Friday 7 February 2014

Ayam dan Musang

*Tok.Tok.Tok*
Siapa?
Ayam.
Nak apa?
Kunci.
Kunci apa?
Kunci tandas.
*Nah*
______________

Mak ayam pun pass kunci tu sampai anak yang terakhir. Tetapi anak yang bongsu itu membuang kunci tersebut.
______________

*Tok.Tok.Tok*
Siapa?
Ayam.
Nak apa?
Kunci.
Kunci apa?
Kunci tandas.
Kan dah bagi tadi.
Saya pass kat dia.
Saya pass kat dia.
The blaming session is on untill the last chick.
"Saya dah buang", kata si anak kecil.
Kat mana?
Kat atas.
Pergilah ambil.
Kalau jatuh?
Padan muka.

Sesi kejar mengejar pun bermula...
____________

Mesti korang pernah main ni kan? Senanya aku bukannya nak ajak korang #throwback zaman childhood kepe. Aku just nak buka minda korang ni bahawa game yang 'loser'. Game yang bebudak zaman sekarang ni tak layan dah. *Yelah.. depa layan 'Burung Marah je*. Game yang pernah kita main dolu2. Senanya ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil.

Firstly, amanah.
Kalau dah namanya pinjam tu, buatlah cara pinjam. Pulangkan balik kat tuan dia.Janganlah kita contohi sifat 'ibu ayam' tersebut. Semua maklum bukan, bahawa hukum membayar hutang adalah wajib. *Mak aii.. Tetiba teringat syllabus PAI* Jadi, apa lagi! Langsaikanlah hutang kome selagi nyawa belum ditarik. Gulp. Hatta seketul cekelat pung akan dikira di akhirat kelak. Tapi, lagi mulia kalau kome halalkan je hutang tersebut. Anggaplah sebagai sedekah. Peace yaw ^^v.

Secondly, blaming others.
Manusia ni suka sangat nak salahkan orang lain. Tak pernah nak tengok salah diri sendiri. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. *BM pulak* Kita ni kena ingat bahawa apabila satu jari menunjuk pada orang lain, tiga jari lagi menunjuk kat diri sendiri.

|credit|

Jadi, beringatlah kalau kita nak menunjuk kat orang lain. Scan kesalahan diri dulu sebelum buat apa-apa keputusan.

Thirdly, tak payahlah nak mengejek orang lain.

'Kau pakai tudung labuh, kau ingat kau bagus sangat?' 
'Kau pakai kopiah bagai, kau ingat kau UAI?'
'Kau tweet dakwah sebab nak CaPub kan? Eleh.. macamlah aku tak tahu'

Sedarkah korang, kalau korang cakap macam ni, korang dah buat mereka yang nak berubah ni down. Korang buat mereka ni futur semedang. Hey, stop it peeps! Support lah buddies kita yang nak berhijrah ni. Kalau kita asyik nak mengejek je, sampai bila nak maju? Sampai bila umat Islam nak menang? Kalau macam tu, apa beza kita dengan non-muslim? Hatta mereka pung boleh hormat kita kalau kita berdakwah. Kita ni? *tengok diri sendiri*

Daripada mengejek, baik kita support.
Daripada mengejek, baik kita hijrah sama.
Daripada mengejek, baik kita diam sahaja.


Lastly, sudah rebah bangkit sendiri.

*Imagine. Close eyes. Think*

Korang tengah jalan-jalan kat hutan. Time maghrib pulak tu. Tetiba korang tersungkur. Gedebuk. Terlanggar akar kayu mungkin. Ha! Siapa yang nak tolong korang masa ni? Mestilah diri sendiri.

*Buka mata*

Hidup ni macam itulah diibaratkan. Kalau kita tersungkur. Kalau kita rebah. Bangkit sendiri. Be strong. Tabah. Allah tak menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang terjadi. Fikirlah dan muhasabah diri. Chaiyok! Kita boleh!

Memandangkan result espiyem akan keluar lagi sebulan. *Meremang* Terimalah walau apa-apa pun result yang bakal kita terima. Don't regret. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. *Again* Masih belum terlambat untuk kita berdoa. Teruslah berdoa. Jangan sombong. Andai result yang kita terima nanti tak seperti yang diharapkan, jangan frust menonggeng. Bangkit sendiri sebab the best motivator is ourselves. Memang kita nak support from others jugak. Tapi, kalau kita tak nak terima and tak nak dengar nasihat dorang pung tak guna juga kan?

Adios and assalamu'alaikum.

*smile*

Glossary of the day:
CaPub is Cari Publisiti.

Lam Wau Lam,
Miss Verde <3



  

No comments:

Post a Comment