Wednesday 5 February 2014

RINDU?





"Aduh, parahnya lama tak jumpa apek, rindu banget deh"

"Kenapa mak pergi tinggalkan aku? Balik lah sekolah cepat, rindu dia hazab aaahhh"

"Dah sebulan nenek pegi, kerinduan aku kat dia tak mampu nak ungkap dek kata" 

Haaaaai! Assalamualaikum. Kadang aku tertanya-tanya. Sakitnya nak tahan rindu tersangatlah perit kan? Tambah-tambah bila aku tengok kat ask.fm. Ramai rindu crush apa kejadah semua tu, rindu marka bagai. Allahu.. Sedar tak yang kita rindu tu semua manusia jugak kot mana pung. Hamba Allah ja tu. Hufft. Baca ni..

" Kadang kita lebih merindui manusia melebihi kita rindukan Allah Azza Wajalla."

Sedar atau tidak bahawasanya, Allah Azza Wajalla itu tuhan kita sahabat sekalian? Kita lupa akan dia. Selalu jugakla aku rasa, kalau boleh nak connect dengan manusia ni 24/7 non stop. Ada hal ini la itu la yang ni la yang tu la. Pokoknya macam2 hal la konon. Padahal hal tu takdeklah mustahak kebenor. Semua laghoo ja. Bukankah Allah BENCI orang yang LALAI? *duuuuuussssh* Lalai cemana? 

Naaaah!

Bangun pagi, subuh 'kerbau', mandi, LAPTOP, makan tengahari, LAPTOP, tido qoilullah, lepas bangun zohor 'kerbau', tengok peti ais jap, LAPTOP.. Asar 'kerbau', makan la sikit cekelat, LAPTOP lagi.. lepas maghrib 'kerbau' pahtu LAPTOP again sampailah lewaaaaat pagi baru nak isyak. Then macamtu lah rutin kita lepasan SPM yang takdek khoje ni. Tahu nak online internet je. 

*takde kena mengena antara yang hidup dan mati*

Maaf sebab aku libatkan kerbau dalam hal ni. Ye aku tahu banyak kerbau kat Malaysia ni tercokek sebab aku sebut nama dorang tanpa izin. Dah memang betulkan? Kita semayang kalau boleh nak cepat, macam mandi 'kerbau'?
Ye lah, kau cuba fikir. Ada kah orang yang memang terlalu addict kat internet liked game atau sosial network ni akan KHUSYUK betul2 bila solat? Tak aku rase. Serious tak. Paling kurang pun nak habiskan rakaat solat tu. Kalau boleh ASAR/ZOHOR/MAGHRIB/ISYAK/SUBUH SATU MINIT je NAK HABISKAN. 


Kalau tak cepat pun,  time solat pun mesti duk terfk benda lain. Bukan nak focus. Hala dah setiap hari cintakan dunia berbanding akhirat. Orang yang cinta akhirat ni takdak masa la nak online lama-lama cam aku ni diri woi! Sedar lah sikit. Ni tak.. dan lagi fk.

"Eh, aku ada post kat blog pasal futur, agak-agak orang bace ke tak haa?"

"Candy crushh aku level 166, peghh. Gila ahh, eh sekarang aku rakaat ke berapa hah? "



* Okey, mungkin aku sorang je rasa macam tu. Korang perfect kan sampai boleh lupakan hal dunia ni time solat setiap kali solat solat fardhu.* (sarcasm)

So..

Mana masa kita nak luahkan rindu kita kat Allah? Mana masa kita nak hidupkan hati kita dengan cintakan Allah? Mana masa untuk kita suburkan hati kita untuk sentiasa nak jumpa dengan Allah liked TAHAJUD? Yelah, setiap hari tido pukul 3 pagi. Bilanya masa nak TAHAJUD kalau tido pukul 3, macam jamin sangat bangun sebelum subuh. Entah subuh pun terlajak perahu hape. Heh, mohon taubat.



TAKKANLAH setiap hari tahu nak hadap laptop je? Aku banyak kali dah ulang, tapi kadang aku ni haa degil. Hishh! Bukannya aku nak tegur korang sangat pun. Tapi tegur diri aku sendiri. Banyak sangat buat benda laghoo. Tapi dalam masa yang sama duk post tentang islam itu ini kemain hebat, padahal hati futur semedang. Sampai bila nak futur wahai diri? Aku dah fed up dengan diri aku sendiri kekadang tu tahu tak! Ye lah, bagi motivasi kat orang bagai nak rak sedangkan diri sendiri tak mampu nak bangun jadi hebat. Allah Allah aku lemah. Sembamkan muka dekat bantal dan meraung. Aku peduli hape, bukan ade orang dengar. Yang bingitnya bantal je lah. Keke. Hufft serious sikit takleh? Okey fine aku serious!

