Friday 7 February 2014

Bukan Kerana Jodoh.


Straight. 

Syurga itu MAAAHAAAL. Seriously, so aku kena korbankan semua nafsu tidur, nafsu cintakan dunia, nafsu bosan dan nafsu serakah *eh* hanyalah kerana Allah. Demi Alllah Azza Wajalla. Jadi nak tak nak, aku mesti korbankan semua ni. SERENTAK! Tapi the major yang patut aku lakukan dahulu ialah..

JAGA HATI, BUKAN KERANA JODOH.

Ahah, benar sekali. Kalau nak dapat cinta ALLAH yang hakiki, aku patut menjaga hati aku hanya kerana Dia, Yang Maha Hebat. Bukan sebab nak jaga hati untuk jodoh yang 'blablabla' tu. Aku dah malas dah fk fasal jodoh buat 'MASA SEKARANG' ni, sebab bagi aku, belum tiba masanya lagi. Jauuuh lagi perjalanan. Banyak lagi priority yang patut aku selesaikan okey? ;)

Jadi. Hati aku yang comel ni, aku nak bagi kat Dia, Yang Maha Sempurna yang pegang dan pelihara. Sebab apa? Sebab Dia yang ciptakan aku, jadi Dia lebih tahu yang mana yang 'THOBAEK' buat aku. Serahkan je kat Allah ya wahai diriku sayang. Nak syurga kan? *KenyitanMataPalingMenggoda*


Ikhlaskan hati. Kuatkan hati. Allah Allah Allah. Hati ini milik-Mu, jagakan ia sebaiknya kerana jika aku yang menjaganya, kerap aku campakkan ia di tempat yang tak sepatutnya.

Benar. Tepat sekali. Kadang kita tak pernah nak sedar doh. Asyik hati je yang jadi mangsa. Selalu nak letak 'ia' di tempat yang tidak sepatutnya. Ye lah, kita biarkan hati kita lalai dengan dunia. BIARKAN hati kita dipenuhkan dengan hiburan yang bagi kita penawar duka. DAN TAK LUPA, kita biarkan hati kita untuk menchentai si dia yang juga bergelar HAMBA. Buat apa? 

Seriously, Aku nak jujor ni. Aku telah bertindak terlalu kejam ke atas hati aku sendiri. Walhal aku jugak ada kuasa veto petala kelapan ke atas diriku bukan? Kenapa masih lagi aku tak dapat nak kawal? Hey diri, kalau diri kau sendiri kau tak leh nak kawal dengan daebak. Acano kau nak kawal anak pinak, cucu caca kau nanti? HEH, JANGAN BERMIMPI di siang hari lah terhegeh-hegeh kat anak teruna pokcik saloman tu. Dia soleh, kau solehah ke? *eh*

Okey, 'pokcik saloman' cuma mangsa keadaan mungkin. Jangan pertikai okey? 

Back.



Jadi, nak tak nak. MATA HATI aku ni perlu dan wajib serahkah kepada PEMILIK kepada diri aku sendiri ni. Ye lah, aku ni cuma penumpang je. Penumpang ke atas diriku ni haa. Tapi bajet ada kuasa veto kononnya. Kanke diri kita ni hanya pinjaman, wahai manusia di luar sana sekalian alam? MILIK Kita ni sebenarnya 'roh' je. 'JASAD' tu yang milik Allah. Pinjaman je tahu. Ingat tu? Eheh. 


"Dear guys, Syurga itu MAHAL dan susah sebenarnya nak masuk ke situ tanpa hisab.. UNLESS kita serahkan hati kita buat Dia, Rabbul Izzati. Biar pemilik kepada Syurga itu sahaja yang pelihara peribadi kita. Semoga berjumpa di SANA." -NAZ


Apakah kau masih mengejar diriku.. Lalala. Eh? Jauhnya melamun, eheh. Sorry guys aku lepak dengar lagu endon mana ntah tadi. LOL

Back again.

Okey, bagi aku. Agak kesian kat diri aku ni sebab manjang futur je haa. Bukan aku je aku rasa. Enkorang pun tentu 2x5 kan? Eleh taknak mengaku pulak :P Yelah, ego kan nak ngaku-ngaku ni. Ehem. Tak perlu ego, just sedar diri tu dah cukup okey. SEDAR JE LAH YANG KITA NI MANUSIA YANG LEMAH. Perlukan bimbingan sendiri oleh PENCIPTA DIRI kita ni. Jadi nak buat apa? Santapan rohani lah weh. So aku just nak tanya. 

