Saturday 4 January 2014

Syukur.

Assalamualaikum.

Tahan nafas mu selama mana mungkin. Kalau boleh lima minit? Alaa kejap je. Apa yang awak rasa? *agak-agakla satu minit pun aku tak mampu, hek enaa admin ni, nak seksa weols kepe* Ek hem. SAJE NAK TEST. Boleh hidup tak tanpa oxygen. Pinjaman Allah tu. Boleh teruskan kehidupan tak jika rahmat dan nikmat Allah tu ditarik balik. So? *angkat kening macam Diana Zain*

Nikmat Allah yang manakah yang kamu ingin dustakan.

Tidak bersyukur lagikah kita dengan nikmat yang tak terlimpah ruah yang telah Allah berikan terhadap kita? Bukan oxygen ja, tumpang dekat bumi Allah ni pun pinjaman tau? Tega kau nak buat maksiat atas pinjaman yang dah sah sah free of charge ini? Tak malu ke? *sorok muka bawah bantal* Apa yang kita nak sebenarnya? Supaya kita boleh patuh terhadap perintah Allah tanpa kompromi. Agar kita boleh buang semua benda maksiat yang kita lakukan di bumi Allah ini tanpa ALASAN. Kita nak apa sebenarnya? Allah ciptakan kita sebaik-baik kejadian? Allah ciptakan kita untuk berjumpa-Nya di Syurga. Allah memang nak bagi dah kat kita SYURGA.Tapi kenapa kita masih lagi buat perkara maksiat yang memang dah sah sah bukan jalan untuk kita ke Syurga? Malah menghampiri Jahannam ade lah. Kau nak cabar Allah ke apa ini? Mohon.. jangan cabar. Itu tuhan kau! huh! *sorry aku teremo*


Dah jangan terkejut sangat tengok aku emo. Aku tahu, memang susah nak usha aku marah en? Ehem, walaupun aku emo, tapi kecomelan aku tetap terserlah. Kau hape tahu? Eheh, okey back to the our topic. Syukur. Sifat ini sangat penting dalam diri kita. Jujur admin cakap ni. Kita dilahirkan Islam. Agama yang suci.. Dan dekat negara kita takdak langsung tumpah darah, yaktu bergaduh antara satu sama lain.. sesama umat Islam. Macam kat syria? ;)



Bom sana, bom sini.


Masih lagi kita tak bersyukur? Sebakkan? Mereka juga dilahirkan Islam.. Tapi kenapa Allah campak ujian sebegitu besar buat mereka? Sebab apa? Mampukah depa? Ya, sebab mereka mampu. Allah yakin mereka mampu. Senyum :)

Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”


Kita mampu tak hadapi semua ini jika negara kita penuh dengan tumpahan darah dan jerit tangisan orang yang minta bantuan? Allahu.. *tak mampu nak fikir dek akal yang terhad ni*

Kita tak solat.. Allah jentik kita melalui hati yang gelisah. Kita tak tutup aurat, but still Allah jentik kita dengan jiwa yang tak tenteram. Kita ada hubungan dengan bukan MAHRAM, lama kelamaan cinta tu hilang. Sebab apa? Sebab tu bukan cinta sahabat, itu nafsuu. Dan kesudahannya apa? Kita putus dengan diaa. Ye lah, dah perasaan itu hilang. Buatpe nak ada hubungan dengan si dia lagi ye dok? Percaya tak yang bagi cinta tu Allah? tentu korang pelik kan? Takkanlah Allah nak bawak kita ke arah kemaksiatan pula kan? 


Ehem. Sebenarnya Allah nak uji kita ja tu. Sama ada kita sanggup tak nak berkorban cinta kita itu hanya kerana Allah swt atau kita lebih pentingkan CINTA kita kepadanya yakni org yang kita cinta itu?  Atau lebih kurang kita lebih rela jauhkan diri kita dengan Allah asalkan "aku dengan dia berpacaran gituuh". Sedarlah sahabat.. Nafsuu je tu.. Bukan cinta. Cuba amek ibrah okay?

Allah jentik sikit ja.. Allah bagi kita rasa tak tenang, jiwa tak tenteram, dan kurang rasa kasih sayang terhadap si dia itu sebenarnya Dia rindu kat kita. Rindu sangat nak dengar luahan kita bila kita memerlukan-Nya. Macam kita perlukan Allah sebulan sebelum EXAM? Ye lah, nak mintak supaya Allah bagi kita kejayaan dalam hekzem kan?  Dapat "streeet eyyy". But still He gave whatever did you want it. Now or soon, but still, He will fulfill your dreams.Your hope is too small for God to fulfill your expectations actually *Auch*


Tapi lepas saja harapan kita dipenuhi. Kita lupa.. terhadap pemberian yang kita dapat dari Nya. Ya.. Allah yang Maha Pemberi. Ye lah, manusia kan memang hebbak dan daebak dengan sifat nyanyuk dan pelupa ni en? Itu memang fitrah manusia, mudah lupa. Tapi Allah masih bagi kita peluang. Peluang untuk berubah. Iaitu Taubat Nasuha. Jangan pulak kita jadikan alasan dengan lumrah kita "pelupa" itu sebagai aset untuk kita jadikan alasan untuk terus melakukan maksiat yang Allah LARANG.  Salah teori tu machaa. Anda mampu mengubahnya. ehee. Kita nak mati syahid kan? hem, istighfarlah. Tumpang Allah bukak peluang besar-besaran ini, baik ubah perangai tu.



Rasulullah s.a.w bersabda:

"Beruntunglah mereka yang di dalam catatan amalnya 

ditemukan banyak sekali istighfar."





Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat yang dilimpahkan.




Melalui nikmat yang Kau limpahkan tergambar kasih sayang yang tak terbanding



Aku panjatkan setingi-tinggi kesyukuran atas segala ujian yang ditimpakan.


Melalui ujian yang Kau timpakan terselit perhatian dan cinta yang tak bertepi. (adaptation from blogger Allah Seeker)

“Sometimes we become overtaken by sadness to the degree that we forget that there are many things in life that can make us happy” [Mufti Menk, 2013]

Last dari admin comel ini, ihiks. Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita oleh Allah selama ini sebenarnya cuma nak menentukan sama ada kita dekat dengan Allah atau kita jauh dari Allah. Pilihan adalah milik anda. ;)


Bergembiralah, sebab ada orang sayang kita.. Meskipun kita selalu buat salah. Kita ingkar semua suruhan yang diberikan. Kita terus menghampiri maksiat. Tapi.. Dia tetap tunggu kita.. dan sayang kita. Dialah, Allah Azza Wajalla. ;)

Jumpa di syurga yaa korang, sayang korang sangat-sangat. Sebab korang yang baca ini, orang yang terpilih. Terpilih oleh Allah untuk berjumpa dengan blog ni. Nak tahu sebab aper? Maksud insieme dalam bahasa Italy ialah.. Together. Yah! TOGETHER SYAHID. Jom kejar syahid sesamerr. Okey dah nak Maghrib dah. Ciao. 

Admin : Biohazard's girl.

No comments:

Post a Comment