Thursday 2 January 2014

Mahal.

Assalamualaikum..

Ehem. Mahal? apa benda la yang admin nak cakap ni kan? Kalau setakat harga barang naik itu memang kitaorang sedia maklum. Takda topik la tu nak cakap. *batuk keluar hati den dengar* agak-agaklah weh, takkan nak suuzon dah tetiba. Aku baru nak intro. Aduhai kengkawans aku neh -..- 

By the way. M.A.H.A.L. 
Ye, betul tu. Kita mahal. Kita, wanita muslimah MAHAL tahu?
Betapa darjat kita sebagai seorang wanita disanjung dan di angkat tinggi tahu? Tapi tu lah.. kite je tak sedar. Kita selalu anggap yg Allah tak adil sebab beratkan kita kaum hawa ni. Yelah, orang laki tak payah pakai tudung pun, asal kita perempuan kena tutup semua kecuali telapak tangan dan muka je? Tak adil tauuuu, leceh la saya. Weh rilek-rilek. Agak-agak ah nak bagi orang laki pakai tudung kalau ye hang tak puas hati sekalipun. Tak pelik dengan janggut dan misai diorang tu tetiba kena pakai tudung? Hah nampak tak hikmahnya.. Nah ushar wajah cantik aku dolu, at least hilang sikit bengang hang tu :p


Okey. Tak yah lebih lebih. Sekarang aku nak semua orang tahu, perempuan senang sangat nak masuk syurga. Senang gila. Tapi kenapa dekat NERAKA perempuan yang paling banyak? Pernah tak terfikir? Ye lah, kita muslimah ni banyak keistimewaan. Misalnya, seorang wanita solehah lebih baik berbanding 70 orang lelaki soleh. Dapat bayang tak? 1:70. Thats means, kita menang. 

Lagi? 

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap). Tehee, tahniah buat wanita yang memakai purdah ;)

Lagi?


Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Cek nak tanya kat hampa semua ni habaq mai haa, ada ka lelaki mengandung? Dahla mengandung pun tak apatah lagi la beranak betul tak? Hehe ops terlebih sudah. Sorry yer kaum adam, admin tak sengaja terngata. Just nak sedarkan bakal-bakal ketua Bidadari korang ni haa, takper kan? ;) 

Okey. Aku nak semua girl yg baca blog kitaorang ni menjadi salah seorang perempuan solehah dalam keluarganya, amacam? ye lah. Tutuplah aurat, kita tak MURAH. Harga diri kita bukan murah, mahal kot. Ingat boleh diskaun sesuka hati ka bhai? tak kan? kotla boleh tawar-menawar macam kat pasar malam tu ke? TAK. Trust me lady, kita MAHAL. eheee.

Jadi.. jangan jadi seorang pun bakal AHLI NERAKA-to-be jika anda semua dilahirkan Islam. Hargailah sebab ramai yang tak dapat hidayah untuk masuk Islam. Jangan mengabaikan tanggungjawab kita ye muslimah solehah. Sebab ramai yang duduk kat dalam neraka itu orang yang ingkar, tak tutup aurat, sedangkan mereka Islam, dah memang ada tiket ke Syurga dah.. Tapi sayang seribu kali sayang.. Terdedah sana-terdedah sini. hem. harap kita bukan salah sorangnye yee.

Jadilah seperti pepohon epal yang terletak tinggi di atas pokok. Sebab orang yang berani je mampu nak capai buah kat atas tu. Mereka tak takut jatuh. Ye lah, berbeza sungguh dengan buah epal yang terletak di bawak dahan pokok. Senang nak capai, walaupun sedap. Tapi tu lah, semut dan serangga beracun pun datang hinggap. Jadi apa specialnya pemilik yang bakal petik buah epal rendah tu? mungkin ada *fikir* tapi tak semanis yang di atas. Terpelihara dengan baik oleh pokok itu. Sama la macam kita, wanita yang mahal ni tentu lelaki yang JUTAWAN je sanggup beli. Paham dak? 

Cenni equation kimia dia. 

