Friday 28 March 2014

Zauj/Zaujah



Zauj- Suami
Zaujah-Isteri

Fenomena yang saya nampak semenjak kebelakangan ini, term zauj dan zaujah sering kali menjadi topik utama masyarakat 'remaja' islamik zaman techno kini. Takleh nak dinafikan lah en. 

Ya. Bagi saya baguslah bila ramai yang nak mendirikan rumah tangga di usia yang muda. Saya sangat setuju malah sangat sokong orang yang mahu mematikan zaman bujang mereka yg penuh dgn lagho dan fantasi dunia ni. 

Istilah 'tetapi' kalau takda dalam sesuatu keadaan macam tak cukup rempah ratus la pulak dalam sesuatu rasa kan? Sebab setiap perkara ada cons dan pro dia. Kena faham molekla nuh? eheh.

Back.

'Tapi', saya kurang setuju pabila ramai yang menggunakan term 'bakalzauj' dan 'bakalzaujah' hanya semata-mata mahu menghalalkan ikhtilat yang diorang bina. 

Sebagai contoh, buat sweetsweetmanja dgn bakal 'lakibini', On the phone, bergurau senda ala-ala manja. Pokoknya, mcm 50% benda alam rumah tangga yang dah pun diorang realisasikan. Padahal akad nikah pun belum. Bakal je baru. Aiseh.

Buat saya ketawa aje kekadang. Sebab lucu. Serious.

Bermanja dengan yang bukan halal, konon sweetla dipandangan mata masyarakat retro ni en? Saja saya nak tanya, agak-agak Allah lihat dan judge orang sebegini sebagai term 'sweetnakmampos' ke tak eh?  *sinis*

Saya rasa orang yang kapel lebih tidak 'HIPOKRIT' banding org yang sep-sep alim ni. Berbakal-bakal zauj/zaujah bagai. Padahal sama je dengan org yg kapel. Cuma orang sep-sep alim ni menggunakan term term agama supaya perkara yg mendatangkan dosa kering tu takdelah kelihatan dipandangan masyarakat kan? Cuba fikir. 

Sungguh. Saya tak conderm, cuma kurang respek. 

Jadi..

Cepat-cepatlah istighfar. 

Terasa sekarang tidak mengapa. Jangan terasa nanti. Time Malaikat Izrail nak jemput awak jumpa Dia nanti. Ingat tu :)

Bekalan apa yang kita dah sedia ada eh? Cukup tak kredit nak pergi syurga? Allahu. Nangis. 

Eh, awak. Haah awak. Janganlah marah saya.

Mana ada orang tegur saudaranya sebab dia benci. Of coarselah sebab dia sayang. Dia CARE. Jadi, jangan bash yang bukan-bukan. Saya tak cakap awak yang baca ni perlu gebang apa yang awak dah lakukan dengan 'bakalzauj/zaujah' awk. Saya cuma nak awak sedar. Sedar dari dosa yang awak dan si dia karang tapi tak sedar dosa tu terukir dengan 'indah' ke neraka Jahannam, bukan ke Syurga Firdausi milik bakal-bakal syahid.

Wah bahasa. 

Ok. Sudah. Apa lagi yang nak komplen?

'Kitaorang mmg belum bertunang macam adat, tapi dalam konteks agama kitaorang seolah-olah disahkan bertunang sebab dia bersetuju memperisterikan saya. Betul lah dia bakal zauj saya.'

'so that nampak takde lah mcm buat dosa sangat kan sebab weols taklame lagi nak kawen. Kalau ada jodoh, sambung dalam hati'

Ya. tetapi sedar tak yang matlamat kita tu kadang kadang tak menghalalkan cara. 

Ingat satu perkara, JODOH itu suci. Jadi jangan kotorkannya. Jaga selagi korang tak menghalalkan cinta tu. Jaga. Jihad dengan nafsu cinta 'serakah' tu -.-

Ada yang lebih rare kononnya. 

Gebang habis kat laman maya. 

Uplod gamba dengan si dia then letak caption

'Ana dengan bakal zauj'

Then. ada yang letak status.

'Aku dengan tunang nak keluar jap. Nak bercoolblog' 

'TUNANG aku merajuk doh sebab aku rembat cokicoki dia'

Padahal yg duk hapdet tu sekolah pun tak habis lagi. Acano tu? Logik tak orang sebegini dikatakan sudah bertunang?

Padahal kapel.  

Suka sangat buat main dengan istilah istilah agama ni. 

'Takper, cuba husnudzhon.'

Ok. bercakap soal berprasangka baik/ berhusnuzon ni pulak. Saya tak kesah langsung apa pandangan orang islam kat manusia yang tak menghalalkan cara ini. Jujur tak kesah, samada diorg nk pandang sleck atau pandang mulia, lain manusia lain pandangan. dosa pahala sendiri tanggung. heh. 

Yang saya kesah, apa pandangan orang bukan ISLAM terhadap masyarakat kita yakni masyarakat ISLAM. Tentu diorang akan memandang Islam tu sama ja macam agama lain yang tak ambil kisah sgt soal ikhtilat melampau ni. Dengan bertunang je boleh buat macam-macam. Takyah kawen pun takpe. Lebih baik bertunang je.  Islam ni mudah je rupanya. Kata diorang. -.-

See? Korang dah merosakkan nama Islam di seantero dunia bro. Apa kejadahnya semua ni? Hm. 

Kerana nila setitik habis rosak sekawah belanga campur periuk. Adilkah begini?

Kalau nak buat dosa, jangan libatkan agama. Agama ialah benda yang membentuk kita jadi lebih sempurna, syumul. Kenapa kita nak libatkan agama bila kita buat dosa? Nak salahkan agama Islam kita kenapa? Adilkah?

Kalau desperate sangat nak buat dosa sangat-sangat ni wa cakap sama lu, jangan tayang kat laman sosial. Buat dosa senyap2. Sebab anda buat sweet tu, orang yg baca yg kutuk, puji semua terlibat dalam kancah saham dosa yg anda dan bakal jenazah *eh* bakal zaujah/zauj bina macam istana chenta selama ni. 

Adilkah? 

Hm. kadang.

Strangers lebih tahu apa yang kita buat, berbanding mak ayah kita tahu. Yelah, semua nak hupdate kat fb. ZAMAN TECNO kononnya.

Istighfarlah. 

Akhir kallam, dear muslimah. Ketahuilah


JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU

Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu

Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu

Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu

Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )


Kita kena ingat

CINTA bukan pada ‘bakal zauj/zaujah

CINTA juga bukan pada ‘I love you'

CINTA tak terletak pada ‘I miss you’

Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?

Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata

Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan

Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH

Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)

JOM MENGISLAHKAN DIRI

Ketahuilah, saya juga hamba yang penuh dosa. Salah dan silap harap diampun. 

Admin : BG



No comments:

Post a Comment