Saturday 15 February 2014

Random.



Earphone disumbat ke telinga. Volume mp3 dipasang ke maksima yang mungkin. Mata mengadah ke langit.

'This life ain't easy.' desis hati.

'Hidup ni kena banyak syukur dan sabar. Mana boleh mengeluh. Sangka baik dengan Allah.' 

Ayat yang sama. Ayat yang selalu diguna untuk memujuk hati. Ayat yang selalu disebut bila rasa nak down. Ayat yang selalu disimpan kemas dalam hati supaya air mata takkan mengalir.

Pegang dada, baca surah Al-Insyirah. And yet, air mata tetap mengalir. Allah, kenapa lemah sangat ni?

Kalau tengah sedih, memang lah tangan ni akan cepat ja nak capai lappy tengok runningman. The only reason is supaya boleh gelak pepuas and lupakan masalah. 

Selalu jugak hati membentak salahkan diri.

"Kenapa tak capai Al-Quran?"

"Kenapa tak mengadu kat Allah?"

"Kenapa mesti biarkan futur dihiasi dengan lagha?"

Pffft. Kejar syahid konon. Dengan futur pun boleh kalah. 


Tunduk pandang kaki.

Sampai bila nak layan sedih macam ni? Get a move lah weh! Ahh beban dekat hati yang kadang-kadang taktahu nak luah dekat siapa. Cuma ada Dia. Allah yang Maha Memahami.

Capai phone. Bukak mato punya blog. Entry baru.

'Usrah terakhir'
...........

Ramai lagi yang diuji. Ramai lagi terseksa jiwa. Bukan kita sorang. Bukan kita ja yang paling derita dalam dunia.

Tak.

Nak buang rasa derita perit sakit, penawarnya cuma sabar dan syukur. Tengok kehidupan orang lain yang lebih melarat hidup dia. Kita mungkin cuma terseksa sedikit. Tengok penderitaan orang lain. 

Orang yang mungkin nak makan sebutir nasi setiap hari pun susah.

Orang yang terpaksa berhenti belajar sebab tak berkemampuan.

Orang yang hidup dalam negara yang bergolak.

Orang yang merempat tepi jalan sebab tiada tempat berteduh.

Orang yang hidup cuma sebatang kara.

Orang yang tak mampu nak rasa ada kesenangan.

Orang yang derita menghidapi penyakit.

Orang yang hidupnya tidak pernah melihat ibu dan ayah.

Orang yang tak pernah dengar pun tentang dunia cyber.

Orang yang hidupnya tak tentu arah.

Orang yang terpaksa mengemis hanya kerana ingin mengisi perut yang kosong. 

Bersyukurlah

Hidup satu ujian. Tempuh lah dengan hebat lagi bergaya! Kalaupun rebah berkali kali, bangunlah juga dengan gigih. This beautiful worldly life has an end. Keep strong!
...........

Mato, syafakallah.

'Ada orang yang lagi menderita. Perit kau apa lah sangat', desis hati.

'Kuatlah hati. Banyak lagi yang nak hadapi." pujuk hati.

Masuk rumah. Capai tafsir Al-Quran. Tangan menyelak surah Nuh. 

Cukuplah ayat cinta Dia menjadi penawar. 

Senyum


 Admin : Chadamantium

No comments:

Post a Comment