Thursday 13 February 2014

BRO KAHFI

Assalamu'alaikum to everyone :)

*sudah baca surah Kahfi?

Seperti yang dijanjikan pada minggu lepas, kita akan bertadabbur surah al-Kahfi bersama-sama.
Tapi aku just bagi sinopsis untuk setiap cerita yang sudah dibahagikan.
Ini hanyalah fahaman aku tentang surah ini.
Kalau nak lagi sweet, baca tafsirnya sampai habis :)
Oh, sebelum terlupa...
Kalau ada pape info tambahan, just comment below this entry.
Manusia itu tidak sempurna mana dan kita saling melengkapi.
*cewaah*
Kalau ada salah silap ke, tolong tegur ye..

P/s: Entri ni sesuai dibaca oleh mereka yang gila-gila tapi bukan gila. Dialog yang dilampirkan bersama cerita yang ingin aku sampaikan merupakan cara percakapan kita seharian. So, jangan terkojut sebab dialog2 tu semua bukan cara percakapan masyarakat zaman dulu. Aku cuma nak bagi korang senang faham je.. Tegur aku tau kalau tak boleh terima dengan bahasa yang aku sampaikan..
Entri ni 'rojak' habis..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ayat 1 hingga ayat 31

Allah menceritakan balasan-balasan yang terdapat dalam al-Quran. Yakni amaran untuk mereka yang ingkar dengan pesanan Allah dan berita baik untuk mereka yang beriman dan beramal soleh.

Allah juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengatakan Allah itu mempunyai anak. Yakinlah bahawa Allah menjadikan semua yang ada di muka bumi ini sebagai ujian.

Kisah Ashaabul Kahfi


Sekumpulan pemuda pergi ke suatu gua lalu berdoa:


*doa ni ada pada ayat 10; surah al-Kahfi

Doa mereka ini pun diperkenankan oleh Allah. *Kita boleh amalkan doa ini untuk memohon perlindungan daripada Allah.* Mereka pun ditidurkan selama 309 tahun. *lamanyaa*
Allah mentakdirkan seekor anjing untuk tidur di muka pintu gua tersebut. Mengapakah? Supaya mereka tidak diganggu oleh sesiapapun sebab Allah kan nak melindungi mereka. Setelah mereka tersedar dari tidur, mereka pun tertanya-tanya. 

'Dah berapa lama kita tidur kat sini?'
"Satu malam kot".

Untuk mendapatkan jawapan tersebut, salah seorang daripada mereka pergi ke bandar untuk membeli makanan yang halal menggunakan duit perak yang mereka ada. Alangkah terkejutnya pemuda tersebut kerana duit yang dibawanya sudah tidak laku dan barulah dia tahu bahawa mereka sudah LAMAAA SANGAAATT tidur kat dalam gua tersebut.

Allah juga mengingatkan kita supaya mengucapkan 'In shaa Allah' apabila berjanji dan sentiasalah berdamping dengan orang yang alim agar mereka bisa membimbing ke jalan yang diredhai Allah. In shaa Allah.. Allah juga berpesan agar kita tidak follow orang yang lalai hatinya daripada mengingati Allah.
Allahu rabbi.. Ayuh kita berhijrah!

Ayat 32 hingga ayat 59

Cerita kat ayat ni best banget! Kisah pasal dua orang pemuda dengan kebun.

Al-kisahnya bermula apabila salah seorang daripada dua orang pemuda tersebut (pemuda pertama) dianugerahkan dua buah kebun anggur yang dikelilingi oleh pohon tamar. Indah bukan? Terdapat juga sebatang sungai yang mengalir di kebun tersebut. Pergh.. Paradise!

Dengan angkuhnya pemuda pertama ini masuk ke kebunnya dan berkata pada rakannya (pemuda kedua):

'Aku ada lebih harta! Aku ada lebih pengaruh! Aku tidak fikir bahawa kebun ini akan binasa sampai bila-bila! Kiamat never happen! And kalau aku dipulangkan kepada Allah, aku yakin bahawa aku akan dapat tempat yang lebih bagus daripada kebun ini!'

Amboi... Berlagak gila brader ni.
Kawan dia pun nasihat:

"Bro, jangan kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan kau. Please believe in Allah; the only one. Senanya kau patut cakap yang semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah and tiada daya dan upaya melainkan pertolongan Allah time kau masuk kebun tadi. Kalau kau anggap yang aku ni miskin pasal harta benda dan anak lebih daripada kau, ingatlah semoga Allah memberi aku yang lebih baik daripada kebun kau ni. Satu hal lagi... Aku bimbang Allah akan menimpakan bala bencana ke atas kebun kau ni. Pada masa tu, kau tak akan dapat mencarinya lagi."

