Monday 24 February 2014

Wasiat.

Aku bukanlah anak yang solehah. Tapi aku sayang sangat kat ibu dan ayah aku. 

Aku bukanlah anak murid yang solehah. Tapi aku sayang sangat kat guru-guru yang tak henti berikan nasihat meskipun aku sudah keluar sekolah. 

Aku bukanlah sahabat yang solehah. Tapi aku sayang sangat kat semua sahabat aku, seolah-olah macam nak bawak mereka bersama-sama aku menuju ke Jannah. 

Aku bukanlah umat Rasulullah yang solehah. Tapi sayangnya aku kat baginda tu dalam sangat. Tak mampu nak luah dek kata. 

Dan yang utama, aku bukanlah hamba Allah yang solehah. Tapi aku tetap cuba nak jadi hamba yang sangat baik dan patuh mendengar setiap arahan-NYA.

Aku cumalah si pendosa yang tegar. Tak mampu nak memuaskan hati semua orang dengan sempurna. 

Siapalah aku. Dosa bertingkat-tingkat. 

Siapalah aku, tak mampu nak buat semua orang berhati gumbira setiap masa. 

Aku sering di bash tanpa sedar. Benar, aku sedar. Siapalah aku, orang nak hormat kan? Memang selayaknya aku di bash. Kerana dosa aku pun penuh langit dan bumi.

Cuma ilahi sahaja yang sentiasa tutup aib aku dengan sempurna. 

Tapi manusia? sentiasa menghukum. Tak henti-henti. 

Kadang aku terfikir jugak. 

Mungkin sebab kifarah dosa aku yang lampau plus sekarang terlalu banyak kot. 

Haritu, masuk je waktu maghrib hari KHAMIS tu, malam Jumaat, Ngahmid aku pula meninggal. Menghembuskan nafas terakhir. Sedangkan tokwan aku cakap dia sembang dengan Ngahmid sebelum sebelum tu mesra saja, siap minum kopi kat kedai kopi lagi. 

Tapi who knows? AJAL RAHSIA ALLAH.

Selepas tu, 7 orang budak umur 14 tahun meninggal sebab lemas. Depa lemas sebab depa nak tolong kawan depa yang lemas juga. Akhirnya sekali nyawa depa Allah ambil. Weh. muda lagi tu. Aku dah nak 18 tahun dah ni, mungkinkah ajal aku hanya setakat 18 tahun?

Allahu. Ajal itu rahsia Allah. Sape tahu? 

Aku sayang sangat-sangat kat semua orang. Aku nak mereka berubah. Berubah lebih baik dari aku yang jahil ni. Aku taknak depa ke jurang Neraka. Takut sangat.. sebab aku sayang kat depa ni. 

Bukan aku nak poyo ingat mati kepe sekarang ni. Aku cuma takut. Takut tak sempat nak menghargai Rahmat Yang Allah Bagi Sampai Melimpah ni sampai hari esok. 

Alhamdulillah. 

Aku masih dihembus atas nama Islam. 

Alhamdulillah, 

Allah pelihara aku tak kenang masa.

Alhamdulillah, 

Ramai sahabat yang semakin berjinak jinak nak berubah jalan menuju ke Jannah. 

Allahuakbar. 

Yang penting, satu je pesanan aku. 

Kita merupakan umat harapan BAGINDA. Warisan TERAKHIR BAGINDA. Teruskan perjuangan buat BAGINDA. Dan kerana Allah khususnya. 

Sebarkan walaupun sepotong ayat. Ingatlah, Allah itu Maha Dekat. Mohonlah kat Dia. InshaAllah Allah bantu. 

Maafkan segala salah silapku. 

Aku maafkan semua manusia kat muka bumi ni. 

Seandainya aku ade berhutang ngan sesape. Gtau cepat2, aku nak bayar. 

Assalamualaikum. 

Admin : BG






No comments:

Post a Comment