Dear diri.. kau nak tahu sebab ape kau asyik futur? 

*angkat muka dari nangis dan mata besar sambil angguk-angguk*

Naak! ape dia? 

Mudah je jawapan dia wahai diriku.. Just stop untuk online setiap hari. Go fine hidup baru outhere. Kejar syahid. Allahu, jadilah macam RABIATUL ADAWIYAH. Kali ni aku nak jadi hebat macam dia. Dia sangat hebat. Ye, aku x mungkin dapat capai seratus peratus atleast satu per dua dah okey kot? ehem.

Rabiatul Adawiyah ni kan, MENTERI datang meminang.. DIA TOLAK. Orang yang paling kacak datang meminang pun DIA TOLAK. Sebab hati dia hanya muat untuk Allah sorang. Dia selalu merindui Allah Azza Wajalla JA. AKU NI? *nangesss*

Asal eh? aku pegi layan anon 'boy' ask.fm aku tu. Aku aneh. seriously, selepas aku buang semua ajnabi yang slalu ganggu aku kat fesbuk, yang nak kacau aku manjang semua aku buang.. tetiba dia datang ujian lain. Yakni ask.fm. Allah Allah asal aku tak sedar hah? Hufft. Kalau boleh aku xnak ada contact langsung dengan ajnabi. Lantaklah sebab apa pun. Dakwah sekalipun aku tak akan join kaum syabab muslimin. Sebab apa? Sebab kawan-kawan sejantina aku masih ramai yang perlu aku dekat, pegang erat tangan dia dan dakwah bilhikmah bawak dia kembali ke jalan yang benar. Ni nak join lelaki atas dasar dakwah? Allahu. Memang pernah ada orang orang sponsor sebelum ni, tapi aku tolak even dia kawan atau orang yang aku baru kenal. ILMU AKU BELUM MANTOP lah kawan. Go find another garl muslimah outhere. Not me. Tapi sungguh, hati aku lembut. Mudah goyah. Mana nak campak 'seandainya' cinta itu melekat bagai gam Uhu/Gajah kat hati berbentuk jantung love aku ni? eh.

Nak buang rasa cinta tu susah tau dak! Aku tahu la aku penah rasa cinta monyet beruk mak yeh time usia aku baru nak up. Tapi itulah sejarah hitam yang melahirkan aku yang sekarang ni. Alhamdulillah. Orang yang tak pernah kapel tu tahu nak mengata kat kitaorg yang kapel ni itu ini, kau tak pernah rasa kau tahu la nk kondem orang. Ngata bagai kau tu suci sangat. Try kau berdiri kat tapak kasut aku ni tengok ape yang kau rasa? Tahu nak mengungkit ja. Allah Allah. Mohon sedar la brader. Semua manusia boleh berubah. 



Please, bagi kita peluang. PELUANG UNTUK BERUBAH. Jangan kondem kitaorg. Seriously aku futur manjang ni sebab orang yang yakin sangat dia layak KE SYURGA ALLAH ni lah.. Sebab depa still nak buka aib aku, still nak keluarkan kenyataan silam aku. Kemonla, semua orang boleh berubah. Jangan sekat. Kau bukan malaikat.. 

Sedangkan Umar Al-Khattab yang penah dera hamba abdi dia sebab masuk Islam dan caci maki nabi Muhammad dan orang Islam zaman dulu pun Allah angkat martabat dia masuk syurga tanpa hisab. Sebab dia nak berubah untuk dekati ISLAM. Nak bangunkan Islam. 



*STOOOP COMPLAINING!*

Tapi orang melayu sekarang? Apa yang korang buat? Melemahkan manusia untuk berubah lagi ada lah. Bila nak maju? Harap kangkung turun je ke? Eh. Ahhhh, Hufft. 


Sebab tu bila aku naik ja upperform. No I meant bila aku masuk ja sekolah AGAMA. Aku taknak ada kaitan dengan lelaki. 

