Monday 10 February 2014

Infiru.



Kadang tak faham dengan kehidupan ni. Rasa bingung. Apa motif yang patut aku lakukan eh? Aku tak mahu duduk static cemni je. Aku nak bangun dan terus bangkit. Inilah masa yang ada untuk ummat. Allahu. Aku dah buat APA selama ni? T__T 

Sigh.

Dan bila aku fikir-fikir balik..

Sekarang dah takde masa dah untuk aku mengeluh dengan ujian yang Allah beri. Aku tak boleh pertikaikan lagi. Sebab Allah dah cakap dalam surah An-Nisa'.

"Allah intends to make things easy on you. And man has been created weak."

C'mon. Bangkitlah diri. JANGAN MUNDUR LAGI. Aku dah letih nak lemah dan terus jatuh dalam hal-hal yang remeh macam ni LAGI. 

Bila Allah uji kita dengan sakit, orang fitnah, kematian, kesusahan. Senyum. Biar je orang nak kata apa. 

KITA tersenyum saat diduga bukan bermakna KITA tiada hati, bukan bermakna KITA kebal api, tapi KITA tahu Allah sedang menguji. Sebab kita selamanya HAMBA.




Suka untuk aku nyatakan bahawasanya aku sangat tertarik dengan kalimat..

INFIRU!

Yang membawa maksud : BERANGKATLAH KAMU.

Maksud yang boleh aku rungkaikan kat sini ialah, pergilah.. pergilah berjuang untuk ummat yang di sana memerlukan mu. Bantu lah mereka. Berjihadlah di jalan jalan Allah. Allah sayang sangat hamba yang berjihad. 


Allah berfirman,

“ Berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk 

berperang pada jalan Allah), sama ada 

dengan keadaan ringan (dan mudah 

bergerak) ataupun dengan 

keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai 

tanggungjawab); dan berjihadlah dengan 

harta benda dan jiwa kamu pada jalan 

Allah (untuk membela Islam). Yang 

demikian amatlah baik bagi kamu, jika 

kamu mengetahui. ( At-taubah: 41)

"Alah, nak berjihad macamana? Kat rumah tak boleh? Aku tak suka lah keluar rumah ni, PANAS"

Itulah jihad. Kita lawan nafsu kita demi ISLAM. Demi Allah Azza Wajalla. Jangan letih lawan musuh kita yang satu itu. Sebab kerana 'ia' ramai yang jatuh tersasar dan terpesong ke arah kemaksiatan. Ke arah yang tidak diredhai Allah. 

INFIRU :)


"Abu Ayyub al-Ansari r.a. dengar ayat "Infiruuu!" terus semangat nak pergi berjihad. Kita dengar 
"Infiruuu!" boleh terus rilek makan cokelat. - APG"


Dia bersemangat jihad.

Hahh. 

SEBELUM itu.. Korang kenal tak siapakan gerangan Abu Ayyub Al-Ansori ini?

PUSARA DIA lah yang terletak bersebelahan dengan PUSARA As-Syahid Ammar kebanggan rakyat Malaysia kita ni. Tapi.. nak jadikan cerita. Betapa semangat jihad sesangat Abu Ayyub Al Ansori ni nak menawan Kota Konstatinople suatu ketika dahulu. Meskipun usianya sudah mencecah 81 tahun, namun semangatnya tak pernah pudar dan luntur.

Pada usianya yang sudah tua mencecah 81 tahun pun dia masih berkeras nak berjihad DEMI menuntut janji Rasulullah SAW. KITA YANG MUDA NI? Allahu..

Janji Rasulullah yang dimaksudkannya ialah..

"Kota Konstatinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Sedangkan nak tawan Kota Konstatinople waktu itu memerlukan risiko yang sangat besar sangat tahu? Ye lah, ROM kuasa yang hebat. Hebat dari segi ketahanan dan macam2 lagi lah. Tapi demi ISLAM, risiko besar sekalipun, dia bangkit dan berjuang. Dan iyaaa, INFIRUUU. 

Abu Ayyub dengar je pekataan "INFIRU". Semangatnya untuk bangun ISLAM berkobar-kobar. Allahu.

Beza sangat dengan diri aku yang terlalu manja dan lemah ini. Sedih. 

Dear ex-SPM 1996, Kita baru je 18 TAHUN dah kena uji sikit je cepat je mengalah. Abu Ayyub Al Ansori 81 TAHUN kot! Itu pun dia masih gagah dan kuat berjuang demi menegakkan ISLAM dengan sifat tak mahu kalah! Kalau nak dibandingkan kudrat kita dengan dia. Kita lebih mampu untuk bangkitkan Islam. Berjuang demi UMMAH! Ayuh! BANGKIT! 



DELETE semua sifat FUTUR yang sedang bermaharajalela kat diri kita ni sahabat. Ayuh. Pertahankan Islam. INFIRU! Nak sedih boleh, takda hal. Tapi jangan biarkan ia berlarutan. BERPANJANGAN. Sebab kesedihan itu tak memberi satu impak yang positif pun dekat diri kita. Ayuh, mara ke depan. DEMI ISLAM! 

"Eh eh, kalau semangat je tapi x tahu nak buat secara praktikal acano tu?"

Itulah. Kita yang muda ni. Buat benda yang simple2 je. Keluar rumah, kutip sampah kat kawasan persekitaran rumah kita. Tapi jangan pi gebang satu dunia yang hang ni rajen nak mampos. Itu riak namanya. Biar kau je tahu. Nabi suka tau orang yang membersihkan jalan dan membuatkan orang lain mudah nak teruskan kehidupan ni. Memang nampak simple tapi, dia punya pahala, MASYAALLAH. Besar sangat. 

Selain itu, kalau pegi je masjid. Sedekahkan lah walau sedikit. Sebab apa tau. Orang yang macam kita yang belum ada pendapatan yang tetap ni, bila kita sedekah sepuluh hingget contohnya.. Lebih baik dari orang yang sudah berkerja yang gaji tetapnya RM 1000 tetapi bila pegi masjid, dia sedekahkan sepuluh hingget je walhal dia mampu nak bagi lebih. Okey, aku bukan nak pertikaikan berapa hingget/ pound manusia nak bagi kebende ni. But, aku just nak cakap melalui teori 'LEBIH BAIK'. Jadi, jika mak ayah korang bagi duit poket 30/40/50 hingget sebulan tu, rajin2 lah hulur sedikit kat tabung masjid. Biar jadi satu saham kita kat akhirat kelak. Korbankan sikit je takpe kan? ;) TAPI SATU JE, IKHLAS TAU! 

Yang terakhir.. Infirulah dengan rajin solat malam. Bangkit dari tidurmu. Orang yang baik adalah orang yang tidurnya sedikit. Ahha, lupa nak cakap, bukan sebab kurang tidur sebab layan Running Man, MaharajaLawakMega Ulangan kat Youtube atau Online fesbuk/twider/asefem aso tahu? Tapi masa yang kita cedok dari waktu yang sepatutnya kita tidur itu dengan BERQIAMULLAIL. Berada di tikar sejadah. Allahu. Ayuh sesama kita buat. 

Menangislah, Merayulah, Luahkanlah apa yang terpendam kat tuhan kita tu. Jangan EGO. Sebab Allah rindu nak dengar suara kita merayu meminta ampun dan menyesal akan dosa-dosa yang kita lakukan kat dunia yang x lama lagi akan luput tarikh kehidupannya. Allahu.

Sekian, INSIEME-SYAHID.


INFIRU!

Admin : BG






No comments:

Post a Comment