Friday 7 February 2014

It's Jumuah

Assalamu'alaikum semua c:

Hari ini adalah hari yang paling 
dinanti-nantikan sepanjang minggu.
Hari apakah?
HARI JUMAAT!
Woohoo!
Alhamdulillah.. Masih bernyawa. Masih bernafas.


*kredit

Kenapa aku sangat teruja untuk menantikan hari Jumaat?
Sebabnya, hari ini aku dapat membaca cerita-cerita yang sangat best daripada Encik Kahfi c:
*I mean Surah al-Kahfi*
Bukannya tak boleh baca surah ni pada hari-hari lain, cuma besar manfaatnya kalau kita baca pada hari Jumaat.
Kenapakah?
Sebab Allah akan melindungi sesiapa yang membaca surah ini dari Jumaat hari ini sampailah Jumaat depan.
Holah! 
Osem kan?

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya antara dua Jumaat 
(dari Jumaat ke Jumaat)"
Riwayat Al-Baihaqi

Surah al-Kahfi ni ada berapa ayat?
Ha! Cer teka?

Jawapannya...
*rolling drum*
110 ayat

Hmm.. nampak banyak bukan?
Tak suruh pun korang baca semua ayat sekali gus. Agak-agaklah.. Boleh je baca secara beransur-ansur. Tapi kalau korang boleh habiskan satu surah sekali gus, wa hormat lu.
*tabik*

Lagu mana nak divide surah ni?
Sonang jo.

Firstly, split kepada TIGA kali bacaan.
Start lepas maghrib or Isya' bagi mereka yang nak baca Surah Yaasiin lepas Maghrib. I mean lepas maghrib pada hari Khamis tau. 

*Sebab apa?*
Mengikut Islam, hari yang baru start lepas maghrib bukan lepas 12 midnight. Yang 12 midnight tu ikut orang barat.

Mula-mula korang bacalah ayat 1 sampai ayat 31. Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain. Nanti tak syoklah kalau nak follow up tafsirnya. Ayat 1 sampai ayat 31 ni menceritakan pasal balasan dan kisah Ashaabul Kahfi.

Pastu, korang sambunglah ayat 32 sampai ayat 59 pada waktu yang lain.
Ceritanya pasal dua orang pemuda dengan kebun.

Kalau larat, sambung ayat 60 sampai ayat 82.
Cerita kat ayat ni best. Pasal Nabi Khidir a.s dan Nabi Musa a.s.

Lastly, habiskan ayat 83 sampai ayat 110. Cerita kat ayat ni pun best sebab pasal kisah Zulkarnain.
Mudah bukan?
|kredit to HLOVATE|

Next week kita akan tadabbur 
kisah-kisah yang terdapat dalam Surah al-Kahfi ni. 
In shaa Allah. 
Before that, korang kenalah khatamkan tafsir surah ni dulu so that korang tak adalah beler sangat time aku cerita.

*What so special with Jumaah?*

Kita boleh buat banyak amalan sunat time hari ni. Such a bonus right?
*Apa je yang boleh kita buat?*


*nawal untuk semua :)

Banyak kelebihan hari Jumaat ni.
Antaranya:

-Lengkapnya penciptaan langit dan bumi.
-Nabi Adam a.s. dimasukkan ke dalam syurga.
-Nabi Adam a.s. diturunkan ke bumi.
-Berlakunya hari kiamat.
-Waktu mustajab berdoa.

(Tafsir Ibnu Kathir, bil. 9 surah al-Jumu'ah)

Lastly, dengarlah lagu from Encik Raef ni:

VIDEO


Have a blast day ;)

Glossary of the day:
Nawal means gift

Admin: Miss Verde







No comments:

Post a Comment