Monday 17 February 2014

Dia Izrail.



Tatkala Nabi Sulaiman memberi kuliah di satu taman syurga yakni majlis ilmu. Ramai yang mendengar dengan khusyuk. Dan kebanyakan yang hadir pada kuliahnya semuanya merupakan pendengar yang tetap.

Satu hari, Nabi Sulaiman menyampaikan kuliahnya bersama tajuk.. MAUT. 

"Semua orang akan pergi, meninggalkan dunia tatkala ajalnya tiba. Ketika itu kita tidak sedar bila ia akan datang, dalam keadaan apakah ia. Khusnul Khotimah atau SuulKhotimah. Ia tetap datang"

Kuliah itu berjalan dengan lancar seperti biasa. 

Tetapi di pertengahan slot kuliah itu, seorang syabab terperasan akan seseorang yang asyik merenungnya dengan tajam semenjak tadi lagi. Namun diabaikannya.

Syabab itu menghiraukan renungan itu dan terus tekun akan setiap butir patah perkataan yang Nabi Sulaiman ingin sampaikan itu. 

Tapi.. renungan seorang pemuda yang melihatnya tadi begitu misteri. Bahkan, dia tidak pernah melihat pun akan kelibat pemuda itu setiap kali kuliah diadakan. 

Lantas, dia pergi bertanya kepada Nabi Sulaiman AS. 

"Wahai Sulaiman, siapakah manusia yang asyik melihat aku semenjak tadi lagi? Aku berasa gusar sekali."

Nabi Sulaiman menjawab..

"Manusia yang sedang merenung kamu semenjak tadi itulah Izrail, MALAIKAT MAUUT."

Syabab itu pun gementar. Ya Rabb, aku taknak mati lagi ni, desus hatinya. Allahu.. Dia pun menggesa Nabi Sulaiman menggunakan mukjizatnya yang boleh mengarahkan angin itu dengan membawanya pergi ke tempat yang lebih jaauuh dari pandangan 'pemuda' itu dan semua orang.

Nak dijadikan cerita, Nabi Sulaiman pun menunaikan permintaan syabab tadi dengan baik. 

Maka Angin pun bawalah syabab itu di suatu pulau. Pulau yang jauuh dari semua orang. 

Sebaik sahaja syabab itu tiba di pulau yang dijanjikan. Dia terkejut sangat. Kerna pemuda yang merenungnya di kuliah Nabi Sulaiman tadi sudah tiba dahulu daripadanya. 

Dengan rasa gementar dia pun bertanya kepada pemuda itu bagi mendapat persetujuan..

"Siapakah engkau yang sebenarnya?.."

Pemuda itu pun jawab..

"Aku lah Izrail, Malaikat Pencabut Nyawa bagi semua MANUSIA."

Disebabkan terlalu gementar, syabab tadi meneruskan pertanyaannya bagi menghentikan teka-teki pemikirannya sejak dari tadi lagi. 

"Apa mahu mu sebenarnya? Mengapa engkau asyik merenungku dan mengekoriku?"

Dengan senang Izrail menjawab..

" Sebenarnya, ketika di kuliah tadi, aku bukan mahu menarik nyawamu pun, tapi aku telah ditakdirkan untuk menarik nyawamu DISINI."

*Lantas, pergilah syabab itu buat selama-lamanya...*



Sooooo? Amacam geng? Bersediakah anda? Bersediakan anda untuk terima jemputan 'dating' oleh Si IZRAIL tu? 

*Biarkan imanmu yang jawab*

Kita kena sedar, kot mana pun, MATI itu pasti. Dia datang tanpa kita ketahui. Mengekori kita tatkala kita alpa dengan helah-helah dunia. 

Helah-helah dunia? Acano tu?

Jujur. Flapy Bird, Candy Crush, TV laghoo, Pornography (HARAM), Running Man, Maharajalawak Mega, Ariana Rose Ulangan di youtube, Korea, Bercinta dengan ajnabi, Projek Memikat Suami, Bola, AF, dan bakal datang School Of Lawak, Fesbuk, Twider, Ask. Fm (semua browse yang bawak kita ke arah laghoo la misalnya) Dan tak lupa, semua perbuatan yang Allah tak redho lah jawabnya. eheh

Kalau nak layan 'helah-helah dunia' ni sekadar sekadar sahaja bagi aku tiada masalah. Ni sampai obses nak mampos. Takleh hidup kalau tak bukak semua channel ni or what so ever. Itu memang tak boleh. 

Maaf pernyataanku tadi agak mengguris hati engkorang semua. Aku terpaksa jawab. 

Meskipun aku manusia yang jahil ni selalu jugakla buat benda laghoo tu haa. 

