyah.

AKu takkan mengalah. Aku akan cuba sehingga nafas yang terakhir dihembus. Cuba untuk menjadi yang terbaik di sisi-Nya. 

Jangan bash. Tapi nasihat. 

Nasihat yang akan membuatkan aku semangat untuk bangkit semula, bukan untuk jatuh kembali ke jurang kegelapan.


Admin : Chadamantium & BG










No comments:

Post a Comment