Wednesday 19 November 2014

Thaa'at.

'Kakak, setiap hari sapu sampah dekat rumah okay? Kakak kan cuti sem, tolongla mak.'

'Okay mak, bereh bereh aja.'

Ya. Di mulut memang mengiakan aja apa yang bonda bicara. Namun tatkala bonda pergi sahaja sekolah sehingga bonda pulang semula ke rumah, ada hari yang aku tidak sapu sampah. Aku terlalu sibuk dengan duniaku. Sampaikan aku lupakan pesanan bonda. Aku tidak Thaa'at pada ibuku. Allahu. Teruknya aku. 

Thaa'at. Patuh. Menurut segala suruhan tanpa bantahan. Itu Thaa'at. 

'Eh, Bukan taat kah? Asal Thaa'at'?

'Sama lah tu. Cis.'

Tiba-tiba aku pun terbaca laman website. 

'Kamu tidak thaa'at kepada ibu atau ayah kamu sedangkan kamu ini berada di dunia ini disebabkan mereka. Tergamaknya kamu, anak. '

Tersentap. 

Then teruskan pembacaan. 

'Kamu tahu mereka letih mencari sedikit makanan buat kamu, mereka melakukan kerja tanpa diminta. Kerana apa? Kerana takut kamu kelaparan wahai anak. Teganya kamu mengeluh hanya sedikit kerja yang disuruh oleh mereka?'

'Sudahlah mengeluh. Tidak buat pula. Anak solehkah begini?'

Tersodak aku baca. 

Takpe aku pun teruskan pembacaan. 

'Kamu sibuk berdakwah di laman sosial. Sedangkan syurgamu di rumahmu itu sedikitpun kamu tidak hairan. Emangnya dakwahmu itu berkat atau enggak ya bila kamu derhaka sama ibu atau ayahmu?'

Peh. 

Sebbak gila baca. 

Sahabat. 

Cuba kita fikir sejenak. Setelah kita bertungkus lumus berada di alma mater atau lebih dikenali sebagai tempat untuk kita menuntut ilmu. 

Kita letih meraih ilmu. Dan lepas habis suatu tempoh kita pun bercuti lalu dengan harapan kita mahu rilis stghess, rilis tension di rumah. 

Dalam masa yang sama, ibu bapa kita daripada kita kecil sehingga kini jarang kita lihat mereka berehat. Mereka letih mencari duit untuk kita teruskan pembelajaran. Harapnya dengan duit yang mereka cari itu, kita dapat hidup dengan selesa. 

Tapi sahabat, tatkala mereka menyuruh kita melakukan sesuatu kerja rumah. Mengapa kita mengeluh?

'Alaaaa mak ini, orang baru balik lah. Suruhlah adik..'

'Mak memang tak faham abanglong kan? Abanglong kat tempat belajar letih tahu belajar. Tolong faham la mak.'

'Sikit sikit suruh adik, sikit sikit suruh adik. Adik nak exam SPM la tahun ni. Mak suruhlah akak, dia free.'

Kesianlah si ibu ini bila anak yang dikandungnya beberapa sekian bulan dengan penuh kesakitan yang bakal mengorbankan nyawanya 
 demi kita tapi dalam masa yang sama anak ini tidak tahu 'DANKBAR' langsung. 

Enak aja ya kau anak. 

Belajarlah Thaa'at akan kedua orang tua mu, Mereka itulah syurgamu. Tanpa keberkatan mereka. Engkau tidak akan kemana. 

Anak. 

Senyumlah. Engkau masih mempunyai ibu dan ayah yang sayangkan engkau. 

Berapa ramai anak anak kecil yang terbiar di rumah asuhan anak yatim yang dalam masa yang sama mereka mencari ibu dan ayah mereka. 

'Mana ibuku? Aku mahu bilang samanya yang aku suksess belajar hari ini.'

'Maaak, mana maak? adik lapar susu.'

'Ayah. adik nak nak kereta mainan.. Mana ayah? kawan adik selalu menunjuk kereta mainan yang baru dibeli oleh ayahnya..'

Hm.

Tidak kasihankah?

Ada sahaja kita lihat di muka akhbar bahawasanya anak yang terbiar, anak yang dibuang sama ibunya. Ya iyalah, anak luar nikah. Sedih kan anak anak ini. Ibunya yang salah. Anak ini yang dapat nama walhal dia masih bayi dan suci dari debu debu dosa. 

Kesian anak anak ini. 

May Allah bless them. 

Namun.

Kita. 

Jauh bedanya. 

Allahu. Jauh sekali. 

Bersyukurlah. Dankbar. 

Thaa'atlah. 

Ayuh, jadi anak yang Thaa'at. 

P/S : Emangnya mengapa ya aku bicara kayaknya orang Indonesia? Ekeke ><

Admin : Infiruuu!









No comments:

Post a Comment