Saturday 4 January 2014

Jangan putus asa dear.


Dosa umpama penjara. Penjara bagi orang yang ingin melakukan kebaikan. 

" Kalau aku buat baik pun, takdanya Allah nak pandang. Dosa aku banyak. Aku ni ahli neraka"

"Ahh, aku ni jijik. Allah nak ke pandang aku? Allah terima ke taubat aku? Aku ada peluang ke?"

Sayang, siapa cakap Allah tak pandang? Kan Allah pernah berfirman dalam surah Az-zumar ayat ke- 53,

Katakanlah (wahai Muhammad) : "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"

Jangan putus asa. Bila kita rasa bersalah dengan dosa yang kita buat, maknanya masih ada iman di hati. Rasa itu bukti Allah masih sayang kita. Allah campakkan rasa bersalah tu supaya kita berubah. Berubah ke arah yang Dia lebih redhai. 

Seluas-luas pintu dalam Islam ialah pintu taubat. Walaupun dosa kita menggunung tinggi, walaupun dosa kita seluas lautan, jangan rasa putus asa. Raih pengampunan Dia sahabat. Peluk kembali cinta Dia. Bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh. 

Sujudlah kembali kepada Dia.

Menangis lah memohon keampunan.

Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

Kau mampu.

Bukankah kekuatan itu datangnya dari Allah?

Pinta kekuatan itu, Allah akan bantu hamba-Nya yang ingin berubah.

Yakin pada Allah.

Yakin pada diri.

Fitrah manusia. Takkan lari daripada melakukan kesilapan. Jatuh macam mana sekalipun, bangun! Bertaubat kembali. Jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Dan untuk kamu wahai manusia yang menghukum!

Berhentilah menghukum, tapi bangkitlah untuk memberi semangat kepada mereka yang ingin berubah.Kau bukan Tuhan untuk menghukum, kau tak layak pun untuk menghukum. Berhenti jadi penghalang kepada orang lain untuk berubah. Jangan menghalang orang nak capai syurga Allah. 

Mungkin kau lebih baik daripada mereka yang engkau gelar "pendosa" dan "ahli neraka",
Namun, sedarkah kau yang tak mustahil suatu hari nanti kau yang akan jadi ahli neraka kerana perbuatan kau yang menghina penghijrahan orang lain? Tak selamanya kau ada dekat atas. 

Kau kena pikir, yang environment kehidupan sekeliling dia mungkin berbeza dengan kau.

Kau mungkin dilahirkan dalam keluarga yang ada baiah Islamiah, tapi ada kau terpikir macam mana orang yang dilahirkan dalam keadaan ayah yang pemabuk, keluarga yang porak peranda?

Mungkin bagi kau

"Ala, mana boleh salahkan keadaan sekeliling, kau kena lah bermujahadah. Mana boleh macam tu"

Ya memang tak boleh salahkan sekeliling seratus peratus, tapi kau kena paham yang setiap orang ada jalan hidup yang tersendiri. Jadi orang yang memahami bukan menghakimi. Itulah peranan kau sebagai orang yang lebih hebat dalam hal agama untuk bimbing dia, bukan pandang hina.

Senang cerita, tengok video Matlutfi- Sebelah sayap. 

Kau senang cakap, sebab kau tak rasa apa yang orang lain rasa. Be in their shoes before you talk.

Bukak mata guys, tak semua orang bertuah macam kita. Aku tak kata lah semua orang perangai macam nih, tapi disebabkan judge orang sekeliling, orang yang nak berubah pun jadi tak kuat.

Aku pernah ada dekat situasi tu. Peh perit.

Maka, jom kita berpegangan tangan menuju ke syurga! Tak bestlah masuk sorang-sorang. Kita bantu orang, InshaAllah hidup kita akan dipermudahkan Allah.

Bagi yang ingin berubah, go on dear. 
Bagi yang ingin membantu, niat Lillahi Taala,

Macam panjang lah pulak.Macam je lah. Kalau ada kekurangan, maaf. Banyak kekurangan sebenarnya. Maaf maaf dan maaf.

Wallahua'lam.

Adios and Assalamualakum xD

Admin : [SMASFI]








No comments:

Post a Comment