Wednesday 5 February 2014

Peace ^^


Bertemu kita kembali di Cafe Muslimah. *ceh ayat*. Kali ini aku ingin kupas isu salam.. Ha! Ada apa dengan salam?


Salam berasal daripada bahasa jannah yang bererti 'peace' ^^v. Zaman sekarang ni, kebanyakan manusia bagi salam kat geng depa je.*itupun kalau bagi salam* Ha! Nilah salah satu tanda nak kiamat. 


Dari Abdullah Bin Umar R.A., beliau berkata, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W. dengan berkata: " Islam yang manakah yang lebih utama?", Baginda menjawab: " Memberi makan (orang-orang miskin), memberi salam kepada orang yang engkau kenal mahupun yang tidak dikenali".
( H.R. Bukhari)


In shaa Allah.. Ayuh kita praktikkan hadis tadi! ^^

Equation salam sangatlah mudah:
Bagi salam = dapat pahala c:
Kan best cenggitu.

Jom kita throwback sejarah salam..
*jari telunjuk di hujung bibir, mata ke atas*

Dari Abu Hurairah R.A., dari Nabi Muhammad S.A.W, baginda bersabda: "Allah menciptakan Adam mengikut bentuknya. Panjangnya 60 hasta. Setelah diciptakan, Allah berkata kepadanya: "Ucapkanlah salam kepada kumpulan malaikat yang sedang duduk ini. Cubalah dengar dengan teliti ucapan penghormatan yang mereka ucapkan kepada engkau. Ucapan itu akan menjadi ucapan penghormatan engkau dan anak-anak keturunan engkau!". Lalu Adam a.s. berkata: "Assalamu'alaikum".
(H.R. Bukhari)

Baiklah semua orang sedia maklum bahawa hukum memberi salam itu SUNAT dan hukum menjawabnya pula adalah WAJIB. Pemberi salam akan mendapat pahala lebih daripada mereka yang menjawabnya. Sebab itulah manusia pada zaman Nabi Muhammad S.A.W berlumba-lumba nak bagi salam. Akan tetapi Rasulullah S.A.W yang memberi salam dulu kepada sesiapa sahaja yang dijumpainya. Orang lain tak dapat chance nak bagi salam kat baginda. Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu seorang sahabat. *tak ingat namanya* Sehinggakan pada suatu hari, sahabat ini menyorok di sebalik sebatang pokok. Pokok ini terletak di jalan yang selalu dilalui oleh baginda. Sahabat ini pun menanti Rasulullah lalu di jalan tersebut. Alangkah terkejutnya sahabat ini apabila Nabi Muhammad S.A.W yang memberi salam dahulu kepadanya walaupun dia sedang bersembunyi. 


Nampak tak bahawa manusia zaman dahulu berlumba-lumba nak beri salam. Kita ni? Asyik berlumba-lumba nak kejar high score kat game je.. Tak ada faedah pung kejar high score tu. *terasa* 


Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh
Abu Daud R.A :
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain"

Last but not least,

Instead of hai, better salam
Instead of hello, better salam
Instead of wassup, better salam


Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan oleh 
Ibn Al-Sunni R.A. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menjawab salam, maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya, maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku".


Salam sayang,
Miss Verde

No comments:

Post a Comment