Wanita Baik = Lelaki Baik


Dan begitulah sebaliknya. Mahalkan dirimu. Jangan melembutkan suara anda di hadapan ajnabi (lelaki) , jangan lenggokkan dirimu bila di depan mereka, dan akhirnya jangan ketawa manja bila depan mereka.. sebab bila hang dengan kawan-kawan hang gelak tak ayu pun.. kalah langsuir ada la, langsuir pun takut bila hang gelak, istighfar. Jangan tau buat semua tu? JANGAN! Haa, mai sini nak habaq, lelaki ni kan. Perangai depa ni pelik sikit. Nafsu terbesar mereka "WANITA". Aku rasa korang pun tak terkejut, aku je buat teruk. Sokay men. Hah bagi yang tak tahu tu.. nak tahu tak asal akak cakap macam tu? *yelah, budak2 je tak fhm mende alah ni, ahaks* Hah, banyak kes rogol menimpa tahu.. Dahla rogol, bunuh pulak. Banyak. yang lagi takleh belah ramai wanita Malaysia ni melahirkan anak luar nikah? pahtu dahla perempuan jadi mangsa, taktau nak buat apa sbb lelaki itu taknak tanggungjawab, kwanghaja betul.. pahtu dibunuh pulak anak yang tak berdosa itu. Sebab tu kaum kita banyak kat neraka berbanding syurga. Istighfar. *hek enaa akak ni, poyo gila, kitaorang kapel je pun, tak hingin pun nak buat menda haram tu, kite pun tahu dosa dan pahala la kak* Kureng betul eh korang? -..- menjawab. cubit kang >< KAPEL tu dapat pahala ke adik2, kawan2, akak2? Boleh masuk syurga tanpa hisab ke? Dah yakin kita tak akan enter ke dalam neraka Jahannam ke? Dah yakin dah harapan mak ayah yang susah payah lahiaq*lahir* kat hang tu tertunai yang duk ngada ngan anak teruna orang? Sarcastic tak? eheh, saja nak bagi hampa membara. Tapi rilek la, Allah tu Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. Selagi mana kita berdoa, kita mintak sesuatu.. selagi tu DIA sayang sangat kat kita. but still we do not realize it right? Jangan tunggu Abang Izrail datang baru kita nak kelam kabut. Nyesal tak berlagu hang nanti.. Ubah cepat ;)

Umar Al-Khattab RA berkata; "Aku lebih takut 

berjalan di belakang seorang wanita daripada 

berjalan di belakang harimau"


Nampak tak? Pemimpin besar khulafa' Al-Rasyidin pun takut nak jalan belakang perempuan. Sebab fitnah terbesar bagi lelaki ape? PEREMPUAN YE. kite. *Auch


So cemana ni admin? Gua dah terjatuh cinta dengan abang koop yang selalu ngorat gua bila gua nak beli lolipop setiap kali waktu rehat. Dah la kacak bergaya dia memang tahap nak meletop nak mampuhs la gua cakap sama lu. 


Alaa rilek la adik, hiraukan dia. kalau boleh hirau kan diorang tu. Awak muda lagi. Tak layak fikir menda yang melibatkan hati. Sebab yang selayaknya kita letak dekat hati kita tu Tuhan yang cipta kita dan kekasih-Nya, Rasulullah. Hati ni sensitif sikit. Sekali terluka, susah nak rawat tau. Sebelum parah baik hindar. Alaah macam ayat BM tu, mencegah lebih baik dari merawat kan? ehee. MAHALKAN DIRIMU dear GUA SIPUT SEDUT. *betul x name awak, :p*


"Alah bukan apa bang. Saya ni nak pastikan yang kami berdua ni 'terjaga.' Saling mengingatkan. Apa tu orang kata..? Kapel Islamik..? Haaa.. Gitu bah"



Dalam Islam tiada konsep kapel Islamik. Jika ada, para 

sahabat, salafus soleh, tabi' tabi'en yang lebih faham dan 

hidup dengan al-Quran dan al-Hadith itu, pastinya telah 

berkapel terlebih dahulu. Tapi tak pernah pula dengar Saad 

bin Abi Waqas berkapel sebelum kahwin atau Imam Hassan 

Basri pergi bertemu janji di tepi Sungai Furat bersama bakal 

isterinya. Kan.. (Inche gabbana)

Contohilah Raabiatul Adawiyah, seratus peratus ditumpukan hanya untuk Allah. Sampai dia tolak lamaran orang terhebat datang meminang dia hanya sebab tak nak bahagikan cinta kepada yang Esa dengan yang lain. Dia bertahajud, dia bertafakul dan dia beribadah dua puluh empat jam. Hanya kerana Allah. Wali Allah tu.. eheh. Last skali dekat mana dia skrg? Syurga Firdausi kot beb. Syurga tertinggi. Hanya orang yang syahid dan para anbia' ja boleh enter dalam syurga tu. Allahu. Kita taknak ke?

"Alah hang ni, agak-agak la sampai tak mau kawen.. aku nak kawen! *menjerit!* physcho gila admin ni."

