Saturday 22 March 2014

A A + MC


"Alia, dah lima tahun kita bersahabat. Tapi tak lama lagi kita nak bawak haluan masing-masing. Aku sedih"

Alia pandang aku pelik.

"Jangan lah pandang aku cemtu. Entah, aku cuma dah biasa kau ada kat sisi aku. Then, bila nak berjauhan aku rasa tak sanggup."

Alia cuma tersenyum.

"Hey hey kita cuma berlainan universiti je nanti. Asal kau touching sangat ni? Takpe, kalau kau rindu aku, kau baca Al-Quran eh?"

Air mata aku bergenang.

"Entah lah, Aku pun taktau kenapa aku rasa ceni. Duhhh, asal aku emosi terlebih haaa? Haha" 

Lalu aku terbayang, kalau pisah universiti pun dah merengek macam budak, kalau alia betul-betul dah tinggalkan aku cemana? Peh tak sanggup nak bayang.

"Kau memang, Suka sangat tangkap leleh. Haha. Beb, ni lah yang dinamakan jihad. Impian kita sama kan? Kita nak kejar syahid. So, kau jangan lah sedih. Kuatkan hati eh?"

Alia lembut memujuk.

"Weh alia,nanti jangan lost contact tau. Aku tanak kita putus sahabat."

Alia cuma tersenyum simpul.

"Laaa aku kan ada whatsep nanti. Kita contact lah selalu. Dont worry lah"

Aku tersenyum. 

"Aku nak ukhuwah kita sampai syurga. Ukhwah legend macam Chad dengan Qiden. Aku sayang kau sangat-sangat alia. Sahabat fillah, lillah."

"Aku tau. Chill okay? Takpa, aku akan sentiasa ada. Jangan risau. Kuatkan semangat!"

Aku dan Alia sama-sama tersenyum. 

Ya, perjalanan kami masih jauh. 

Perjalanan untuk menjadi seorang anak, pelajar dan hamba yang diredhai Allah. 

Perjuangan kami takkan terhenti sehingga maut datang menjemput. 

Perjuangan untuk menjadi seorang yang berjaya di dunia dan di akhirat. 

InsyaAllah!

A A + MC ----> Jannah 


Sincerely, Chadamantium.

1 comment: