Kenapa ni? Kenapa kau tak seperti dulu? Mana matlamat yang besar itu? Mana contoh Arwah Ammar yang selalu kau buat itu? Sudah lupa agaknya tujuan kau sekarang kan? eheh. Bagus. AKU BANGGA DENGAN KAU DIRI. Bangga sangat T.T
Sedih. Serabut. Sengal. Selenge. Semacam-macamlah ada T__T
Entah lah. Sejak kebelakangan ni aku asyik futur. Futur sebab tak mampu nak jadi sahabat yang baik secara sedar x sedar. Sampaikan salah seorang sahabat aku yang aku tak tahu siapa gerangannya meluahkan kekecewaan dia dengan aku dekat ask.fm aku. Sedih weh sebab aku rasa kebaikan yang aku buat selama ni masih lagi membuatkan seseorang sahabat itu kecewa. Allahu. Futur sebab aku telah bikin orang sakit jiwa dengan aku. Aduh.. Futur lagi.
*sometime, I told to myself liddat picca, hufft. Futur dohh*
Kononnya nak jadi macam arwah Ammar, kuat dan tabah mengejar syahid dan berjuang untuk ummatik. Tetapi, bila ditiup sedikit sudah melayang. Bila dibelasah sikit, buat-buat mati. Allahu. Tak layaknya aku. Aku nak contohi seorang abang kepada seorang pelajar Al-Irshad yang baru nak gerak ke Jordan baru2 ini semata-mata ingin menuntut ilmu. Sebelum dia pergi ke sana, Irbid. Allah Maha Penyanyang menjemputnya dahulu kembali ke RUMAHNYA sebelum dia nak pergi ke Jordan. Allah jemput sebelum matlamat dia berhijrah ke negara orang untuk menuntut ilmu. Usianya muda lagi kot. Sebaya aku je la tapi mungkin tua setahun dua mungkin. Ehem. Nak tahu tak? Ketika jenazah beliau nak dikebumikan kat Penang bebaru ni, tanah merah dekat kawasan perkuburan kat tempat arwah nak dikebumikan itu.. mengeluarkan bau yang sangaaat-sangaat harum. MasyaAllah. Seolah-olah Allah redha akan kedatangan dia kembali semula setelah baru sahaja berbelas tahun bergelar hamba. *Tapi aku x pasti dia meninggal sebab penyakit atau eksiden* Sejak tu.. Aku jauh termenung. Bagaimana pula jika ajal ku datang bertandang sedangkan dalam masa yang sama aku selalu dipagut rasa FUTUR? Allahurabbi. T.T
*Dah, bangkitlah..Jangan FUTUR lagi*
Baik. Aku harus berubah kot mana pung. Sedangkan senior yang baru nak menjejak selangkah ke alam dewasa pun Allah tarik dan jemput kembali kepada-Nya, Pemilik Segala Nyawa. Aku ni bila-bila ja Allah boleh ambil. Tapi takkanlah dengan keadaan futur kot? Allahurabbi. Sedih. Aku perempuan, kot mana pun, hati aku lembut, MUDAH TERSENTUH. Kakak kawasan pi lah tera mana pun. Hakikat sebenar Allah SWT jadikan wanita hati yang lembut dan suci. Dah dah. Bangkit diri~ Struggle BG. Struggle kerana Allah Azza Wajalla.
So, tadi aku ada search tentang manusia yang sudah dijemput Allah dalam keadaan syahid.. Harap, kita sama-sama contohi mereka.
So, tadi aku ada search tentang manusia yang sudah dijemput Allah dalam keadaan syahid.. Harap, kita sama-sama contohi mereka.
Haah, sebelum nak kejar syahid. Utamakan solat dulu tau. Solatlah walau dilanda susah bagaimana sekalipun. SOLAT. Sebab kita takda alasan untuk tidak tinggalkan solat. Nak tahu dak kenapa?
Hey, look at the picture above. What did you see from that picca? You know what they said about that?
"Our brave Ummah will not miss their Salah even when their homes destruct behind them. Why? Because they know ONLY Allah can relieve them of their hardship. May Allah protect our Ummah. Ameen —"
Mereka tabah dan tetap taat kepada RUKUN ISLAM yang wajib itu. Sedangkan kita yang Malaysia ni? Aman kan? Minyak Naik, Kangkung turun. Itu je kan? Takde bom lagi kan? Kan kan kan? LOL. But, Why kita still nak lebih utamakan fesbuk, asefem, twider, belog, vlog berbanding perintah wajib ini? Kenapa kita lebih utamakan Garena Online dan photoshop dan ushar tv berbanding rukun ISLAM yang kedua itu? Solat lima waktu PADA AWAL WAKTU. Allahu. Kita lebih nak kompelin itu ini tentang politik, ekonomi, sosial dan akedemik walhal, berbuih pi la mulut sehingga sawan sekalipun.. BENDA TETAP SAMA. DITINDAS DARI PIHAK ATAS SANA. Diperkotakkatikkan blablabla. *ops* Jadi. Stop buat benda lagho. Solat dengan penuh khusyukk. Dan jangan Giveup.
Nak tahu?
Jom kita mengimbau sejarah lampau..
Setiap kali datangnya azan yang menandakan waktu solat fardhu sudah tiba. Khalifah Ummar Al-Khattab ni akan berubah wajahnya secara drastik. Pucat lesi, mulut terketar-ketar, berpeluh-peluh. Bukan sebab sakit kepe. Tapi sebab betapa takutnya dia nak bertemu dengan Allah. Takut-takut Allah taknak terima solatnya itu. Walhal, dialah orang yang paling khusyuk dalam solat sehinggakan ketika akhir hayatnya, Abu Lu'luah dari puak Majusi menikam belakang dia pun dia x sedar betapa sakitnya kena tikaman beracun itu sebab terlalu khusyuk solat, lalu dia pun pengsan. Bila dia bangun dari pengsan tu, soalan yang pertama muncul dari mulutnya adalah yang berkaitan solat. Dia hiraukan darah yang mengalir bagaikan taknak berhenti itu dan terus qada' solat yang mase dia kena tikam waktu Subuh tadi itu.
"Kau cuba bayangkan kalau kita, tertoreh tangan dengan kapak sekalipun pun nak ngadu kat mak nak solat lambat sikit kononnya nak kasi reda itu torehan. Tapi Saidina Ummar ni sebaik sahaja bangun dari pengsan, terus solat. Dah la kena tikam kat dada dan perut kot. Tikaman tu disalut racun lagi. Allahu. But still.. Beliau utamakan solat berbanding kesakitan yang melampau tatkala itu. Akhirnya, ketika lafaz terakhirnya terhembus.. Maka termakbullah dia menjadi salah seorang dari sepuluh sahabat yang dijamin Syurga Allah Azza Wajalla tanpa hisab. Allahurabbi."
Lihatlah mata.. lihatlah melalui mata hatimu. Para syahid yang sudah bertemu TUHAN YANG SATU.
Research. Mesir Kini..
"Seorang lelaki tetap berada dalam keadaan sujud ketika pihak tentera dan polis melepaskan tembakan ke atas orang-orang yang sedang solat di bandar El Arish Timur Sinai. Saksi di tempat kejadian berkata,"Kami telah cuba untuk meluruskan tangan dan kakinya, tapi Allah lebih berkehendak untuk meletakkan beliau dalam keadaan itu (bersujud)."
"Sahabatku yang tercinta as-Syahid - dengan izin Allah- Abdul Rahman Ezzat,
Telah kembali rohnya hari ini selepas jantungnya terkena peluru hidup di hadapan Maspero semalam dan beliau adalah antara mereka yang mempertahankan Syar’iyyah dan berdiri menentang rampasan kuasa tentera.
Maha Suci Allah..
Beliau telah menulis bukunya dan saya tidak dapat menghadirinya atas urusan tertentu, dan saya berjanji untuk menghadiri majis pernikahannya.
