Sunday 2 March 2014

Kebesaran-Mu


Ku kira bintang di langit, tidak terkira bilangannya. 


Ku lihat hamparan pepasir di tebing pantai, sungguh. Tidak ternilai jumlahnya. 



Ku lihat awan tidak bertiang, benar sekali betapa besar KEAGUNGAN Rabbul Izzati.

 Tidak terfikir dek fikiran bagaimana boleh terapung-apungnya awanan indah di atas langin nan utuh. 

Sungguh. Hebat sekali kebesaran-Mu ya rabb. 

Engkau curahkan nikmat yang tidak terhingga. 

Engkau sentiasa memberi hamba-Mu ini peluang untuk terus menghirup udara yang baru. 

Engkau sentiasa memberi aku nikmat yang tidak pernah aku syukur selama ini. 

Allah. 

Sedihnya tatkala ku sedari bahawa aku bukanlah hamba yang bersyukur.

Apa mahu aku sebenarnya? Tidak sedarkah aku cuma bergelar HAMBA? Hamba yang penuh dosa dan noda. Hamba yang kerdil sekali disisi-NYA. 

Malu. 

Kadang aku terfikir sejenak.

Untuk apa Allah yang Maha Pengasih ini sentiasa memberi aku peluang untuk hidup? 

Sedangkan dosa aku penuh bukit, dosaku sedalamnya air di lautan, dosaku seperti luasnya hamparan bumi.

Sedangkan ada sahaja di kalangan aku sudah pergi dijemput Ilahi. Ada sahaja yang sudah terlebih dahulu merasai badan dikambus tanah tanda perginya seseorang itu buat selama-lamanya di alam fana ini.

Aku mula tersedar dari tidur yang panjang. 

Bahawa Allah sedang memberi aku peluang. Supaya aku sentiasa sedar dan kembali kepada-Nya. Supaya aku mula untuk mensyukuri segala nikmat-NYA. Supaya aku menggunakan nafas yang berbaki ini untuk merebut mardhatillah-NYA, merebut pahala untuk dijadikan bekalan buat akhirat sana. 

Bukankah beruntungnya diriku ini?

Nah, beruntung sekali.

Namun..

 Mengapa aku tidak menghargainya walaupun secebis zarah?

Soalnya..


Aku terus melayan syurga dunia yang tidak berpenghujung seperti Syurga Allah yang sebenar. 

Terus alpa dengan dosa maksiat yang sudah berkarang dalam hati yang gersang. 

Terus lupa akan nikmat yang diberikan sehinggakan perintah-Nya tidak pernah ku sahut, tidak pernah ku sambut. 

Adakah layak untuk aku bergelar hamba ini untuk merasai manisnya SYURGA FIRDAUSI itu? 

Adakah layak untuk aku mendapat status para syuhada di akhirat KELAK? 

Allahu. 

Banyak sekali dosaku. Seperti pepasir yang tidak terkira jumlahnya. Namun sedikit pun aku tidak mengambil peluang untuk bertaubat nasuha kepada Allah yang Esa. 

Melayan NAFSU yang sudah ku maklum yang pengakhiran hamba yang bertuankan nafsu ini hanyalah di Neraka Jahannam. 

Tersedar. 

Kerana Nafsulah ramai orang tersungkur, kerana Nafsu lah ramai yang terjatuh dalam jurang kejahilan yang tidak menguntungkan. 

Lantas, buat apa untuk aku terus melayan NAFSUku sendiri? 

Sigh. 

Betapa Maha Pengampun dan Penyantunnya Allah Azza Wajalla ini. Sehinggakan orang yang hidup dengan dunia jahiliah di angkat oleh-Nya menjadi mukmin yang soleh. 

Sedangkan dulunya, dosa yang dikarang oleh MANUSIA itu terlalu banyak. Banyak sekali. 

Tetapi dengan hanya sekelumit hidayah Allah campakkan kepada dia yang bergelar hamba itu.. akhirnya, syurga buatnya.

Buktinya.. Lihatlah Ummar Al-Khattab yang diberi gelaran Faruq itu yang dulunya mencaci maki Islam, hina nabi, seorang yang KAFIR.. yang kini Allah angkat beliau menjadi seorang dari sepuluh sahabat Rasulullah SAW sebagai ahli Jannah. Masuk syurga tanpa hisab. Allahu.

Maha penyayangnya Allah itu. 

Umar Faruq pernah membunuh dan tanam anak perempuannya hidup-hidup semata-mata mahu melawan segala yang nabi larang tatkala Islam mula membangun. 

Kanke zaman jahiliah tanam anak perempuan hidup-hidup merupakan trend pada zaman itu?

Jadi punya nak tunjuk yang Umar ni benci sangat kat Islam, sampaikan anak sendiri menjadi mangsa. 

Anaknya dibunuh hidup-hidup. 

BUNUH tu, aisey.

Tapi lihatlah, Allah Maha Penyayang mengangkat darjat Umar dan mencampakkan hidayah kepada Umar. Akhirnya, dia memeluk Islam. Saidina Umar inilah yang menggegarkan nama Islam di persada dunia. 

Semua ini boleh terjadi atas kehendak Allah aje sebenarnya. 

Sebab itu aku mohon kepada diriku dan semua manusia di luar sana, jangan pernah memandang jengkel terhadap sesiapa pun. Boleh jadi di akhir hayatnya, dia mati dalam Khusnul Khotimah? Cuba fikir. 

Kita ni siapa lah sangat, cuma hamba aje. Tak layak pun menilai manusia dari segi luaran. 

Kalau dia dahulu dapat HIDAYAH dan dia berubah lebih baik daripada orang yang menghina dan memandang jengkel itu bagaimana?


Sebab itu aku sering terfikir, hidayah ini perlu dicari, bukan hanya tahu tunggu bergolek datang sendiri. 

HIDAYAH. 

Hanya milik Allah Azza Wajalla. Dan kerana itulah, kita umat ISLAM digesa untuk terus berdakwah, menjadi khalifah Allah,terus dan sentiasa terus menyampaikan dakwah walaupun secebis ayat. 

Kemungkinan ada yang tidak terkesan dengan dakwah yang kita berikan. Tak ape, abaikan aje. Jangan menyerah. Dalam masa kita berdakwah itu, doakan aje orang yg belum sedar itu tersedar dari mimpi yang lena. 

KAN HIDAYAH MILIK ALLAH? :)

Percayalah, jika kita sentiasa istiqomah. InshaAllah Allah akan berikan hidayah buat kita dan semua mad'u (para pendengar) yang kita bimbing. 

Seronok hape sesame berpegang tanya ke SYURGA-NYA. 

Seronok hape bila Rasulullah melihat umat-umatnya berkejar-kejaran memburu Jannah Allah Azza Wajalla.

Kanke kita semua ini warisan TERAKHIR RASULULLAH SAW? Bangga la sikit, eheh. 

Tapi janganlah riak sangat :P uhuh.



sayonara Jahilliah^^

Admin : BG








No comments:

Post a Comment