Sunday 9 March 2014

'Bahagia' apa yang kau cari?



Assalamualaikum.

Pernah tak terfikir apa makna sebenar 'bahagia'?

Dan pernah tak terdetik dekat hati yang betul ke 'perkara' tu membahagiakan kita?

'Bahagia' ni ke yang aku cari selama ni atau cuma satu kebahagiaan buat nafsu? 

'Bahagia' apa sebenarnya yang kita cari?

Ehem.

 Bagi aku, definisi 'bahagia' tu berbeza dari setiap 'kacamata' orang.

Bagi seorang businessman, mungkin 'bahagia' baginya adalah apabila mendapat projek jutaan ringgit.

Bagi seorang artis, mungkin 'bahagia' baginya adalah apabila dinobatkan sebagai pelakon terkenal.

Bagi seorang pelajar, mungkin 'bahagia' baginya adalah apabila mendapat result yang gempak.

Bagi seorang peniaga, mungkin 'bahagia' baginya adalah apabila jualannya mendapat keuntungan.

Dan bagi sesetengah orang, jika tak couple tu umpama hidup tak 'bahagia'. 

Dan ada yang menyangka hidupnya 'bahagia' apabila mempunyai follower atau peminat yang ramai.

Dan ada yang beranggapan bahawa hidupnya sudah cukup 'bahagia' jika dia memperoleh kemewahan dunia dan pangkat.

Nahhh semua orang ada pandangan tersendiri tentang 'bahagia' yang mereka inginkan dalam hidup.

Tapi betul ke yang kita memang 'bahagia' dengan semua tu?

Adakah benar kita mendapat ketenangan daripada setiap 'kebahagiaan' tu?

Atau cuma 'bahagia' yang seketika dan lenyap setelah itu?

Tanya hati. Pertimbangkan dengan akal.

Pernah tak terdetik dekat hati nak cari 'kebahagiaan' sebenar?

'Kebahagiaan' yang buat kita rasa sentiasa tenang. 'Kebahagiaan' yang mampu isi kekosongan dalam hati mungkin?



Bagi aku, 'kebahagiaan' yang betul-betul membawa makna bahagia ialah apabila kita menyerahkan seluruh kehidupan pada Dia.

Bukan menyerahkan semua nasib ditentukan Allah semata-mata tanpa berusaha.

Tak. Bukan. Nehi.

Menyerahkan segalanya pada Dia yang aku maksudkan ialah bila kita letak pengharapan cuma pada Dia.

Perasan atau tak, harapan daripada Dia yang buat kita terus kuat untuk melangkah.

Tanpa kasih sayang Dia, kita lemah.

'Kebahagiaan' sebenar ialah apabila kita betul-betul meletakkan Dia yang pertama dalam hati.

Hatta bila gembira, Dia yang pertama kita ingat.

Apatah lagi apabila sedih, hanya Dia tempat mengadu nasib.

Apabila ditimpa kesusahan, hati tetap bersangka baik dan sabar.

Apabila diberi apa jua nikmat atau musibah, diri tetap bersyukur.

Indah bukan?

Bukan mudah untuk letak Dia pada tempat yang pertama dalam hati.

Semua orang boleh rancak cakap "dalam hati aku, Allah yang teratas". Tapi yang sebetulnya? Hanya diri sendiri yang boleh jawab.

Kita sering tersasar. Tapi Allah tak pernah berhenti untuk menyayangi kita.

Buktinya?

Walaupun kita melakukan maksiat, kita masih mampu makan dan minum.

Walaupun kita sentiasa membelakangkan Allah, tapi Dia tak pernah jemu untuk memberi pengampunan kepada kita. 

Baikkan Allah?

Allah sentiasa memberi harapan kepada kita. Harapan untuk terus melangkah. Harapan yang kita masih punya ruang untuk berubah. Harapan yang buat kita masih mampu untuk terus hidup.

Mari kita menjadi hamba yang sebetulnya. Biarpun kita seorang pelajar, businessman, peniaga atau sesiapa jua, letakkan Dia yang tertinggi. 

Ayuh sahabat!



Sedarlah.

Kita hidup bukan untuk memikirkan tentang soal jodoh semata-mata.

Kita hidup untuk melaksanakan amanat dari Dia. Tanggungjawab sebagai seorang hamba dan khalifah.

Tak perlu runsing cari jodoh sehingga menjatuhkan maruah diri sendiri.

Tak perlu kalut bergaduh dengan sahabat semata-mata berebutkan seorang lelaki

Tak salah mencari jodoh. Tapi yang salahnya bila kita letakkan matlamat jodoh sebagai agenda utama dalam hidup.

Bila sampai waktu yang sesuai, Allah akan hadirkan jodoh yang sesuai untuk kita.

Tak perlu tergesa-gesa.

Jodoh itu rezeki. Mati itu pasti.

Cari redha Allah bukan redha manusia.

Cari 'kebahagiaan' yang sebenar.

Jom?

............

Oh sebelum tu. Tentang MH370.

Aku mohon berhenti lah buat lawak hambar dan mencetuskan spekulasi. Hormati keluarga mangsa dan mohon tingkatkan perasaan berperikemanusiaan kalian.

Jika tiada perkataan baik yang hendak dikatakan, lebih baik berdiam diri dan doa. Sekarang bukan masa untuk menuding jari dekat memana pihak. 

Doakan yang terbaik untuk keselamatan mereka dan doakan supaya keluarga mangsa diberikan ketabahan.

Teruskan berdoa dan doa. Jangan putus harapan. 

Allah tak menjadikan sesuatu perkara tu sia-sia. Ada hikmah disebalik semua ni. Allah Maha Mengetahui.

Ada perkara yang Allah mahu kita ambil pengajaran dan peringatan.

Allah ada. Dia pasti mendengar doa kita. Allah tak akan menjadikan sesuatu perkara tanpa sebab. Yakin dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya.

Jangan hanya menjadi keyboard warrior dan kencang di laman sosial. Tapi bentangkanlah sejadah dan pohon pertolongan daripada Allah.

InsyaAllah. Tiada yang mustahil bagi Dia. Allah itu Maha Berkuasa.
 
  Sincerely, Chadamantium.

No comments:

Post a Comment