Sunday 9 February 2014

Tujuan.



Hidup tak selalunya indah. 
Tak selalunya dipenuhi gelak ketawa.
Tak selalunya kita di atas.

Kadang ditindas.
Kadang kita jatuh tersungkur..
Kita tak mampu nak bangun sebab lemah.
Penuh dengan futur.
Hati jadi semakin jauh dengan Rabb.
HITAM PEKAT.
Kita tak pernah nak sedar..
Yang Dia..
MAHA DEKAT.
Malah lebih dekat berbanding kita dekat dengan diri kita.

Tapi, kita tu je yang terlalu melayan perasaan fed up itu.
Tak terus bangkit. 
MANJA. 

Hakikat sebenar..

Dunia tak pernah kisah. 
yang dia tahu, dia suka memberi 'ujian' 
Dunia tak pernah kisah ,
pada tindak balas apa- bagaimana-kenapa pada 'ujian'
yang dunia tahu. 


" aku beri kau bertubi-tubi ujian , maka kau pilih untuk menangis terus rebah, atau menangis sebentar sambil terus langkah ke-hadapan walau sambil mengesat air mata dengan rasa-yang-tak-nak kalah. maka pilih lah. Dan pilihan kau , aku takpernah kisah" 

sungguh dunia tak pernah kisah.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (HR At-Tirmidzi)

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Keep strong, dear friends - sister and brother. 
Allah love you.  
May Allah ease us -together.
(Credit to Kak Sumi)

Aku tahu, dan aku sudah jelas, bahawasanya aku, diri aku ni pun. Bosan. Bosan dengan kehidupan yang penuh kekosongan lepas SPM ni. TAK MACAM TIME SEKOLAH dulu. Seriously, aku agak busy la nak hadapi SPM ni. Dengan belajar, latihan poem,peka biofizikkimia, usrah, exco, main, buli adik junior *eh* dan tido dalam kelas. Sedangkan dulu.. punyalah tak sabar nak cuti lepasan SPM. 
Sekarang. jujur cakap. BOSAAAN! Allah apa yang patut aku buat nih :'(

Kau nampak tak? betapa poyonya aku ni. Allah dah kasi cuti yang panjang still nak rase BOSAN. Hufft. Inilah yang dipanggil futur. Menda yang ada kaitan negative kat diri kita tu semua futur. 

Tetiba kak fatien afiqa ada hantar post kat fesbuk. Dan seriously, benda tu aku sentap. Dia suruh budak2 lepasan spm yang bajet bosan cam aku ni.. habiskan tiga benda ni dulu. Cari TUJUAN HIDUP yang sebenar. Bukan berdasarkan silibus buku teks tu je. Geledah dulu ilmu akhirat. InshaAllah jom..



1. KHATAM ALQURAN & TERJEMAHANNYA. ya,ramai dah khatam yg Arabnya tapi berapa ramai yg khatam terjemahannya? tahukah anda surah manakan mengisahkan kerasulan Nabi Muhammad? Surah apakah kisah firaun? tak tahu? maka galilah,ini bermakna AlQuran blum lagi ada dlam jiwa2 anda. Jiwa anda MASIH KOSONG.




2. HAFAL HADIS-HADIS SAHIH NABI. ada banyak kottttttttttt (fikiran normal kita) maka hafal hadis+maknanya yg dikategorikan hadis 40. hadis2 ini ialah hadis yg penting dlm bab akidah & tauhid. apalah guna jadi seorang Islam klau bab akidah & tauhid pun sangat lemah?





3. BACA SIRAH RASULULLAH SAW. pernah dgr Raheeq Makhtum? xpenah? pernah baca Syamail Muhammadiah? xtahu pun pebenda tu? maka Iqra' bacalah kitab2 ini. adalah sgt penting utk anda TAHU DAN CAKNA sirah yg betul dlam dunia fitnah harini. kalau tidak sampai bila2 lah anda akan sangka Rasulullah sebut ummati masa baginda wafat. Sirah yg benar adalah sgt penting sbb harini,rmai suka ubah2 sirah ikut fahaman sendri. Tahukah anda kenapa tahun Hijrah bermula pada 1 Muharam?siapakah yg memulakan penggunaan kalendar Hijrah? masih kurang tahu? maka jiwa kita masih kosong!

Penuhilah jiwa-jiwa kosong adik2. jiwa yg kosong mudah dimasuki godaan syaitan dan dikuasi nafsu2 dunia.cuti dkat 4 bulan,lbih dari cukup utk buat 3 bnda di atas.

(Credit, kak fatin afieqa)

Dan last sekali,

Apa yang saya dapat kat sini..

Cara nak mimpi Rasulullah SAW:

1. Banyak selawat. Paling sedikit 300 selawat. 
2. Mengagungkan sunnah nabi. Selawat penuh kerinduan terhadapnya. 
3. Bekerja untuk semua umat baginda, yakni kiter lah. 
4. Menyampaikan dakwah baginda walaupun sepotong ayat. 

InshaAllah Allah perkenankan berjumpa dengan kekasih Allah itu. Jom ^^

Bila lagi nak jumpa kekasih Allah tu? Jom. Seronok tau mimpi jumpa nabi ni. Allahu. Semoga anda semua pun dapat berpeluang jumpa RASULULLAH SAW. Orang yang paling mulia di dunia kita ni, dan tak lupa akhirat. 

Jom syahid? 

Jyeahhh. Insieme-syahid.

Admin :BG




No comments:

Post a Comment