Selalu. Serious ni tak tipu. 

Tapi, kesedaran itu wujud. 

Wujud tatkala aku melihat ramai manusia di sekelilingku kini lebih awal pergi bertemu ILAHI dan meninggalkan DUNIAWI ini buat selama-lamanya. 

Sebelum ni yang sakit jantung jiran aku tu. 

Lepastu ayah atuk sedara aku meninggal pulak.

Lepastu, budak enam belas tahun adik junior aku meninggal time tido pada hari Jumaat baru-baru ni ni ha.

Dan banyak lagi lah. Kalau pegi kubur pun tanah masih merah je. TAPI BANYAK DAH YANG TERKAMBUS. Faham kan maksud aku? :)

Dan seriously, semakin ramai aku lihat murobbi dan para ulamak meninggal dunia sekarang ni. Dan secara tak langsung, ulamak dan para ilmu agama dasawarsa kini semakin pupus dengan ''Slow-Slow''.

Jadi, yang tinggal sekarang ni takkanlah yang bajet bajet alim je ye dak? 

*Okey terasa*

Ye lah, takkanlah yang tinggal ni hanya manusia yang cintakan dunia ja kan?

*Bushh, darah memercik dari bibir*

Dan akhirnya, takkanlah yang tinggal sekarang ni hanyalah manusia yang bekalan akhiratnya ringan je kan? kan kan? 

*ALLAHU, penampor arab jelas kelihatan.K*

Okey dah!

Nak mati dalam keadaan bersujud ke? *Ameen*

atau..

Macam Mustafa Kamal Attartuk Laknatullah tu sampai bumi pun taknak terima dia? *Nauzubillah*



Ni buktinya. Sampai kena bina kubur yang diperbuat daripada batu sebab tanah taknak terima mayat dia kat dunia ni. Betapa jijiknya bumi dengan dia ni. Nak tahu ceritanya? 


Oh yaa. Sebelum berakhirnya post kali ni. Aku nak selitkan isu semasa sikit.

Baru-baru ni Suami kepada Ustazah aku, Ustazah Najihah, pergi menunaikan UMRAH. 

Korang tahu tak, dekat sana ada kematian seorang pemuda dalam keadaan bersujud. 


Dia meninggal di tempat yang paling mulia, Makkah Al-Mukaramah di hadapan Kaabah, dalam keadaan bersujud pulak tu.

Persoalannya..

Perasan tak yang usianya sangatlah muda, dalam 20-an lagutu la umurnya. Macamana boleh meninggal semulia macam tu? Bersujud pulak tu, bukankah waktu bersujudlah waktu paling dekat dengan Allah Azza Wajalla. Hebatnya dia. Sedangkan umurnya masih muda lagi kan? Apa rahsianya?

Allahurabbi. 

Sebab itu lah mak aku selalu pesan.

Kita kena sentiasa berhusnuzon dengan semua orang. 

Jangan menilai seseorang melalui cara pemakaiannya liked jubah dan serban atau jeans dan kemeja..

Jangan menilai melalui cara pertuturan katanya yg lembut atau kasar di alam maya mahupun alam nyata..

Jangan menilai melalui tingkah lakunya yang baik mahupun buruk di alam dunia yg fana ni..

Tapi lihat dan nilailah apa rahsianya dengan Rabbul Izzati, Tuhan yang Maha Baik.

Rahsia yang dia sorokkan dari yang lain mengetahui. 

Itulah..

KEIKHLASAN.


Korang asyik cela dia bukan-bukan. 
Korang hina dia macam, dia taklayak pergi Jannah.
Korang perlekeh dia seolah-olah dia kafir atau murtad.
Korang kutuk dia melalui semua sifat mazmumahnya.
Korang buka aib lamanya heboh satu dunia. 
Korang pandang dia jengkel. 

Tapi satu je yang korang tak sedar, Allah sudah pun menerima taubat hamba yang korang 'caci-maki-perlekeh-kutuk tadi' tu.

Tolong, stop kompelin keburukan orang. Jangan bajet macam korang tu memang konfem ahli Syurga. 

C'mon, ahli syurga tak akan mengaku yang dia Ahli Syurga. 

Ahli Syurga akan support orang yang futur, akan bantu bangunkan orang yang lemah dan gelap masa silamnya dengan berhemah, dan akan sentiasa tembak orang yang tersasar ni dengan DOA. 

Itulah ahli syurga.

Sebelum dia, IZRAIL datang menjemput kita kembali pulang. 

Ubahlah perangai kita, ikhlaskanlah. Dan, cubalah menjadi ahli syurga yang sebenar. 

Insieme syahid..



Admin : BG







No comments:

Post a Comment