Sunday 5 January 2014

Jihad.

Assalamualikum..

Heeyyaaa. Jom ke topic seterusnya jom? Haha. Okey serious. JIHAD. Maksudnya berjuang demi menegakkan Islam. *Bukan menegakkan menda yang basah okey* Yah! Tentu semua rasa jihad ni macam berperang macam game blackshot je en? Bukanlaah. Banyak. Antaranya, mempertahankan agama dan menuntut Ilmu pengetahuan semata-mata kerana Allah Azza Wajalla. 


Tapi kan? admin respek gila dengan seorang sahabat admin ni. Dia kerja part time kat sebuah pasaraya yang memang ya, besar gedabak. Lepas spm memang ini lah peluang nak communicate dengan orang. So kena keja lah. Baru ada pengalaman, baru ada sifat menghargai duit. Satu hari tu dia nak sembahyang.. Seakan-akan macam ni conversation dia dengan majikan dia. 

Majikannya: kalau i x bgi u solat,, u nak buat apa??

Sahabatku: boleh lah auntyyy,, sekejap jaa

Majikannya: Alaa boleh aa, pergi cepat cepat. Datang sini 

cepat customer banyak maa.


Allahu. Hampir menitis air mataku. Tabah yaa sahabat. Kerana anda sedang mempertahankan perkara wajib. Anda sedang berjihad. Semoga Syurga balasan buatmu. Allah sayang sangat orang yang mempertahankan agama-Nya ni. Yang lagi menyayatkan hati, ada jaa orang ISLAM yang berkerja disitu. Namun, mereka seakan-akan lupa akan perintah wajib yang lebih utama yakni SOLAT ;) Meskipun ku lihat dia seperti terkapai-kapai keseorangan, tapi jauh disudut hatiku.. Allah bersama-Nya. Semoga result SPM dia gempak. Ameeen ;)

 Pernah juga majikannya ni tanya soalan yang agak menyayat hati dan memang buat hati admin membara. Time ni pun time solat jugak. Huh, begini conversation diorang.

Majikannya : customer ramai pon nak gi solat ka?

Sahabatku : *Dalam hati aku rasa macam nak nangis ja bila 

jalan time pegi surau*






Takper sahabat. Seriously admin rasa apa yang dia rasa gituuh.Tapi kalaulah ditakdirkan admin ditempatnya. Admin dah quit dah keje tu. *Tengok? nampak ja brutal, tapi manja* Heh, peduli hape aku! Macamlah orang tough muscle-muscle tak pernah manja. *Tough lah sangat* Okeh dah -.-

Okey. Kat sini admin nak cakap. Pertahankanlah agama Allah, Islam! Meskipun menda tu kecik. Tapi besar di mata Allah sahabat. Itulah saham yang tak ternilai harga-Nya di akhirat. Aset penting tu. Mempertahankan yang benar, Mencegah yang mungkar. Yah! betul tu. Semoga Allah memberkati orang-orang yang berjihad. Sebenarnya, menyampaikan perkara yang berfaedah kat fesbuk, asefem, twider dan blog pun dikira jalan-jalan jihad. Kiranya, anda beruntung. InshaAllah, semoga ketemuk di Syurga yaa temen-temen xD 

Akhir kalam,
 Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan”. [HR Bukhari - Jilid 3, no. 1395]

Anyeong chinggu JANNAH! ^^


Admin : Biohazard's girl.


No comments:

Post a Comment