Assalamualaikum.
Ada dengar tak pasal apartheid week? Haaa kalau tak penah dengar lagi meh nak terang. 'Apartheid week' ni satu minggu yang dikhaskan untuk menyebarkan kesedaran kepada masyarakat umum tentang kezaliman amalan apartheid oleh Israel ke atas rakyat Palestin. Ia adalah inisiatif rakyat Palestin sendiri bagi mendapatkan sokongan rakyat antarabangsa terhadap perjuangan mereka.
Tapi korang tau tak apartheid tu apa? Apartheid ni adalah satu sistem pemisahan antara 2 bangsa yang hidup dalam satu komuniti. Amalan ni menyebabkan diskriminasi ke atas hak-hak asasi rakyat Palestin seperti akses kepada sumber ekonomi, pendidikan, politik, sosial and so on. Perkara ni pernah berlaku di Afrika Selatan satu ketika dahulu antara warga kulit putih dan kulit hitam di sana sebelum berjaya diruntuhkan oleh tokoh terkenal dunia, Nelson Mendela.
Haaa paham dah? Orait.
Maka, kita pun boleh join dalam memeriahkan lagi 'Apartheid week' ni. Dekat Malaysia, Aqsa Syarif turut bersama dalam menjayakan kempen ni. Kempen 'online' ni bermula dari sekarang hingga 16 Mac 2014.
Cemane nak join? Meh nak bagitau.
First, hantar gambar anda (seorang atau berkumpulan) kepada kami which is Aqsa Syarif dengan memberi mesej yang menyokong Palestin atau menentang Israeli kepada facebook Aqsa Syarif.
Second, taip hashtag berikut pada post anda #apartheidweek dan #aqsasyarif
Tu je. Dua step je pun. Mudah kan?
So,anda berani? Berani menyatakan sokongan terhadap Palestin? Luahkan segera!
Maklumat lanjut:
Website: http://apartheidweek.org/
Nahh kitaorang bagi contoh cemana nak buat. Gambar ni sekadar hiasan sahaja.InsyaAllah.
Sementara tunggu result spm yang bakal keluar ni, apa lah salahnya ambek masa kejap join program ni. Kejap je pun.
Mungkin lah ada yang cakap
"Setakat tunjuk sokongan cemni bukan boleh ubah nasib Palestin pun."
Ye memang. Tapi, atleast why not kita tunjuk some support yang mungkin boleh menaikkan semangat untuk tolong negara-negara Islam yang lain dengan langkah yang lebih baik? Mungkin ini permulaan bagi sesetengah orang.
Mengisi masa lapang gituuu. Tengah debar tunggu result kan? Eceh.
Tapi jangan stop support sampai sini je. Kita teruskan jugak dengan usaha kita yang lain. Contohnya sentiasa mendoakan negara Islam yang ditindas selepas solat atau buat solat hajat khas untuk mereka. Kita boleh jugak bagi sumbangan dekat mereka melalui perantaraan pertubuhan program kemanusiaan yang ada.
Ada sesetengah orang yang saya jumpa, penah cakap
" Biarlah tu kan negara depa. Kita takpayah lah masuk campur"
Peh sedih dengar. Memang tu negara depa, tapi lupakah kita yang mereka saudara kita?
Jadi, jom?
:)
No comments:
Post a Comment