Monday 10 February 2014

Bingkisan Rindu

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu 
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu 
Kau takkan kulupa

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

**********

This song is special dedicated to all my friends..
Betapa Allah sahaja yang tahu bahawa aku rinduuu sangaaat kat korang :')
Kata orang, andai kita rindu kat seseorang tu sedekahlah al-Fatihah buat mereka.

Al-Fatihah buat sahabat-sahabat sekalian :')

Allahu rabbi.

Tears.

Rindu dan sayang korang ketat-ketat <3


Assalamu'alaikum

P/s: kalau nak dengar full version lagu ni, search kat youtube ye.. Aasif.. nggak bisa kasi link kerna masalah teknikal.

Salam sayang selalu,
Emvi


No comments:

Post a Comment