Dah takyah nak kutuk aku sangat. Memang lah semua org nak kawen walaupun admin yang brutal ni pun nak kawen tahu tak? eheh tapi tulah, calon still tak ada. Jual mahal sgt eh admin ni. eheh. Buat masa sekarang apa kata kita contohi Raabiatul Adawiyah? Kita muda lagi kan? ingat tak jodoh yang baik untuk jodoh yang baik? Bila kita rapat ngan Allah ni.. Allah akan pilih satu dalam seribu orang YANG SOLEH untuk dijadikan tahkta hati utama kita untuk pimpin kita ke Syurga bersama-sama berjumpa dengan-Nya nanti. How sweet bhai *merenung masa depan*. Tak syok lagi ka bhai? hang nak kawen muda tu kawen ja lah. Tapi pastikan amalan hang tu cukup. Takyah la sbb baca novel semua menda hang rasa indah bila kawen ni. Kang kawen dengan orang yang penagih dadah atau peminum arak ka? hang tentu duk pikiaq happy ending dia *kita akan bersatu teguh bercerai pun tak kan sekali sebab tu tak roboh* dalam novel nampak gampang la.. tapi realiti sebenar, mampu ka nak ubah dia?  *nauzubillah* aku bukan nak kata. tapi ya lah. mencegah la. Jodoh hang satu masa nanti mencerminkan maruah diri hang sekarang. So, lebih baik menjadi dahulu daripada sebuk mencari your jodoh tu. Em, yee lah, menjadi mahal dahulu daripada sebuk mencari yang jutawan. Sebab bila hang MAHAL, of coarse and for sure yang JUTAWAN ja mampu beli en? Tapi jutawan yang beriman la.. bukan yang makan duit orang. Eheh, ada sapa terasa tak? *tula lain kali jangan jadi kaya atas titik peluh orang lain* Ya Allah admin ni, sempat-menyempat je kau ni kan? eheks.

"Rabiatul Adawiyah tu wali Allah kot, dia baik mana ada dosa banyak macam aku dan hang admin woi, kita manusia biasa ja"

Ye, ye betul tu. Tapi kalau nak jadi baik tentulah kita nak ikut cara orang yang baik ubah diri dia menjadi baik dan buat Allah sayang sangat kat dia berbanding manusia lain. Tentu kita nak contohi dia bukan? Cuba kau fikir, aku nak ubah diri aku jadi orang yang baik dan di redhai Allah, then aku cuba bandingkan diri aku dengan pelacur.. tentu aku akan kata yang aku ni dah baik betul dari dia? Ye lah kalau nak dibandingkan aku ngan dia, aku lagi baik hape. *lagak macam berlakon la* Hah tu lagila salah konsep. Mohon perbetulkan. Okeh maaflah aku tak boleh nak tapis sebab aku nak korang sedar hakikat sebenar. Mungkin admin korang yang lagi sorang agak sopan orangnya. Dan mungkin admin seterusnya.. *sape nak inform, kita boley decide maa* Tapi aku tak, okeyy. Dalam penulisan aku semua ranggi-brutal baru maco. Dah decide awal-awal lagi kontrak aku kat internet ni brutal so aku takleh langgar projek lah beb. Okey aku perempuan. Dah husnudzon je lah. Aku ni kat internet ja buat rancak. Kat luar malu gedabak. eheh. *puji lagi tu* teruk betul.


Cover your awrah. Hijab is not puzzle okey. Kejap buka kejap tutup. Jangan main2. Tutup aurat ni wajib. Tutuplah. Kalau kau ni memang yang jenis tak reti pakai tudung.. free hair je. Jangan risau, try pakai anak tudung je dulu bila keluar rumah? Bonet? tahu dak yang anak tudung kita pakai sebelum nak pakai tudung skolah tu? Nak lagi kreatif, buh la corak sikit bentuk love ka? nampak la sinar dia siket >.< Pakai la bila keluar pegi jalan2.. mula dari bawah, dah kau tak pernah langsung rasa pakai tudung cemana kan? sokayy. Allah sayang orang nak berubah ni. Sayang sangat-sangat >< Ada masa lagi. Unless lepas hg baca ni ajal hang datang :o sendiri tanggung. Btw, jangan terus pakai purdah. Takut hangat-hangat tahi ayam tambah tahi cirit kambing sikit2 je. At least, okey la sikit dari kau memang open bagi ajnabi nampak. Syokka tayang kat depa? Faedahnya apa? kau tak dapat apa? dosa ja yg dapat. Mungkin lelaki akan tergoda kat kau. But yeah, sementara ja. Macam epal rendah tu? just nampak ja lawa tapi beracun, then epal tu terus di lempiaq *lempar* ja last last. Habis apa yang kau dapat sepanjang proses nak jadi dari benih ke buah epal tu? Makan masa kan? Tapi hasilnya? Takda.. sia-sia jugak akhirnya. Takpe, anda lagi cantik bila cover awrah neh. Mahal tahu dak? jyeahhh. Jom, kita buat reunion kat Syurga Firdaussi dengan akak Rabiatul Adawiyah dan para syuhada yang lain kat sana nanti? amacam? Aku bet ni? eheh. Okeylah. nanti kita jumpa lagi. Aku sayang hampa semua sebab tu aku nak hampa semua berubah. Dan yeah, KITA sama-sama berubah menuju syahid diredhai-Nya ;) 

Adios prapigos madasagos amigos.


Admin : Biohazard's girl.

No comments:

Post a Comment