Wednesday 5 March 2014

Jantung Melompat Keluar.

"Dup..dap..dup..dap..dup..dap.."

[kredit]

Semua SPM leavers duk pakat buat countdown berjemaah.
Countdown mende?
Countdown for SPM results maa..
Hailah.. Watlek watpis sudah.

'Oit, Minah! Kau tak cuak ke?'
'Cuak lah der.. Kau fikir aku robot tak berperasaan?'
-.,-
'Oit,der! Kita kan dah usaha. So, doa dan tawakal jelah.'
'Oraito. Tapi aku tak yakinlah'
'Berserah je pada Allah.. Yakin dengan keputusanNya. Walaupun nanti nasi sudah menjadi bubur, tapi bubur tu masih boleh dimakan kan?'
*****Hmmm*****

Semasa nak isi borang scholarship, semua duk menyesal pasal result trial. Yang tak buat leklok tu pasai pa? Gulp.

'Oit, Fizik! Oit, English! Semua ni hangpa punya pasal. Asal hangpa A- ? Melepas aku nak apply scholarship tu'
'Oit, diri! Asal hang malas belajar? Salahkan kami pulak'
*****errrr*****

Okay. Yang sudah tu sudahlah ye.. Tak usah dikenang lagi. Bak kata iklan Petronas, hidup mesti pandang ke hadapan bukan ke belakang. Jadi, kita fokus pada masa depan kita. Life must go on dude. Memei bagus kita kenang masa lalu untuk dijadikan pengajaran. Tapi kalau dah 24/7 termenung, sampai bila nak maju? Kereta tak akan start kalau kita sendiri tak mengorak langkah. Eh?

Sebenarnya nak kasi nasihat to uolls yang nak ambil result SPM nanti. Please chillax okay? Muka tu jet jet cool sikit walaupun jantung rasa nak tercabut masa tu. Walau apa-apa pun keputusan kita nanti, JANGAN MENYESAL. Jangan nak jet jet buat drama swasta terjun dari tangki air sekolah kepe. Yang penting, lepas dapat keputusan tu pergi jumpa para guru yang telah mengajar kita; ucap TERIMA KASIH. Selepas itu, pergi surau dan buat sujud syukur. Tak kisahlah keputusan kita nanti gempak ke, hampeh ke... Buat je. Allah nak uji kita tu. Sama ada kita ni hambaNya yang bersyukur atau tidak. 

[kredit]

Oraito. Adios for now.

Admin: emvi
 


No comments:

Post a Comment