Beliau akan berkahwin pada hari Raya Aidilfitri akan datang,
Tetapi syurga telah menjemputnya terlebih dahulu bersama bidadarinya dan tidak ingin meniggalkannya untuk kaum Hawwa’ di dunia... Ya Allah, rahmatilah roh Abdul Rahman dan terimalah dia berada dalam kalangan Siddiqin (orang yang membenarkan), juga para syuhada’ dan jadikanlah darahnya sebagai laknat ke atas pengkhianat (Abdul Fattah al-Sisi) dan sekutunya.
Dan -insyaAllah- saya akan menghadiri pernikahannya dengan para bidadari (di syurga) nanti
“Cukuplah Allah bagi kami, Dialah sebaik-baik Pelindung”
Telah kembali rohnya hari ini selepas jantungnya terkena peluru hidup di hadapan Maspero semalam dan beliau adalah antara mereka yang mempertahankan Syar’iyyah dan berdiri menentang rampasan kuasa tentera.
Maha Suci Allah..
Beliau telah menulis bukunya dan saya tidak dapat menghadirinya atas urusan tertentu, dan saya berjanji untuk menghadiri majis pernikahannya.
Beliau akan berkahwin pada hari Raya Aidilfitri akan datang,
Tetapi syurga telah menjemputnya terlebih dahulu bersama bidadarinya dan tidak ingin meniggalkannya untuk kaum Hawwa’ di dunia... Ya Allah, rahmatilah roh Abdul Rahman dan terimalah dia berada dalam kalangan Siddiqin (orang yang membenarkan), juga para syuhada’ dan jadikanlah darahnya sebagai laknat ke atas pengkhianat (Abdul Fattah al-Sisi) dan sekutunya.
Dan -insyaAllah- saya akan menghadiri pernikahannya dengan para bidadari (di syurga) nanti
“Cukuplah Allah bagi kami, Dialah sebaik-baik Pelindung”
"Status terakhir Asy Syahid Amru Khallaf sebelum turun berdemonstrasi bersama sahabat-sahabatnya.
Amru Khallaf feeling excited : "Ada perasaan yang aneh bila kau turun buat demo untuk pertama kali di tempat baru. Bismillah, kepada Allah kami bertawakkal"
Amru Khallaf feeling excited : "Ada perasaan yang aneh bila kau turun buat demo untuk pertama kali di tempat baru. Bismillah, kepada Allah kami bertawakkal"
*PAUSE,PAUSE*
Haaah.
Lihatlah.. saudara amru khallaf ni baru festime kot nak berjuang. Tapi Allah pilih dia sebagai syahid. Allahu. Sedar tak? Allah Maha Penyayang dan dia yang berkehendak kepada siapa di antara hambanya yang nak masuk SYURGA FIRDAUSI dan jumpa dengan-NYA. Dia hupdate status terakhirnya begitu.. dan last dia syahid. Kita ni? hupdate status fasal yang lebih kepada kepentingan nafsu. Kepentingan peribadi semata-mata.
Macam status fasal chenta?
"Abi, Abi lupe eh nak gerak ummi bangun tahajud pagi tadi? Ummi nak tahajud pahtu nak sambung buat keja yg teacher Nurol kasi tu. Dahla homwek English Tingkatan 2 ummi tak siap lagi, kang kene marah ngan teacher kite caner abi? Pujuk cepat."
*konon kapel halal lettu, nak muntah aku*
"Mak sayang kat hang ayah hoi, awat ayah lupa kat mak, mak nak date ngan ayah, TAPI AYAH BUAT SOMBONG BOLEH. Kelmarin masa mak pegi kelas ayah darjah 6 Cengal, ayah sombong eh ngan mak. Tahu le nak UPSR nye pun, ingat bini lah sama."
*konon dah kawen padahal baru darJAHANNAM*
*konon dah kawen padahal baru darJAHANNAM*
Macam status fasal game?
