Tuesday 22 April 2014

Kita Lupa Mereka.

Cuba perhati lirik lagu 

HANYA TAKDIR-INTEAM

Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik

Di mana tanda setia saudara
Dihimpit derita
Tiada siapa sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia, bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir


****************
Cuba hadam maksud lirik tu. Sumpah. Sentap teramat sangat. Malu sangat kat Allah sebab tak pernah ambil berat tentang saudara seIslamku yang sangat menderita kat sana. Ditindas, dihina, dibunuh dengan kejam. 

Terkepung, dibom, kehilangan tempat tinggal, kebuluran, diseksa, ditembak, terkena gas beracun, kehilangan ibu dan ayah. 

Sangat menderita.

Aku yang disini. Ketawa dengan syurga dunia, gembira dengan lawak jenaka. Langsung tak ambil endah tentang mereka yang kelaparan.. ketakutan.. kesedihan. 

Allah Allah. 

Apa yang sudah aku lakukan selama ini? 


Membiarkan si kecil menangis ketakutan. Tiada ibu, tiada ayah. 


Rumah mereka hancur. Punah ranah. Seperti punahnya hati yang berkecai ditindas oleh zionis yang tidak berhati perut. Tidak perikemanusiaan.

Aku kat Malaysia masih lagi mahu berfoya-foya dengan chenta dusta nista ni?

Allah jauh sekali.



Penuh kesakitan yang mereka alami. Sedih sangat lihat, sebab mereka juga saudaraku.

SAUDARA SEISLAMKU.

Pewaris RasulAllah SAW.


Mereka lari membawa diri. Walaupun hakikatnya mereka tahu nyawa mereka di hujung tanduk je. 

Allah Allah.

Sedihnya.

Dimana kita sahabatku?

Hilang kemana? 

Sibuk lagikah mengejar cinta ajnabi?

Sibuk lagikah membuang masa dengan melayan ajnabi?

Sungguh. Aku tersangat sedih dengan remaja remaja sekarang. Terlalu taksub sangat dengan cinta cinta ni. Bakal zauj/zaujah bagai. 

Argh!

Tolonglah faham. Saudara kita kat sana tengah menderita. Cuba anda ditempat mereka. Sedih tak bila org lain buat-buat buta? Buat-buat buta dengan kesengsaraan kita?

Sedih kan?

Ayuh berjihad! Inilah zon untuk kita habiskan masa kita demi ummat. Demi agama. Demi akhirat. Demi Islam. 

Ingatlah. 

Hidup kat dunia ni cuma sekali. 

Gunakanlah nikmat ni untuk kita kaut segala pahala dan menyumbang pahala kita kat orang lain supaya sama-sama masuk Syurga Firdaussi. 

Allahuakbar! 

CUKUPlah setakat ini. 

Admin : BG



No comments:

Post a Comment