Tapi sayang seribu kali sayang.. Niat aku langsung tak tercapai. Ye lah, bila jadi exco makanan aku terpaksa connect dengan exco makanan bagi pihak muslimin, kadang kena jumpa selalu sebab nak pastikan semua pelajar cukup makanan untuk semua majlis, berbuka iftar, lawatan mufti dan so on. Aku wakil sekolah dua tahun berturut2 dalam pesta pantun yang mana melibatkan lelaki. Dahla melibatkan lelaki, kena 'berkanda-dinda' bagai. Sangatlah ayuuuu. Hufft. Kanke pantun? kenalah sopan dan ayuu. Tapi kau tahu betapa seksanya nak sebut perkataan sedemikian rupa? Tapi nak buat cemana dah nama pun wakil sekolah. Memanglah aku buat sebab sekolah. Seriously malu. DAN JUJURNYA, IMAN AKU SENTIASA LUNTUR. Sebab aku tak merasai kemanisan Iman time tu. Banyak sangat bergaul dengan lelaki. Yelah, kena buat latihan dengan depa setiap hari la bila Pesta nak mula sampailah penghujung tahun. blablabla. But, mujurlah ada junior lelaki team pantun yg agak pemalu dan tak hohahoha macam yg lain. Sebab tu sekarang dah jadi KETUA BADAR. Dekat sekolah ni, bila naik upperform, memang banyak untuk aku atau korang semua connect dengan lelaki kan? tak kesahlah rumah sukan, kelab atau permainan sekalipun. Tapi still ada percampuran kan? Aku ni sebenarnya orang yang boleh masuk dengan semua orang. Atau bahasa kasar oleh manusia yang 'ALIM' kat luar sana, aku ni taklah jaga ikhtilat sangat sebab masuk pantun. Tapi bersebab lah. 'bersebab' tu pun masih lagi orang tegur. Tak sedar ke aku buat ni sebab sekolah? Tolong faham. dan STOP KONDEM orang, kau try masuk pantun tengok? Hufft. 

Jadi seriously, aku xnak contact langsung dah ngan ajnabi. LANGSUNG. tumpang nak tunggu result kluar ni Aku taknak contact. Biarlah.. aku bawak diri aku sensorang.

Ye, aku dianggap jumud. Tapi, faham tak sebab ikhtilat ni lah yang buat ramai manusia sekarang JATUH CINTA dalam diam, Crush dalam diam dan COUPLE kau tahu? Sebab tu aku cakap susah nak capai kemanisan Iman kalau kita ni still nak connect dengan lelaki kat luar sana. Apa perempuan masih lagi tak cukup ke untuk kita buat sesuatu perkara? Mohon fikir. Kalau boleh elakkan je. Try okey? 

Okey, jadi kesempatan dan ruang yang Allah beri ni lah aku nak try jaga ikhtilat aku sesama muslim. Ye, aku faham ramai yang pertikai aku ni cemane orangnye. But I don't care sebab my past can't define my future bhai -.- AKU NAK BERUBAH. Nak pupuk sifat rindu aku kat tuhan aku, ALLAH! 

Jadi oleh hal yang demikian, sudah sudahlah ask.fm. Arghhhh dan sudah sudahlah nak beronline 24/7. Bulan depan dah nak ambik result. Tapi perangai kita ni tak rasa macam masih sama ke atau makin teruk ke cemana? Sendiri fikir lah. Jom. Kita bangkit dan bangunkan Islam yang sentiasa rindukan tuhannya. Allah Azza Wajalla. Sumpah cakap, nak capai redha Allah itu perlu kekuatan dari segi mental fizikal yang sangat tinggi. Kena korbankan semua kelebihan dan kesukaaan kita demi TUHAN YANG ESA. Kau faham tak bila kita sayang Allah sangat2 ni. Allah akan sentiasa guide kita ke jalan yang benar. Flow nak pegi syurga tu Allah atur kat kita cantek punya.. Jodoh kita pun yang jenis stok Farid Kamil yang berimaaaaan punyiaa lah wa cakap sama lu. SEBAB APA? Sebab Allah sayaaang kita balik. Sudah pasti dia nak kita hidup kat dunia ni dalam dakapan KASIH SAYANGNYA jugak. Jom kejar redha Allah. Lupakan semua ask.fm/fesbuk/twider dan semua yang melalaikan lah gua cakap sama lu. 

Buat ja. Memang perit. Tapi kau akan rasa manis bilamana kau buat ni semua demi ALLAH AZZA WAJALLA. :)

Jom kita try? Aku dah deactive dah ask.fm aku. Haa laaa, laghoo gila bak hang, Allahu. Jom. Try seminggu? Aku cabar je. Pahni fesbuk pulok apo. keke

Oh Allah



Admin : BG





No comments:

Post a Comment