"Jaybond betui acad tu, dia boleh potong rank aku kat Blackshot, aku saha la tak tidoq 4 hari sebab nak potong dia, eleh hacker lettu. Blablabla"
"Wey samad, fifa jom."
Macam status galok nak kawen awal?
"Aku doakan agar engkau pemilik gigi gerahamku sihat-sihat aja, kerana engkaulah jodohku."
"Dear jodoh.. tc, i lerve you sommuch la lalink. Muah muah muah."
"Dear jodoh, saya harap awak jaga perasaan dan hati awak hanya untuk saya okey? saya doakan awak dalam keadaan baik-baik sahaja tau."
*aku sentap juga walaupun status ni bukan milikku tapi seakan2 duh.*
Dear saudari..
Aku tak cakap salah berkeinginan nak kawen awal. Okey, bagus sebab nak try elakkan maksiat kan? Tapi. pendapat aku, nak galas tanggungjawab tu bukan perlu komitmen yang cikai bro. Ni sepenuh tenaga. Dahla nak jaga hati dan perasaan isteri yang banyak karenahnya/suami yang bajet ego manjang -.,- anak yang asyik nangis, pelajaran yang bertimbun2, assignmant yang berfile2. Berat kot.. Better habiskan study dulu. Atau kalau nak sangat kawen awal. Sekarang ni, kita kena belajar jadi orang yang matang. Belajar ilmu agama, tak main game. Tolong ummatik. dan sebagainyaa. At least tahun akhir University boley dah la kot kawen kan? Eheh.
* STATUS2 DI ATAS. Takda kaitan antara yang hidup dan yang meninggal."
Okey back..
"Gambar As Syahid (Insha Allah) Khattab Mahmud di daerah Matar Imbabah, Giza akibat tembakan dari pasukan ketenteraan kudeta.
Sumber : EgyptWindow"
Allahu. Lihatlah wajahnya.. Darah yang menjadi saksi akan perjuangannya mempertahankan Islam. UMMATIK! Dan senyumannya sungguh indah meskipun roh sudah berpisah dengan jasad. Allahu.. jangan futur diri!
Lastly..
As-Syahid Asma' Beltaji. Sedapnyaaa namaaaa :D
"Termasuk yang gugur syahid adalah putri pemimpin Ikhwan Dr. Muhammad Baltaji yang berumur 17 TAHUN 2013 TAHUN LEPAS , Asma' binti Baltaji. Sesaat setelah gugurnya putri beliau, Dr Baltaji diwawacarai Al Jazeera. Beliau menyatakan, "Saya tidak perlu pembela dari kalian untuk putriku Asma'. Kerana Sekarang dia sudah di Sorga Firdausi".
Kalau ikutkan skrg, dia sama umur dengan kita lah wahai admin dan lepasan spm sekalian. Tapi Allah panggil dan jemput dia untuk merasai syahid meskipun usianya baru muda lagi. Nampak tak? Maha Penyayang kan Allah kita ni? Suke lah kita >< Semoga kita yang gegirl ni dapat mencontohi Asma' Al-Beltaji. Pergh. InshaAllah tak lama dah tu kita pulak lah. Allahu.
Jadi.. selain Ammar. Ramai je yang syahid. RAMAI GILA. Allah Maha Penyayang. Dia pilih orang muda untuk merasai syahid.. kita tak mau ka bhai? Nak nak! Okey kalau macamtu. Jangan futur lagi okey diri? Yee! Saya suka sekarang, sayang awk diriku *nahh kiss sikit*
Dah, tokseh nak buat sweet sweet kat sini. Sekeh kang -.- Okey. Dah jom. Kita berjuang. Lillahitaaala. JANGAN FUTUR! Okey?
NAH KLIK LINK NI. VIDEO YANG SANGAT DEEP DOE. JOM BANTU YANG MEMERLUKAN.
---> VIDEO
Akhir dari aku..
"Saaaayaaaaannngggg kooorrraaaaannngg"
Admin : BG.










No comments:
Post a Comment