Sunday 9 February 2014

Ciptaan Allah itu indah-indah belake :)



Manusia A : kenapa badan kau ni gemuk sangat ?! tengok perut kau tu , dah besar tong gas .
kau tak malu ke ? ataupun memang baka kau ni jenis yang semuanya gemuk ! Taknak kawan dengan kau !

Manusia B : Aku memang dilahirkan begini . kau tak perlu sarcastic , aku sedar ! aku tak perfect macam kau . tapi aku tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kat aku . kau boleh hina aku tapi jangan sesekali menghina ciptaan Allah.


Assalamualaikum uols , 
dimalam gelap nan gelita cenggini , tercetus pulak haa idea nak hapedet satu entry yang ber"tittle" seperti yang kalian nampak kat atas tu . Tak nampak ? Okei , ana syorkan kalian pakai kanta pembesar . Ehee ! okei joke :D

Pernah tak members korang or orang yang tak dikenali judge pasal fizikal korang ? Kalau ana , seribu kali pernah ! Tapi takpa Allah kan ada ? Bole backup ana dengan beri satu kekuatan . kekuatan untuk lawan anasir-anasir mazmumah kat luar sana tu . jangan sedih if ada ja orang cenggini mengata kat kita , ekceli bole ja dia action depan kita .
tapi depan Allah nanti , agak-agak boleh tak ? Jangan ambil mudah benda macam ni . Ingat ye kalian , amalan kita sentiasa dicatit oleh malaikat . Erk , korang rasa benda ni agak remeh dan temeh walhal benda ni kadangkala boleh menyakitkan hati seseorang . dah kalau buat sakit hati someone , kalau dia tak maafkan acane ?  And if tak sempat nak mintak maaf dengan dia ajal dah menemui korang ?
bukan ke sadis kalau perkara tu terjadi !



Dah dah , jangan nangis lagi eh kalau ada orang macam ni .
Allah ada , mohon kekuatan dengan Allah untuk hadapi benda ni . Jangan stress , life must go on kan ? abaikan mereka . mereka tu sape ? tak penting pun an dalam hidup kita . Mereka tu sebenarnya petualang negara yang menghancurkan ummah .Takleh nak jana ukhwah sebab mereka terlalu "perfect" ! Eheh ? ana merepek ka ? Hee!

And untuk pengetahuan mereka yang suka judge orang sesuka hati . Awak tak malu ke dengan Allah ? Dahlah Allah beri rezeki/nikmat kat awak , macam ni ke yang dipanggil khalifah Allah ? Layak ke digelar khalifah ? Ehe , acane nak tegakkan agama kita kalo kita selalu je cari pasal dengan members kita . Dont you think about that ?

Acane kita nak lawan orang kafir yang selalu bunuh saudara-saudara Islam kita kat palestin , myanmar , kemboja kalo sikap camni kita amalkan ?? Wei , pls jawap ! camne hah ?

 Sebab sikap kita cenggini la orang kafir bole ja amik kesempatan nak hancurkan kita , sedar tak ?
So pls , titik beratkan pasal ni . Dont take it petik jari je .
Sikap korang suka judge orang situ sana sini yang
menyebabkan ukhwah takleh nak bina , tak utuh !

Tengok zaman Rasulullah s.a.w dahulu kala , kalo nak
banding dengan zaman sekarang ni sejuta peratus memang sangat-sangat berbeza . Macam yang korang tahu , banyak peperangan orang Islam kita berjaya tanpa pertumpahan darah . Sebab apa ? Yang pertama kerjasama , yang kedua tak selfie (tak suka judge orang sesuka hati) , yang ketiga ikut ja kata-kata baginda .

Eheh , malu la sikit dengan baginda . Baginda pun tak suka kalo sesama umat bergaduh . Acane nak dapat syafaat baginda nanti kalo cenggini la perangai kita .

So , 
Kalian perlu tahu dan ingat bahawa semua ciptaan Allah S.W.T itu indah ! Korang pikir ada ka yang mampu cipta semua yang ada kat alam ni selain daripada Allah .
Lepas ni , jangan kutuk...jangan judge...jangan sarcarm members kita lagi . Kita ni tak perfect mana pun !

 ~ANA ZEDGE~

No comments:

Post a Comment