Wednesday 9 April 2014

NOTA CINTA


Assalamualaikum to all silent readers  :)
Pertama sekali aku yang marhaen ni ingin meminta maaf atas sedikit kesilapan info dalam entri yang lepas.
Ingat lagi tak entri BRO KAHFI?
Ha! Kat entri tulah..
Kalau tak ingat, meh jenguk kat sini sat:

http://insieme-syahid.blogspot.com/2014/02/bro-kahfi.html


**********

Al-kisahnya begini...
Kan kat dalam entri tu dah dibahagikan kepada 4 cerita.
So, please take note kat cerita yang ketiga yakni ayat 60 hingga ayat 82 yang mengisahkan tentang Nabi Musa serta Nabi Khidir.
Kat dalam entri tu aku ceritakan tentang pertemuan Nabi Musa dan Nabi Khidir dari permulaan cerita kan?
Di sinilah kekhilafan tersebut berlaku.
Aasif to all readers :'(

Ceritanya bermula begini...
Ketika Nabi Musa a.s. sedang memberi khutbah, bertanya  seseorang kepadanya:
"Siapakah manusia yang paling pintar?"
Maka jawab Nabi Musa a.s:
"Akulah!"
Jawapan Nabi Musa itu menyebabkan Allah menegurnya kerana tidak mengembalikan ilmu itu kepada Pemiliknya.
Lalu, Allah mewahyukan Nabi Musa untuk bertemu dengan Nabi Khidir yang mempunyai ilmu lebih daripada Nabi Musa sendiri. Allah mewahyukan bahawa lokasi untuk bertemu dengan Nabi Khidir terdapat di tempat pertemuan dua laut. Nabi Musa a.s. perlu menangkap seekor ikan lalu diletakkan di dalam bakul yang diperbuat daripada daun kurma. Apabila ikan itu hilang, maka kat situlah tempat pertemuan mereka.

Kemudian Nabi Musa pun menangkap seekor ikan dan meletakkannya di dalam bakul. Maka bermulalah pelayaran Nabi Musa bersama pembantunya; Yusya' bin Nun.
 Kat sinilah berlakunya kekhilafan sebab untuk entri BRO KAHFI, aku cakap Nabi Musa pergi dengan Nabi Khidir kan? Tetapi sebenarnya Nabi Musa pergi dengan pembantunya dalam misi mencari Nabi Khidir. Ha! Macam tulah.. Minta maaf ye..
Setelah beberapa ketika, mereka pun berhenti rehat. Nabi Musa pun tertidur. Ketika Nabi Musa tidur itulah ikan yang terdapat kat dalam bakul tu melompat keluar. Kemudian mereka pun meneruskan perjalanan lalu berhenti rehat sekali lagi. Nabi Musa pun menyuruh pembantunya itu membawa ikan tadi kepadanya untuk dimakan.
Namun, pembantunya itu memberitahu bahawa ikan tersebut telah melompat semula ke dalam laut dan pembantunya itu terlupa untuk memberitahu akan hal tersebut kepada Nabi Musa kerana syaitan yang telah menyebabkan dia lupa. Nabi Musa pun mengarahkan supaya mereka berpatah balik ke tempat tadi dan di situlah Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir.
Subhanallah.. Sesungguhnya Allah itu maha benar.

**********

Baiklah,sampai di sini sahaja yang nak dibetulkan sebab the remaining story sama je dengan kat entri BRO KAHFI tu. ^^V 

One more thing yang buat aku salute kat Nabi Khidir ialah sebelum Nabi Khidir membocorkan sebuah perahu.
Nak tahu tak apa dia?
Meh sini nak cerita...
Masa dalam perahu tu, Nabi Khidir ternampak seekor burung yang sedang bertenggek kat atas perahu tu. Lalu burung tersebut mencelupkan paruhnya ke dalam air sebanyak dua kali. Nabi Khidir berkata:
"Wahai Musa! Ilmu yang kita miliki takkan mengurangi ilmu Allah ibarat apa yang dihirup oleh burung tersebut".

Moral of le story:
Janganlah kita berbangga dengan ilmu yang kita miliki sekarang ni sebab ilmu kita yang seciput tu tak setanding pung dengan ilmu Allah yang sangat luas.

Wallahu'alam.

Adios amigos.
Admin: Miss Verde


No comments:

Post a Comment