Berapa ramai yang belum baca Al-Kahfi lagi pada hari Jumaat yang begitu mulia ni? Angkat kaki sekarang. Berapa ramai yang tinggalkan AL-MULK setiap malam macam kita baca kat aserama dulu? dan berapa ramai yang tak pernah baca Yaasin sejak habisnya SPM dulu? Dan akhirnya, lepas je habis SPM ni sudah tentu kita yang lepasan SPM ni ada banyak gilos masa renggang kan? Tanam anggur terhormat bagai.. Nak tanya je lah, DAH KHATAM KE SURAT CINTA ALLAH TU? Yakni Al-Quran. Tentuuu daaaah kaaaan? *kenyitmata* 

Allahu, seriously bila aku tanya ja benda ni.. Aku sendiri yang sentap. Allahu. Sedih, mana tak futur kalau asyik biaq diri ni dengan helah-helah dunia cyber kat luar sana je ha? Mana tak futur kalau dengan quran pun tak rapat. Pahtu yakin dapat mati syahid sangat ke? Hem. Sendiri fikir. 



Ish. Mimpi nak masuk syurga. Berangan-angan nak jadi salah sorang para syuhada. Tapi? Hakikat sebenar? apa yang aku dah buat untuk ISLAM sekarang ni? Alllaaaaah! Patutlah aku asyik futur jek >..< Sedih ahh cenni. Hufft. Sabo je lah. Takpe, PINTU TAUBAT MASIH LAGI TERBENTANG LUAS DIRI! berubah sekarang! NOW! Dot not comma! Jangan putus asa okey? Pasrah je kat Allah.


Kadangkala kita sering tersalah faham dalam membezakan antara putus asa dan pasrahIni kerana implementasinya hampir sama yang bermaksud berhenti atau menyerahkan apa saja yang bakal terjadi pada suratan takdir.
Disini terdapat perbezaan situasi antara pasrah dan putus asa.
Contohnya, doktor ingin melakukan pembedahan kepada seorang  mengidap kanser yang kritikal, namun ahli keluarganya menolak. Mereka menolak bukan kerana kesempitan wang , tetapi mereka sudah pasrah pada ketentuan Ilahi.
Akhirnya pesakit  itu meninggal.
Pada situasi lain pula, seorang doktor berunding dengan seorang pemuda yang ayahnya diserang strok, meskipun keadaan ayahnya sudah kritikal, namun si anak tetap berusaha mengubati ayahnya walau berapa sahaja kosnya, sembuh atau tidak dia pasrah pada Ilahi.
Seperti yang pertama, Pesakit ini juga meninggal.
Dari dua situasi diatas,  soal kesembuhan keluarga ini sudah pasrah kepada Allah SWT, dan akhirnya mereka kehilangan orang tersayang  untuk selamanya.
Tetapi ada perbezaan diantara dua situasi diatas.
Bezanya terletak pada usaha yang maksimum. Ikhtiar yang bersungguh – sungguh sebagai memenuhi sunah kauniyah yang digariskan olehNYA.
Oleh itu usahalah yang akan menjadi penentu, mana yang layak disebut pasrah  dan yang mana yang disebut putus asa.
Sebelum ikhtiar yang maksimum, semestinya kita menutup serapat – rapatnya kata pasrah.
Mari kita renungkan firmanNYA  :”Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya (Surah Al-Kahfi,ayat 110)

Beza Putus Asa Dan Pasrah

Barang siapa yang ingin tercapai hasrat yang mulia, maka beramallah, bergeraklah dan melangkahlah.
Kesalahfahaman dalam membezakan dan menentukan kedua – duanya akan membuat seseorang itu menyerah kemudian menamakannya sebagai pasrah.
Sebenarnya dia masih mampu berlari tetapi memilih berhenti, masih mampu berenang ke tepi tetapi berdiam diri akhirnya tenggelam.
Padahal hidup adalah perjuangan, kerana senario hidup adalah ujian bagi manusia. Ingat tu? 

Sebagaimana firmanNYA :”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu;siapakah diantara kamu yang terbaik amalannya,dan ia maha kuasa(membalas amal kamu),lagi maha pengampun (Surah Al-Mulk ayat 2).

Berjuanglah, demi meraih syurga. Kerana hanya di SYURGA kita dapat BERTEMU DENGANNYA, Allah Azza Wajalla. Insieme-syahid. :)

Admin : BG



2 comments:

  1. usaha + ikhtiar = tawakkal
    0 usaha + 0 ikhtiar = pasrah..
    pasrah ni sama dengan putus asa... menyerahkan bulat bulat tanpa rasa nak berusaha + ikhtiar.
    cuma orang kita ni tak tau beza pasrah, putus asa dengan tawakkal
    -Dr Robiah K. Hamzah

    Jikalau saya salah, dengan rendah hati saya memohon maaf :)

    ReplyDelete