Wednesday 5 February 2014

LAHIRNYA KEKUATAN



Mengeluh. Penat dengan dugaan yang datang bertubi-tubi. Letih nak hadapi semua benda dalam satu masa. Masalah yang mungkin bagi orang lain nampak remeh. Mungkin.

Dalam penat mengeluh dan terus mengeluh, hati terdetik. Sampai bila nak terus futur? Sampai bila nak terus jatuh sebab manusia? Sampai bila nak menangisi takdir yang dah ditetapkan? Sampai bila nak jadi lemah macam ni? Sampai bila nak bergantung harap dengan orang lain? Sampai bila nak terus mengalah dan menyerah? Sampai bila?

Takkan baru kena jentik, dah nak rebah? Takkan baru kena ujian yang sikit, dah nak buruk sangka dekat Allah? Takkan baru kena caci maki sikit, dah nak nangis? Takkan bila susah sikit, dah terus cakap Allah tak sayang? Nanges.

Aku doa setiap hari supaya diberi kekuatan. Dan nyata Allah makbulkan. Allah tak bagi kekuatan sekelip mata macam tu je. Tapi, Allah bagi ujian. Melalui ujian, akan lahirnya kekuatan. Allah tak bagi ujian tu saja-saja. Allah tak mentakdirkan sesuatu perkara tu dengan sia-sia. Dengan tabah kita melalui setiap ujian, akan melahirkan kekuatan dan kematangan. Percayalah.

Kalau sekalipun futur kerana manusia, bangun lah kerana Allah. Ujian tu nikmat. Ujian tu tanda Allah sayang. Ujian tanda Allah masih care pasal kita. Ujian tu satu rahmat.

Mengeluh bukan jalan penyelesaian. Menangis tak salah, tapi kalau berterusan menangisi nasib, itu yang salah. Beriman pada qada' dan qadar itu wajib. Hadapi masalah dengan macho. Jangan rebah dan jangan tunduk dengan perasaan. Tapi, solve masalah dengan iman.

"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin itu. Semua urusannya baik baginya. Hal itu hanya dimiliki orang yang beriman. Jika dia memperoleh nikmat, dia bersyukur dan itu baik baginya. Jika ditimpa kesulitan, dia bersabar dan itu baik baginya." (HR. Muslim)


Sikitnya aku bersyukur dan jauhnya aku daripada bersabar. Ayat ni jadi penguat semangat. Semangat untuk jadi orang yang beriman. Semangat supaya tak terus rebah dengan ujian. Mungkin untuk bergelar gelaran 'orang beriman' tu tak layak untuk diri, namun aku cuba. Cuba untuk berusaha mencapainya walaupun tipis. 

Dunia ni sementara. Dunia tu satu jambatan untuk ke syurga atau neraka. Kita yang pilih. Derita hanya seketika. Biarlah kita derita menanggung peritnya ujian, asalkan kita mampu tersenyum gembira di sana. Tiada apa yang kekal di dunia. Hidup di dunia cuma satu pengembaraan. Pengembaraan untuk mengumpul amal dan pahala yang akhirnya akan kita bawa di akhirat. Derita itu tidak kekal. Cuma sementara. Bersabarlah.

This worldly life has an end. An its than real life begins. A world where we will live forever. This beautiful worldly life has an end. It's just a bridge that must be crossed. To a life that will go on forever :)

Cubalah untuk terus melangkah walaupun perit. Jangan biarkan futur terus membelenggu diri. Lihat lah dunia luar, banyak lagi yang kita perlu tempuh. Kita perlu kuat. Tarbiyah dan dakwah bukan untuk orang yang lemah. Gelaran syahid bukan untuk orang yang manja!


Berjuanglah sehingga ke nafas yang terakhir. Syurga itu mahal, maka pengorbanan itu juga perlu besar. This beautiful worldly life has an end. Just keep calm and strong. Dan aku yakin, tiada seorang pun yang mampu faham diri kita melainkan Allah. 

"Bergantung haraplah pada Allah, nescaya kamu tidak akan kecewa. Dan jika kamu bergantung harap pada manusia, hanya kecewa yang kau temui."


Admin : SMASFI




No comments:

Post a Comment