Friday 13 November 2015

P.E.L.A.N.G.I.





"Kak ,kenapa hidup ni tak boleh indah je selalu ? Kenapa mesti ada ujian ? Kenapa mesti ada jatuh bangunnya dalam kehidupan ? Apa yang Allah nak tunjuk dalam hidup ni sebenarnya ?" kak Ika hanya tersenyum mendengar soalanku. 

..............................................

        "Allah tak akan uji seseorang tu dengan ujian yang hambaNya sendiri tak mampu nak tanggung,sayang." kata kak Ika kepadaku. Sejak malam itu aku muka berfikir, apa maksud tersirat ayat kak Ika tu. "Allah tak akan uji seseorang dengan ujian yang hambaNya sendiri tak mampu nak tanggung?"

      "Ya Allah, kalau betul ujian ni aku mampu tanggung, kenapa aku tak kuat?" Kata aku sendiri di tepi tasik. Sejak hari tu, aku bersendiri. Makan tak lalu, mandi pun malas, kemas rumah lagi la, yang aku tahu, aku nak bawa diri dan aku nak bersendiri. Ya, bawa diri ke suatu tempat yang berikan aku ketenangan, berikan aku kekuatan. Aku sendiri pun tak tahu, kenapa aku lemah sampai begini. Mungkin kerana aku terlalu kecewa dengan diri aku sendiri. Kecewa yang teramat.

     "Pernah tengok pelangi tak?" Terkejut aku mendengar suara yang tetiba muncul. Rupa-rupanya kak Ika ada di sebelahku. Entah bila dia turut bersama aku bertapa di sini pun aku tak tahu. Hmmmm boleh nampak kan betapa jauhnya aku mengelamun. 

"Tengok pelangi ? Pernah. Kenapa kak ?" Aku memandang kak Ika dengan penuh tanda tanya.

"Susahkan pelangi nak muncul?" 

"Hmmmm kenapa kak cakap macam tu?"

"Hihi, pelangi akan muncul selepas hujan tiba. Cliche kan ayat tu. Tapi tulah hakikatnya adik. Ngee.."

"Okay, apa maksud kak Ika?" Soalku yang masih tak mengerti apa yang cuba dimaksudkan oleh kakak kesayanganku itu.

"Maksudnya, bila kita rasa bebannya ujian ni, susahnya cabaran ni, sakitnya kehidupan ni, tapi percayalah setelah rasa itu bertandang, kebahagiaan akan muncul. Kadang bahagia tu akan muncul dalam masa yang singkat, kadang bahagia tu akan muncul dalam masa yang lama. Jadi bersabarlah dan terus kuatkan diri. Adik, adik mampu harungi kejatuhan ni. Kenapa hidup ni tak boleh indah je selalu? Sebab Allah nak ajar hambaNya apa itu erti kehidupan."

"Erti kehidupan ?"

"Ya, erti kehidupan. Hidup ni sebenarnya satu pengembaraan. Adik, gagal sekali tak bererti gagal selamanya. Ha ah ayat cliche lagi kan, haha. Tapi trust me, semua orang yang berjaya hari ni, pernah gagal suatu ketika dahulu. Saat tu mereka macam adik, diri mereka umpama ditimpa hujan. Emm hujan batu meteor, hikhik. Tapi tengok mereka sekarang, mereka dah jumpa pelangi. Jadi, adik bila lagi?"

"Emmmmmm"

"Adik, bangunla. Jom akak temankan adik. Kita cari pelangi. Okay ?"

"Akak, thanks. Love you."

"Haaa ceni la adik akak. Hati kena sado bhai!"

Sambil ditemani air mata, aku memeluk kak Ika dengan penuh rasa syukur kerana Allah hadirkan dia untuk beri aku kekuatan.

..............................................

Dan pada petang itu, aku bangkit untuk memburu pelangi yang aku pasti itu adalah janji Ilahi buat diriku ini. 


I N F I R U !!

Admin : HT ^^

     

No comments:

Post a Comment