Lalu, tanaman dan harta benda pemuda pertama tadi telah binasa. Semuanya sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Pada saat ini, hanya Allah yang boleh bantu kita. *sob..sob..sob..*

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati and for sure kita akan menghadap Allah personally. Gulp. 
Pada hari tersebut, maka berlakulah sesi presentation kitab-kitab amal kita. Semuanya dihitung dan tiada apa-apa yang terkecuali. Therefore, Quran is the best guidance. Orang yang lebih zalim ialah mereka yang apabila diingatkan ayat-ayat Quran tetapi berpaling daripadanya. Orang-orang yang beginilah tidak akan memperoleh hidayah Allah.

My dearest friends, hidayah tu kita kena cari and mohon pada Allah. Acane Allah nak kasi hidayah kat kita kalau kita tak berusaha nak dapatkan hidayah tu? Kalau kita lalai semedang? Acane? Think.

But, just remember this;
"Allah is the most forgiven"
Allahu rabbi..

Ayat 60 hingga ayat 82 

This is the most exciting story in this surah.... ^^


*cer cerita... cer cerita... cer cerita...

Alahai comelnya adik ni.. Al-kisah cerita kat ayat ni pasal Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s.

Nabi Musa berkata kepada Nabi Khidir:
"Aku takkan berhenti berjalan sampai di tempat pertemuan dua laut itu or I'll keep walking for years".

Apabila sampai di tempat pertemuan dua laut tersebut, mereka terpaku and terlupa pulak pasal ikan mereka. Lalu, ikan tersebut pun melompatlah ke dalam laut semula tanpa mereka sedari.

NM: Bawalah lunch tu.. Sesungguhnya kita telah penat lelah dalam perjalanan kita ni.

NK: Senanya aku lupa pasal ikan tu and ikan tu dah terjun balik dalam laut.

Mereka pun balik semula...

NM: Boleh tak kalau aku nak ikut kau dengan syarat kau ajar aku dari apa yang Allah telah ajarkan padamu.

NK: Sesungguhnya engkau tidak sekali-kali dapat bersabar bersamaku.

NM: Engkau akan dapati aku, in shaa Allah... Orang yang sabar. Dan aku takkan bantah any of your commands.

NK: Kalau kau nak ikut, jangan tanya pape pung sampailah aku ceritakan kat engkau.

Mereka pun naik ke dalam perahu lalu Nabi Khidir a.s membocorkan perahu tersebut.

NM: Perlu ke bocorkan perahu tersebut? Nanti tenggelamlah semua passengers. Kau dah buat silap besar!

NK: Kan aku dah cakap, kau takkan sabar denganku.

NM: Janganlah marah beb sebab aku terlupa pasal syarat kau tadi dan janganlah kau memberi kesukaran dalam aku nak menuntut ilmu ni.

Mereka pun meneruskan perjalanan dan terjumpa dengan seorang pemuda. Lalu, Nabi Khidir pung membunuh pemuda tersebut.

NM: Perlu ke kau bunuh pemuda yang tak berdosa tu? Sesungguhnya kau telah melakukan sesuatu yang mungkar!

NK: Kan aku dah cakap, kau takkan sabar denganku.

NM: Kalau aku tanya pape lagi kat kau, janganlah kau jadikanku sahabatmu lagi. Sesungguhnya kau telah mendapat alasan-alasan yang cukup untuk berbuat demikian disebabkan oleh pertanyaan dan bantahanku.

Kemudian mereka pun menyambungkan perjalanan sehingga berjumpa dengan seorang penduduk sebuah bandar lalu mereka meminta makanan daripada penduduk-penduduk yang terdapat di situ. Namun, penduduk di situ enggan memberikan mereka makanan. Kemudian, mereka ternampak sebuah tembok yang dah nak runtuh, lalu mereka pun membinanya semula.

NM: Kalau kau nak, kau berhak mengambil upah mengenainya.

NK: Inilah masanya untuk kita berpisah.. Aku akan terangkan kat kau pasal maksud untuk setiap kejadian yang kau tak dapat bersabar tadi.

