Saturday 4 January 2014

Sahabat.



Sahabat. Something yang sangat cliche huh?

Sebab apa "sahabat" tu satu term yang sangat cliche? Sebab mereka adalah insan yang sentiasa ada di samping kita saat susah dengan senang. Mudah kan? Kalau orang tanya pun

"Apa maksud sahabat eh pada kau?"

Mostly, orang akan cakap,

"Sahabat tu bagi aku, orang yang sentiasa ada waktu aku susah dan senang"

Simple dan besar maknanya actually.
Ingat senang nak jumpa orang yang ada time kita tengah sedih, frust menonggeng sebab hadapi masalah? Time kita happy gelak ketawa huhahuha tu ada lah ramai yang nak menemani.Sebab tu bila kita dah ada sahabat atau orang panggil kawan-baik-sampai-syurga, hargai dia.

Yes. Hargai dia macam mana dia hargai kita. Sayang dia macam mana dia sayang kita.

Jangan sampai satu masa bila dia dah takda, kita rasa menyesal. Menyesal sebab tak penah berterima kasih dekat dia. Menyesal sebab tak penah cakap dekat dia, yang kita sayang dia. Dan mungkin kita menyesal sebab tak pernah mintak maaf.

Aku pernah rasa. Pernah rasa macam mana peritnya bila terima khabar yang sahabat baik aku dah pergi mengadap Ilahi. Perit.  Namun, aku bersyukur ia hanya mimpi. Mimpi yang bila aku terjaga, semuanya kembali kepada asal. Mimpi yang bila aku tersedar, ia semuanya hanyalah mainan tidur. Nighmare sebenarnya. 

Aku nampak dia terbaring kaku. Aku nampak dia dikapankan. Aku tak mampu bergerak walaupun setapak. Aku hanya mampu menangis. Yes menangis. Tapi aku bahagia bila tengok jenazahnya tersenyum. Seolah-olah dia gembira untuk ke sana bertemu cinta yang abadi. Aku sedih dalam mimpi tu sebab aku tak sempat nak cakap aku sayang dia, aku tak sempat nak mintak maaf, Aku rasa kosong. Aku rasa macam entah. 

Bila terjaga dari mimpi, air mata tetap mengalir. Mengalir deras seolah-olah ianya realiti. Tapi aku rasa lega. Lega kerana aku masih ada kesempatan untuk buat semua tu. 

Terima kasih, sahabat.

Aku sayang kau sampai syurga, inshaAllah.

Aku mintak maaf atas apa yang aku dah buat selama lima tahun ni. Maafkan aku.

Aku bersyukur ada sahabat yang mampu ingatkan aku pada Dia. Aku bersyukur ada sahabat yang mampu buat menjadi tempat luahan kedua aku setelah Allah. Aku bersyukur dia sentiasa ada disamping aku. 

Sahabat, andai satu hari nanti aku berpaling dari jalan yang Allah redhai, tarik aku. Jangan biarkan aku terus lemas. Jangan biarkan aku terus jauh. Tarik aku supaya kita dapat berpimpinan tangan ke syurga.

Sedangkan suami isteri pun bergaduh. Maka, tak mustahil kalau kita akan bergaduh suatu hari nanti. Sebab tu aku buat entry ni, supaya bila pergaduhan tu berlaku, aku boleh bukak blog ni dan baca. Baca dan selami yang kau dah banyak berkorban untuk aku. 

Tapi aku berdoa, yang waktu tu tak akan pernah tiba. 

Allah, kekalkan persahabatan kami.

Aku buat entry ni sebab aku tau yang aku tak mampu nak cakap depan-depan. Sebab aku ni pemalu sikit orangnya. Eheh.

Jom, pimpin tangan ke syurga?


Nahh mungkin rasa macam poyo ja nak bagitau satu dunia pasal apa yang aku rasa. Tapi serious talk, aku lebih prefer luah apa yang aku rasa melalui tulisan. Sebab aku rasa macam hati aku yang tengah bercakap? Eheh. 

Beb, bukan taknak tulis nama lu kat sini, tapi satgi kantoi lah pulak. Paham kan? Haha.

Adios. Assalamualaikum

Admin : [SMASFI]











No comments:

Post a Comment