1) Perahu tadi kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan untuk mencacatkan perahu tersebut sebabnya kat belakang mereka nanti akan ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu yang tidak cacat.

2) Pasal pemuda tadi pulak.. Parents pemuda tu merupakan orang-orang yang beriman. Maka, aku bimbang pemuda tersebut akan mendesak parents dia untuk melakukan perbuatan zalim dan kufur.That's why aku harap Tuhan akan menggantikan mereka anak yang lebih baik daripada pemuda tersebut dari segi kebersihan jiwa dan mesra kasih sayangnya.

3) Tembok itu pulak kepunyaan dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawah tembok tersebut terdapat 'harta terpendam' kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu mengkehendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu sebagai satu rahmat dari Tuhanmu kepada mereka.

Please remember this.. Aku tak lakukan semua ini berdasarkan fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan tentang perkara-perkara yang kau tak dapat bersabar tadi.

Perghh.. sedas gitu..
Sesunggunya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah maha mengetahui akan setiap apa yang kamu tidak ketahui.
Allahu rabbi... Terkesima aku time baca cerita ni. Tears.

Ayat 83 hingga ayat 110

Kisah Zulkarnain

Kisah Zulkarnain ni aku tak pro tapi aku try jugak berdasarkan apa yang aku faham berdasarkan tafsirnya.
Tapi, kalau korang nak lebih faham, bacalah buku-buku ni:
*aku pung tak baca lagi*




'Kenapa ada buku Yakjuj & Makjuj?'
Adalah kaitannya dengan kisah Zukarnain ni..

Zulkarnain telah dianugerahkan kuasa memerintah di bumi oleh Allah dan Allah memberi kepadanya jalan untuk menjayakan setiap sesuatu yang dia perlukan. Lalu, Zulkarnain menurut jalan yang disampaikan. Sampailah dia di sebuah daerah matahari terbenam, dia mendapati matahari terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur dan dia mendapati di sisinya terdapat satu kaum yang ingkar.

Allah berfirman:
"Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak baik terhadap mereka".

Zulkarnain berkata:
"Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkanNya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yamg tidak memberati".

Kemudian Zulkarnain berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

Kemudian Zulkarnain berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia mendapati di sisinya terdapat satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan mereka.

Mereka berkata:
"Wahai Zulkarnain! Sesungguhnya kami Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu, Setujukah sekiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka".

Zulkarnain menjawab:
"(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu). Oleh itu, bantulah aku dengan tenaga (kamu beramai-ramai). Aku akan membina sebuah tembok yang kukuh antara kamu dengan mereka".

"Bawalah kepadaku ketul-ketul besi".

Mereka mambina tembok tersebut sehingga apabila ia separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu. Lalu, Zulkarnain memerintahkan mereka membakarnya dengan berkata: 

"Tiuplah dengan alat-alat kamu".

Apabila tembok tersebut menyala seperti api, Zulkarnain berkata:

"Bawalah tembaga cair supaya aku tuang atasnya".

Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Zulkarnain berkata:
"Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku. Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan janji Tuhanku itu adalah benar".

**********
Dan kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu sama lain. Kemudiannya akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan seluruh makhluk di Padang Mahsyar. Dan kami perlihatkan neraka Jahannam bagi orang yang kafir; mereka yang tertutup hatinya daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu.

Orang-orang yang paling rugi tentang segala amal perbuatannya ialah orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, dan mereka sentiasa menyangka bahawa setiap perkara yang mereka buat tu betul dan baik sedangkan tak pun.

Last but not least,

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
(Surah al-Kahfi: ayat 109)

Allahu rabbi...
Sekian.

Quiz of the day:
Berapakah jenis haiwan yang disebutkan dalam surah ini? Nyatakan.
#APG

Admin: Miss Verde




1 comment:

  1. Menurut riwayat, ada beberapa orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang roh, kisah Ashaabul Kahfi (penghuni gua) dan kisah Zulkarnain lalu baginda menjawab, datanglah esok pagi kepadaku agar aku ceritakan kepadamu. Tetapi baginda tidak mengucapkan in shaa Allah; jika Allah menghendaki. Tetapi sampai esok harinya wahyu terlambat datang untuk menceritakan hal-hal tersebut dan Nabi tak dapat menjawabnya. Maka turunlah ayat 23-24 sebagai pengajaran kepada Nabi. Allah mengingatkan pula jika kita terlupa menyebut in shaa Allah haruslah segera mengucapkannya kemudian.

    ReplyDelete